Lebih 480 peserta industri dan pemain dalam industri kewangan islam antarabangsa akan berkumpul mulai 3 hingga 5 jun di Singapura untuk Persidangan Perbankan Islam Dunia tahunan ke-4.

Sidang tersebut bertemakan ‘Menghubungkan dunia kewangan islam: mendorong perkaitan antarabangsa dan peluang merentas sempadan’.

Ia dianjurkan dengan sokongan rasmi pihak berkuasa monetari Singapura, akan menjadi wadah perbincangan tentang pengukuhan perkaitan antarabangsa dan memanfaatkan peluang merentas sempadan.

Ini dijangka akan mendorong pertumbuhan lanjut dalam industri kewangan islam asia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif WIBC Asia, David Mclean, Industri Kewangan Islam Global telah sepanjang dekad lepas berubah menjadi perkhidmatan kewangan yang pesat membangun dan berdaya saing untuk pelanggan antara bangsa yang kian bertambah.