Perodua Myvi yang kini tampil dengan ciri keselamatan yang dipertingkatkan serta warna luaran baharu yang menarik untuk tahun 2020, sudah boleh ditempah di semua bilik pameran Perodua seluruh negara.
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dalam satu kenyataan di sini berkata, sebelum ini, sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) hanya terdapat pada varian 1.5 AV.
Kini, versi yang dipertingkatkan, ASA 2.0, terdapat pada varian 1.5 AV dan 1.5 H, serta ditawarkan secara pilihan pada 1.3 X dan berharga antara RM41,000 hingga RM53,000.
"Dengan pengenalan ASA 2.0, Perodua Myvi telah membawa keselamatan yang maju ke tahap baharu pada harga ini," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Zainal Abidin Ahmad.
"Myvi terkini ini juga menyaksikan Perodua terus membawa teknologi keselamatan canggih kepadarakyat dengan menjadikannya mampu milik," tambah beliau.
Myvi itu boleh didapati dalam warna luaran baharu iaitu Electric Blue untuk semua varian sementara warna lain seperti Ivory White, Glittering Silver, Lava Red dan Granite Grey turut ditawarkan untuk semua varian kecuali model 1.3 G.
Sistem ASA yang membantu mengurangkan risiko pelanggaran muncul buat kali pertamapada Perodua Myvi generasi ketiga pada 2017. Ia merangkumi amaran pra-pelanggaran (sehingga 30 km/j), brek pra-pelanggaran (sehingga 30 km/j), amaran pergerakan hadapan dan kawalan kesilapan pedal.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 15 2020
Myvi itu boleh didapati dalam warna luaran baharu iaitu Electric Blue untuk semua varian . - Foto Perodua
Pemuda tanam ubi kayu 200 tan bekalan musim banjir
Muhammad Azizan Mat Zin, 31, berkata beliau menjangkakan keseluruhan tanamannya itu akan mengeluarkan hasil lebih 200 tan ubi kayu.
Fokus Minggu Depan: 2 Tahun Kerajaan Perpaduan, Perlu Tambah Baik ‘Gred’?
Penilaian prestasi dua tahun Kerajaan Perpaduan, bagaimana boleh tambah baik?
RM2.1 juta kutipan saman PDRM dicatat pada hari pertama 2TM
PDRM catat kutipan saman RM2.1 juta pada hari pertama penawaran diskaun 60 peratus sempena penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI.
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Perodua perkenalkan Myvi 2020 baharu dengan ciri Bantuan Pemanduan Selamat 2.0
Myvi 2020 sudah boleh ditempah di semua bilik pameran Perodua seluruh negara.