SHAH ALAM:Golongan penjaja kecil makanan, minuman serta peruncit mikro di Selangor kini boleh memohon Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) dan Skim Pembiayaan Go Digital (Go Digital) yang dibuka mulai hari ini, bagi membantu kelangsungan perniagaan mereka.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata sebanyak RM15 juta diperuntukkan bagi kedua-dua skim itu yang bertujuan membantu golongan tersebut mengalihkan perniagaan mereka kepada secara dalam talian sebagai pilihan, khususnya ketika pandemik COVID-19 melanda negara.
"Tawaran skim pinjaman mikro kredit ini (NaDI) diberikan untuk menampung kos operasi dan Go Digital pula bertujuan mengadaptasi perniagaan mereka ke platform e-dagang khususnya dalam memacu agenda digitalisasi Selangor," katanya semasa mengumumkan skim tersebut di laman Facebook Hijrah Selangor, hari ini.
Amirudin berkata kedua-dua skim yang dikendalikan Yayasan Hijrah Selangor itu juga adalah bagi memenuhi inisiatif yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan Selangor 2021, November tahun lepas.
Beliau berkata Skim NaDI menawarkan pembiayaan antara RM1,000 hingga RM5,000 kepada rakyat Selangor berumur 18 hingga 60 tahun, yang sedang atau masih baru menjalankan perniagaan dengan kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Skim Go Digital pula menyasarkan usahawan Selangor yang ingin mengadaptasi perniagaan sedia ada mereka ke platform digital. Ia dilengkapi empat elemen iaitu sistem dan peralatan, program pemasaran, latihan serta pemantauan yang akan dipantau oleh syarikat peneraju dilantik," katanya.
Mereka yang berminat boleh melayari www.hijrahselangor.com untuk maklumat lanjut atau klik pautan https://forms.gle/r2ryDetuBt6Thf6V6 bagi menyemak status kelayakan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 10 2021
![Permohonan skim NaDI dan Go Digital kini dibuka, bantu penjaja kecil Permohonan skim NaDI dan Go Digital kini dibuka, bantu penjaja kecil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/81606139909_AmirudinShari.jpg)
Menurut Amirudin, kedua-dua skim itu bertujuan membantu golongan tersebut mengalihkan perniagaan mereka kepada secara dalam talian sebagai pilihan, khususnya ketika pandemik COVID-19 melanda negara. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Bacaan lebih tepat jika 'tembak' pengimbas suhu ke dahi Bacaan lebih tepat jika 'tembak' pengimbas suhu ke dahi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/81596709299_TBStartSekolah.jpg)
Bacaan lebih tepat jika 'tembak' pengimbas suhu ke dahi
Tiada bukti saintifik membuktikan wujudnya kesan sampingan apabila menggunakan alat pengesan suhu yang disasarkan ke dahi.