Perdagangan dan pelaburan di samping keselamatan dan hal politik akan menjadi agenda perbincangan pada Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Untuk Kerjasama Dua Hala Thailand-Malaysia Ke-13 di Kuala Lumpur pada 21 hingga 22 Oktober.
Ini termasuk kerjasama dan promosi produk halal, Bandaraya Getah di Songkhla, Thailand dan Kedah di Malaysia, perikanan, pelancongan serta tenaga, kata timbalan jurucakap kerajaan, Mejar Jeneral Weerachon Sukhonthapatipak.
Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Kabinet, beliau berkata, kerjasama imigresen dan pengurusan sempadan kedua-dua negara serta pengangkutan dan logistik rentas sempadan melalui jalan raya dan kereta api akan turut dibincangkan.
Topik lain termasuk isu dua kerakyatan, kesihatan awam dan penyeludupan manusia, tambahnya.
Sukhonthapatipak berkata, suruhanjaya itu juga akan membincangkan pembinaan dua jambatan merentasi Sungai Golok dari Narathiwat ke Kelantan dan pembinaan zon ekonomi khas di Sadao, Songkhla dan Bukit Kayu Hitam.
Menurutnya, Mesyuarat Strategi Pembangunan Bersama Untuk Kawasan Sempadan Peringkat Menteri Ke-4 di antara Thailand dan Malaysia juga akan diadakan.
Ekonomi adalah isu penting kepada Thailand dan Malaysia yang pada Disember lepas bersetuju meningkatkan perdagangan dua hala daripada 800 bilion baht pada 2013 kepada satu trilion baht pada 2015.
Kedua-dua negara memberi penekanan kepada pembangunan ekonomi dan hubungan jalan kereta api serta jalan raya di sepanjang sempadan.
Thailand kini menggerakkan pembangunan Zon Ekonomi Khas Sadao–Padang Besar di selatan untuk menjana pendapatan dan pekerjaan untuk penduduk tempatan.
Thailand juga telah menjalankan kajian mengenai pembentukan Bandaraya Getah di Estet Perindustrian Wilayah Selatan di Ban Chalung di daerah Hat Yai, Wilayah Songkhla dalam usaha mempromosi pemprosesan getah dan menambah nilai produk getah.
Bernama
Wed Oct 21 2015

Ekonomi adalah isu penting kepada Thailand dan Malaysia yang pada Disember lepas bersetuju meningkatkan perdagangan dua hala daripada 800 bilion baht pada 2013 kepada satu trilion baht pada 2015.

Pencarian terbaru Ocean Infinity untuk MH370: Keluarga ikuti melalui laman web khas
Keluarga penumpang MH370, yang hilang dalam perjalanan ke Beijing hampir 11 tahun lepas, kini mengikuti pencarian terbaru bagi kehilangan misteri tersebut melalui laman web khas.

KPWKM terus perjuang pemerkasaan wanita mengikut lunas perundangan - Noraini
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus memperjuangkan pemerkasaan wanita mengikut lunas perundangan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kesedaran mencarum SKSSR di Kelantan masih rendah - Perkeso
Tahap kesedaran rakyat negeri ini untuk mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) masih lagi rendah, kata Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.

Sasaran tanam semula sawit masih ketinggalan, kerajaan pertingkat usaha - Johari
Kemajuan dalam penanaman semula sawit masih ketinggalan, dengan Malaysia hanya berjaya menanam semula 114,000 hektar atau 2.0 peratus daripada jumlah kawasan bertanam pada 2024.
Tumpuan Rabu – 26 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Parlimen | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PM Anwar adakan kunjungan hormat ke atas Lam, Jose Ramos-Horta di Vietnam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam To Lam di ibu pejabat parti berkenaan.

Ponteng puasa: Terengganu pantau kedai serbaneka, restoran bukan Islam
Kerajaan negeri akan menjalankan pemantauan termasuk di kedai serbaneka dan restoran bukan Islam sepanjang Ramadan ini bagi mengelakkan orang Islam yang tidak berpuasa mengambil kesempatan.
LKAN 1/2025: Nilai semula kadar elaun Ahli Lembaga, KPI syarikat subsidiari - Penganalisis
Susulan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025, Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff mencadangkan kadar dan kaedah pembayaran elaun ahli Lembaga Pengarah syarikat subsidiari kerajaan dikaji semula. Manakala, Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin cadangkan Indeks Prestasi Utama (KPI) syarikat-syarikat berkenaan ditetapkan dengan mengambil kira aspek manusiawi. #AgendaAWANI

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

China, Rusia komited dorong pembinaan multipolarisasi sama rata dan teratur
Kedua-dua negara juga perlu menjaga hak dan kepentingan negara Selatan Global dan menyokong globalisasi ekonomi yang inklusif.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen untuk memacu pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing bagi memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.

ASEAN berada di landasan jadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030 - Nik Nazmi
ASEAN berada di landasan untuk muncul sebagai ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030, namun memerlukan pertumbuhan inklusif bagi memastikan seluruh komuniti mendapat manfaat.

Ekonomi keempat terbesar: ASEAN perlu fokus pembangunan mampan – Nik Nazmi
Sasaran ASEAN untuk menjadi ekonomi keempat terbesar dunia tidak diletakkan hanya pada kemajuan ekonomi semata-mata.

Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.

Indeks pengeluaran industri Vietnam susut pada Januari
Indeks pengeluaran industri nasional Vietnam menyusut 9.2 peratus pada Januari berbanding bulan sebelumnya.

Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.

Tarif elektrik baharu tidak beban pengguna domestik, ambil kira keperluan ekonomi - ST
Suruhanjaya Tenaga memaklumkan jadual tarif baharu yang akan dimuktamadkan itu mencerminkan kos pembekalan elektrik sebenar.