Pesawat baharu Airbus A350 XWB yang menggantikan pesawat A380 milik syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines Berhad (MAB), mampu meningkatkan lagi tahap industri penerbangan negara selain mengurangkan kos operasi MAB.
Ketua Pegawai Komersil MAB, Arved von zur Muehlen berkata, pesawat A350 itu mampu mengurangkan kos operasi sebanyak 25 peratus berbanding A380 untuk penerbangan ke London, England dan mampu menawarkan perkhidmatan yang selesa kepada penumpang.
"A380 ini merupakan pesawat yang sangat besar dan jika dilihat kepada pasaran di Malaysia, ianya melebihi daripada kapasiti penumpang diperlukan setakat ini.
"Sehubungan itu, unit kos akan menjadi lebih rendah tetapi kita cuba memenuhkan pesawat setiap hari.
"Itulah cabaran dan laluan ke London amat tinggi persaingannya, maka kami fikir A350 lebih bersesuaian untuk kita dan juga rangkaian sedia ada," kata Muehlen sempena pelancaran pesawat itu Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini, hari ini.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Masidi Manjun.
Terdahulu, Muehlen yang hadir bersama rombongannya dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dengan menggunakan pesawat berkenaan berkata, pesawat baharu itu juga ditingkatkan dengan ciri-ciri teknologi terkini, sesuai dengan keselesaan penumpang bagi laluan penerbangan jarak jauh.
"Pesawat terbaharu ini turut mengutamakan kualiti udara yang ditingkatkan secara signifikan dan sistem penapisan udara baru ini juga tidak menyebabkan anda mendapat udara kering, ianya amat segar. Kami mempunyai produk Kelas Ekonomi yang menyajikan ruang merehatkan kaki yang amat selesa," tambahnya.
Pesawat jenis Airbus A350 XWB mendarat di KKIA selepas berlepas dari Kuala Lumpur petang tadi dengan nombor pesawatnya MH2614 bagi melaksanakan tempoh percubaan sebelum dijadualkan memulakan penerbangan pertamanya ke London, pada 15 Jan nanti.
Pesawat berkenaan tiba jam 4 petang di KKIA dengan membawa penumpang dan rombongan dari MAB yang terdiri daripada 35 penumpang kelas perniagaan dan 120 penumpang Kelas Ekonomi.
Ruzaini Zulkepli
Tue Jan 09 2018
Pesawat pertama, A350-900 XWB milik MAB disambut secara rasmi dengan pancutan air selepas selamat mendarat di KLIA pada 30 Nov 2017. - BERNAMA
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Pesawat A350 Malaysia Airlines beroperasi seperti biasa, enjin berbeza dari pesawat Cathay Pacific - Loke
Pesawat Airbus A350 Malaysia Airlines akan beroperasi seperti biasa walaupun syarikat penerbangan Cathay Pacific menggantung keseluruhan operasi 48 pesawat Airbus A350 miliknya.
Pelepasan Karbon: Pesawat Air France terbang ke Kanada guna minyak masak terpakai
Langkah itu sebagai usaha syarikat penerbangan berkenaan mengadaptasi penggunaan bahan bakar dengan pelepasan karbon rendah.
Pesawat Airbus A350 dilancarkan di KKIA
Pesawat baharu Airbus A350 XWB yang dilancarkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu hari ini, mampu meningkatkan lagi tahap industri penerbangan negara.