Sejumlah 71 koperasi kini menunggu kelulusan untuk melaksanakan konsep pajak gadai Islam (Ar-Rahnu).
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kesemua permohonan itu akan diluluskan jika mematuhi keperluan dan syarat garis panduan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Pembiayaan untuk koperasi terbabit dijangka mencecah RM1 bilion.
Antara syarat dalam garis panduan itu termasuk RM500,000 kumpulan wang anggota, tadbir urus yang baik dan dibenarkan melaksanakan aktiviti Ar-Rahnu.
“Sehingga hari ini tidak ada akta khusus yang sebenar mengenai konsep Ar-Rahnu ini dan oleh kerana itu juga tiada peraturan dan garis panduan yang jelas,”.
SKM telah mengeluarkan satu garis panduan yang jelas untuk aktiviti pajak gadai Islam atau Ar-Rahnu yang dikawal SKM.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan garis panduan aktiviti pajak gadai Islam (Ar-Rahnu), di Kuala Lumpur.
Garis panduan tersebut yang berkuatkuasa 1 Mac ini, memberi panduan kepada koperasi mengenai pelaksanaan aktiviti Ar-Rahnu secara lebih teratur dan berhemat.
Astro Awani
Thu Feb 14 2013
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
YaPEIM peruntuk RM5.17 juta sumbang makanan kepada golongan B40 seluruh negara
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) memperuntukkan sebanyak RM5.17 juta bagi sumbangan makanan kering dan daging segar untuk diagihkan kepada 153 daerah di seluruh negara.
Bekas pengurus didakwa pecah amanah
Tertuduh Mohd Abdul Malik Awang, 30 tahun, dari Taman Sempalit Permai, Mentakab, membuat pengakuan berkenaan ke atas semua pertuduhan.
Permohonan koperasi Ar-Rahnu masih tunggu kelulusan
71 koperasi kini menunggu kelulusan untuk melaksanakan konsep pajak gadai Islam (Ar-Rahnu) yang dijangka cecah pembiayaan sebanyak RM1 billion.