KUALA LUMPUR: Jumlah permohonan pinjaman yang dihantar oleh individu atau perniagaan menyusut dengan ketara pada Julai 2021, mungkin disebabkan oleh kesukaran untuk mendapatkan pinjaman dan persekitaran perniagaan yang sukar ketika ini.
Pada tempoh tersebut, jumlah permohonan pinjaman merosot 28 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu dan menurun 15 peratus berbanding Jun 2021, menurut penganalisis di Kenanga Research, Clement Chua.
Ini seterusnya menyebabkan jumlah kelulusan pinjaman yang lebih rendah, menyusut 16 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.
Di sebalik penurunan tersebut, jumlah pemberian pinjaman bagaimanapun meningkat 3.1 peratus pada Julai 2021 berbanding bulan sama pada tahun lalu, terutamanya dipacu oleh pinjaman isi rumah bagi membeli kenderaan dan hartanah.
Pinjaman perniagaan sebaliknya hanya meningkat 1.7 peratus memandangkan kebanyakan sektor ekonomi menyaksikan penguatkuasaan yang berpelbagai menjadikan operasi dan pengembangan perniagaan sukar, menurut Chua.
Bagaimanapun, dari segi perbandingan bulan ke bulan, kadar pinjaman yang diberikan mendatar pada 0.1 peratus untuk kedua-dua segmen isi rumah dan perniagaan, berkemungkinan disebabkan oleh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh, kata Chua.
“Dalam pada itu, dengan pemberian moratorium menyeluruh secara pilihan yang berkuatkuasa 7 Julai 2021, pembayaran balik pinjaman dari segi perbandingan bulan ke bulan menyusut 2.2 peratus (-4.7 peratus dalam isi rumah dan -1.5 peratus dalam perniagaan) memandangkan individu mahu menyimpan lebih banyak tunai.
“Buat masa ini, kami mengekalkan unjuran pertumbuhan pinjaman tahun 2021 pada kadar 3 peratus hingga 4 peratus dengan pembukaan semula sektor ekonomi yang stabil dan harapan lebih banyak aktiviti di dalam negara dilonggarkan apabila semua negeri beralih kepada Fasa 2 PKP Penuh,” katanya dalam satu nota kajian.
Firma itu mengekalkan penarafan ‘neutral’ ke atas sektor berkenaan dan menyifatkan data tersebut sebagai cerminan kepada kesan kawalan dan sekatan pergerakan ke atas ekonomi secara keseluruhannya dan boleh membawa kesan yang lebih besar jika dilanjutkan secara berlebihan.
Sementara itu, penganalisis di HLIB Research, Chan Jit Hoong mengekalkan penarafan ‘overweight’ ke atas sektor perbankan dan menjangkakan nisbah pinjaman rosot nilai kasar (GIL) akan terus meningkat.
Beliau percaya kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) akan meneruskan dasar menyokong dalam membantu peminjam yang bermasalah, sekali gus mengurangkan penyusutan dalam nisbah GIL.
Artikel asal disiarkan di DagangNews.
Dagang News
Wed Sep 01 2021

Jumlah permohonan pinjaman merosot 28 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu dan menurun 15 peratus berbanding Jun 2021. - Gambar hiasan
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Beli rumah apabila tawaran harga berbaloi dengan keadaan kewangan - Pakar
Keputusan yang bijak bagi pembeli rumah pertama adalah untuk membeli hartanah apabila tawaran harga yang diterima adalah munasabah dan berbaloi dengan keadaan kewangan.

Hanya satu panggilan telefon, guru rugi lebih RM300,000
Bermula dengan satu panggilan telefon, seorang guru wanita menanggung beban hutang yang tinggi selepas mendakwa dirinya diperdaya untuk membuat pinjaman bank oleh sindiket Macau Scam.

Sindiket palsukan dokumen untuk pinjaman bank tumpas, 10 ditahan
Polis menahan empat lelaki dan enam wanita yang disyaki menganggotai satu sindiket pemalsuan dokumen permohonan pinjaman bank, dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Gombak, Setapak, semalam.

KWSP sebagai cagaran pinjaman hanya untuk kes tertentu sahaja - Anwar
Hanya pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tertentu sahaja akan diberi pertimbangan menggunakan caruman di agensi itu sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan.

Macau Scam: Kerani ditipu lebih RM1 juta, 2 guru pinjam RM490,000 bayar sindiket
Tiga wanita mengalami kerugian hampir RM1.7 juta selepas masing-masing menjadi mangsa sindiket Macau Scam mendakwa mereka terlibat dalam pengubahan wang haram, dalam kejadian baru-baru ini.

Polisi baharu perumahan Johor bantu mudahkan pemaju, pembeli
Pembaharuan polisi itu merupakan inisiatif penyampaian perkhidmatan atau manfaat segera antara pemaju dan juga pembeli.

Subkontraktor wanita tidak mengaku salah tipu dokumen pembiayaan
Dengan penipuan dokumen yang diberikan, pihak bank telah meluluskan pembiayaan RM200,000 dan terus dimasukkan ke akaun tertuduh.

Permohonan pinjaman bank pada Julai 2021 menyusut dengan ketara
Ini seterusnya menyebabkan jumlah kelulusan pinjaman yang lebih rendah, menyusut 16 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Moratorium automatik: Kenapa susah sangat BNM keluarkan arahan? - Shahril
Tanpa desakan atau arahan daripada BNM, bank-bank komersial yang berteraskan keuntungan tidak akan melaksanakan moratorium.

1MDB cadang bayar balik pinjaman bank dan hutang dengan hasil IPO - Mahkamah
Pemerolehan dua pengeluar tenaga bebas oleh 1MDB itu ialah Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd dan Mastika Lagenda Sdn Bhd.