PGB dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata tarif baharu yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) pada 11 Mac lepas terpakai untuk Penggunaan Gas Semenanjung (PGU), Terminal Regasifikasi Sungai Udang, Melaka (RGTSU) dan Terminal Regasifikasi Pengerang, Johor (RGTP).
Di bawah struktur yang disemak semula, PGB berkata tarif pengangkutan PGU disesuaikan daripada RM1.063 setiap gigajoule sehari (GJ/hari) kepada RM1.049/GJ/hari.
Tarif pemampatan untuk pembekalan gas bertekanan tinggi ke Singapura pula dikurangkan sedikit daripada RM1.616/GJ/hari kepada RM1.609/GJ/hari.
Sementara itu, tarif regasifikasi untuk RGTSU naik sedikit daripada RM3.455/GJ/hari kepada RM3.456/GJ/hari manakala tarif regasifikasi RGTP disemak semula ke bawah daripada RM3.165/GJ/hari kepada RM3.149/GJ/hari, katanya.
PGB berkata pelarasan ini merupakan sebahagian daripada rangka kerja Peraturan Berdasarkan Insentif (IBR) dan mekanisme Akses Pihak Ketiga (TPA).
"Pelarasan Tarif IBR merupakan proses tahunan di bawah rangka kerja IBR bagi mengambil kira perubahan berkaitan kapasiti tetap yang dilanggan dan penggunaan gas dalaman seperti yang dibenarkan di bawah Kerangka IBR oleh ST," katanya.
Tarif yang dikemas kini boleh didapati di laman sesawang PGB.
-- BERNAMA
