ISKANDAR PUTERI: Sebanyak RM4.6 bilion diperuntukkan untuk 434 projek pembangunan termasuk 79 projek baharu di Johor dalam Bajet 2022, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata hubungan erat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan membantu mempercepatkan perancangan projek pembangunan berkenaan yang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
"Sebahagian besar daripada projek ini merupakan projek-projek sambungan, projek sudah ada (dan kini), nak sambung termasuk bina sekolah, jalan dan 'landasan berkembar.
"Saya bertanggungjawab untuk projek pembangunan dan Johor adalah negeri yang penting kerana ia merupakan pintu masuk utama (selatan tanah air)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Sesi Roadshow Pasca RMK12 di Kota Iskandar, di sini hari ini.
Mengulas mengenai mesyuarat berkenaan Mustapa berkata Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad telah membangkitkan tentang bilangan projek terbaharu di negeri ini yang disifatkan kecil bilangannya berbanding dengan projek sambungan.
"Kami beri penjelasan bahawa ini ada kaitan dengan kekangan kewangan akibat COVID-19 namun apabila kedudukan kewangan negara bertambah baik selepas ini, kerajaan akan mempertimbangkan permohonan kerajaan negeri," katanya.
Mustapa berkata antara projek pembangunan di negeri ini termasuk Landasan Berkembar Elektrik Gemas ke Johor Bahru, Projek Rapid Transit System Link (RTS Link), sekolah baharu 36 bilik darjah di Sekolah Kebangsaan Bandar Putra 2, Kulai, Program Perumahan Rakyat Ulu Tiram dan pembinaan Hospital Pasir Gudang.
Sementara itu, Mustapa dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata Johor merupakan antara negeri utama yang menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan purata tahunan sebanyak 3.1 peratus melebihi purata nasional sebanyak 2.7 peratus setahun dalam tempoh 2016 hingga 2020.
"Hal ini menjadikan Johor sebagai antara negeri penyumbang utama kepada ekonomi negara selain Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sarawak.
"Pertumbuhan ekonomi Johor diterajui sektor perkhidmatan khususnya dalam subsektor perdagangan borong dan runcit; makanan dan minuman; penginapan diikuti sektor pembuatan khususnya dalam produk elektrik, elektronik dan optikal.
Menurutnya, kemasukan Johor dalam kerjasama wilayah Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia- Malaysia-Thailand (IMT-GT) akan memberikan impak yang lebih besar kepada ekonomi di negeri itu.
Selain itu, Mustapa berkata kadar kemiskinan mutlak di Johor adalah lebih rendah berbanding kadar kemiskinan mutlak kebangsaan iaitu 3.9 peratus pada 2019 berbanding 5.6 peratus berdasarkan Tinjauan Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIES BA) 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 14 2021
![Peruntukan RM4.6 bilion untuk 434 projek pembangunan di Johor - Mustapa Peruntukan RM4.6 bilion untuk 434 projek pembangunan di Johor - Mustapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71636898284_TBMUSTAPAMOHAMED.jpg)
Datuk Seri Mustapa Mohamed (kiri) dan MB Johor Datuk Hasni Mohamad ketika menghadiri taklimat oleh unit perancangan ekonomi Jabatan Perdana Menteri bersama-sama Kerajaan Negeri Johor Sempena Roadshow Pasca RMK12, hari ini. - Foto BERNAMA
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Bangladesh terima pembiayaan AS$900 juta untuk pertumbuhan lestari Bangladesh terima pembiayaan AS$900 juta untuk pertumbuhan lestari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719051586_dhaka.jpg)
Bangladesh terima pembiayaan AS$900 juta untuk pertumbuhan lestari
Pembaharuan tegas akan membantu Bangladesh mengekalkan pertumbuhan dan mengukuhkan daya tahan terhadap perubahan iklim dan kejutan lain.
![Kerajaan persekutuan salur RM50 juta bagi penganjuran Sukma, Para Sukma Kerajaan persekutuan salur RM50 juta bagi penganjuran Sukma, Para Sukma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81717080800_AbdulKarimRahmanH.jpg)
Kerajaan persekutuan salur RM50 juta bagi penganjuran Sukma, Para Sukma
Walaupun jumlah itu lebih rendah daripada yang dimohon sebelum ini, Sarawak harus terus memandang ke hadapan serta menjadi tuan rumah yang baik.
![Loke umum peruntukan RM50,000 kepada Jawatankuasa Bersama Sambutan Wesak Loke umum peruntukan RM50,000 kepada Jawatankuasa Bersama Sambutan Wesak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716389844_TBANTHONYWESAK.jpg)
Loke umum peruntukan RM50,000 kepada Jawatankuasa Bersama Sambutan Wesak
Loke berkata dana itu sebagai sokongan dan penghargaan beliau terhadap sumbangan masyarakat Buddha di negara ini.
![PBT diingatkan guna peruntukan secara telus - KPKT PBT diingatkan guna peruntukan secara telus - KPKT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716032483_NgaKorMing.jpg)
PBT diingatkan guna peruntukan secara telus - KPKT
KPKT memberi peringatan kepada semua agensinya terutama pihak berkuasa tempatan (PBT) agar melaksanakan semua projek yang mendapat peruntukan kementerian secara telus dan mengikut piawaian ditetapkan.
![Imigresen Sabah terima peruntukan RM50 juta naik taraf depot tahanan Imigresen Sabah terima peruntukan RM50 juta naik taraf depot tahanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715956761_SHSittiSalehaHabi.jpg)
Imigresen Sabah terima peruntukan RM50 juta naik taraf depot tahanan
Jabatan Imigresen Malaysia Sabah menerima peruntukan sebanyak RM50 juta pada tahun ini bagi menaik taraf semua empat depot tahanan agensi itu di negeri berkenaan.
![RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678108318_TBbanjirjohor.jpg)
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
![Johor sedia RM10 juta naik taraf enam taman negara Johor sedia RM10 juta naik taraf enam taman negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715417204_TBLINGTIANSOON.jpg)
Johor sedia RM10 juta naik taraf enam taman negara
Kerja naik taraf itu membabitkan kemudahan dan infrastruktur di lokasi pelancongan berkenaan bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung.
![PM Anwar umum peruntukan RM250,000 kepada persatuan di Parlimen Tambun PM Anwar umum peruntukan RM250,000 kepada persatuan di Parlimen Tambun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714820257_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar umum peruntukan RM250,000 kepada persatuan di Parlimen Tambun
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM250,000 kepada persatuan-persatuan di kawasan Parlimen Tambun hari ini.
![Tiada syarat MP pembangkang sokong PM untuk dapat peruntukan Tiada syarat MP pembangkang sokong PM untuk dapat peruntukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713522647_TBAnwarIbrahim.jpg)
Tiada syarat MP pembangkang sokong PM untuk dapat peruntukan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan tohmahan pembangkang kononnya Ahli Parlimen mereka dikenakan syarat untuk menyokong Perdana Menteri bagi mendapatkan peruntukan.
![K'jaan setuju salur peruntukan kepada pembangkang - Fadillah K'jaan setuju salur peruntukan kepada pembangkang - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713416417_FADILLAHYUSOFjpg.jpg)
K'jaan setuju salur peruntukan kepada pembangkang - Fadillah
Satu deraf MoU akan dirangka serta dipanjangkan kepada pihak pembangkang, sebagai langkah perundingan seterusnya.