KUALA LUMPUR: Semakan terkini untuk pertumbuhan ekonomi global pada tahun ini memberi prospek yang baik kepada Malaysia dan akan menyumbang secara positif kepada prestasi perdagangan negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Baru-baru ini, Bank Dunia telah menyemak semula pertumbuhan global kepada 2.1 peratus pada 2023, lebih kukuh daripada anggaran 1.7 peratus yang diumumkan pada Januari.
Pada masa yang sama, ia telah menaikkan unjuran pertumbuhan 2023 untuk Amerika Syarikat kepada 1.1 peratus dan China kepada 5.6 peratus, kedua-duanya adalah rakan dagang terbesar Malaysia.
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dinaikkan sebanyak 0.3 mata peratusan berbanding unjuran Januari kepada 4.3 peratus pada 2023 dan 4.2 peratus pada 2024.
Sementara itu, Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) menyemak semula prospek pertumbuhan ekonomi dunia kepada 2.7 peratus daripada 2.6 peratus berikutan inflasi yang rendah dan sekatan COVID-19 yang ditarik balik oleh China, tetapi menekankan perjalanan yang panjang untuk mencapai pertumbuhan yang kukuh.
"Semakan menaik ini adalah positif untuk negara seperti Malaysia apabila perdagangan memainkan peranan utama dalam ekonomi.
"Apa yang kita lihat ialah pertumbuhan, perdagangan masih positif, tetapi berbanding tahun lepas, terdapat pertumbuhan yang sederhana," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata perdagangan Malaysia mencapai kira-kira 140 peratus daripada KDNK negara.
Dalam perkembangan lain, Pertubuhan Perdagangan Dunia mengunjurkan pertumbuhan perdagangan yang rendah pada tahun ini sebanyak 1.7 peratus berbanding 2.7 peratus pada tahun lepas, sebelum meningkat kepada 3.2 peratus pada 2024.
Bagaimanapun, Tengku Zafrul yakin bahawa ketidaktentuan dalam pasaran mata wang tidak akan menyebabkan defisit perdagangan di Malaysia.
"Sektor ini terus menyaksikan permintaan global yang kukuh dan kita akan mendapat manfaat daripadanya. Kita akan mendapat manfaat daripada penjajaran semula rantaian bekalan ke Malaysia berdasarkan landskap geopolitik global," katanya.
Malaysia telah mengekalkan lebihan dagangan sejak Mei 2020.
Pada 2022, jumlah perdagangan Malaysia melepasi paras RM2 trilion untuk tahun kedua berturut-turut untuk mencatatkan RM2.8 trilion. Eksport berjumlah RM1.6 trilion dan import mencecah hampir RM1.3 trilion.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 10 2023

Tengku Zafrul berkata, perdagangan Malaysia mencapai kira-kira 140 peratus daripada KDNK negara. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Inflasi Malaysia pada Jun terkawal, kekal 2% pada bulan pertama rasionalisasi subsidi
Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Jun 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.0 berbanding 130.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Niaga hadapan FBM KLCI dijangka terus catat momentum meningkat minggu depan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori meningkat minggu depan.

Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar kepada RM5.1 bilion pada Januari
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar pada Januari, apabila warga asing menjual bersih sekuriti hutang bernilai RM5.1 bilion.

Elak birokrasi, tumpu usaha tarik pelabur asing - Tengku Zafrul
Semua kementerian perlu memberi tumpuan terhadap usaha menarik pelaburan dari luar negara dengan mengurangkan birokrasi.

Inflasi Malaysia 2.4 peratus pada Jun, terendah bagi separuh pertama 2023
Inflasi Malaysia pada Jun 2023 mereda kepada 2.4 peratus, angka terendah bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bursa Malaysia dibuka rendah susulan sentimen berhati-hati
Bursa Malaysia memulakan dagangan Isnin dengan lebih rendah berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.

Ringgit susut berikutan pengukuhan dolar AS
Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal Isnin.

Elon Musk minta jumpa PM Anwar minggu depan
Bilionair Elon Musk menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu depan berhubung penambahan pelaburan di Malaysia.

Anwar umum duti setem dikurang kepada 0.10 peratus, tingkat daya saing pasaran saham
Kerajaan mengumumkan kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Sekuriti Bursa Malaysia dikurangkan daripada 0.15 peratus kepada 0.10 peratus daripada nilai kontrak.

AmInvestment semak turun unjuran pendapatan Malaysia Airports bagi FY23-FY24
Bagaimanapun, keuntungan bersih FY25 dikekalkan dengan menjangkakan peningkatan yang mampan dalam trafik penumpang MAHB.