KUALA LUMPUR: Perdagangan Malaysia melepasi paras RM2 trilion bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, mencecah nilai RM2.181 trilion dengan eksport berjumlah RM1.186 trilion manakala import bernilai RM995.55 bilion.
Menurut kenyataan pada Isnin, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjelaskan perdagangan, eksport dan import masing-masing mencatatkan penurunan sebanyak 8.0 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas manakala lebihan dagangan berkurangan 7.9 peratus kepada RM190.04 bilion.
"Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, perdagangan Malaysia pada Oktober 2023 berkembang 6.8 peratus kepada RM239.52 bilion. Eksport meningkat 1.5 peratus kepada RM126.19 bilion dan import mencatatkan pertumbuhan dua digit sebanyak 13.4 peratus kepada RM113.33 bilion.
"Lebihan dagangan mencecah RM12.87 bilion, merupakan lebihan dagangan yang ke-42 bulan berturut-turut sejak Mei 2020," tambahnya.
MITI memaklumkan perdagangan Malaysia bagi Oktober 2023 susut pada kadar yang lebih perlahan iaitu 2.4 peratus tahun ke tahun, berbanding penurunan dua digit yang direkodkan pada bulan sebelumnya.
Eksport turun 4.4 peratus dan import berkurangan secara marginal sebanyak 0.2 peratus, jelasnya.
Prestasi itu seiring dengan rakan dagang utama Malaysia yang lain seperti China, Taiwan dan Indonesia yang masing-masing merekodkan pertumbuhan perdagangan negatif pada Oktober 2023 serta pengurangan dalam import global, menurut MITI.
"Bagi Oktober 2023, eksport keluaran pertanian (7.1 peratus syer) meningkat sebanyak 3.3 peratus kepada RM8.90 bilion berbanding Oktober 2022, merekodkan pertumbuhan positif buat pertama kali selepas penurunan dua belas bulan berturut-turut," jelas MITI.
"Walau bagaimanapun, eksport kelengkapan pengangkutan, barang makanan diproses, jentera, kelengkapan dan peralatan, barangan perkilangan logam, barangan kertas dan palpa serta barangan kayu mencatatkan pertumbuhan," jelasnya.
MITI memaklumkan eksport hasil galian (6.9 peratus syer) berkurangan 21.9 peratus tahun ke tahun kepada RM8.75 bilion kesan penurunan eksport gas asli cecair (LNG) dan petroleum mentah.
Kementerian itu menjelaskan berbanding September 2023, eksport keluaran pertanian dan hasil galian masing-masing meningkat sebanyak 10.7 peratus dan 10.4 peratus manakala eksport barangan perkilangan mencatatkan penurunan marginal.
Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2023, eksport barangan perkilangan menyusut 6.3 peratus kepada RM1.016 trilion berbanding tempoh yang sama 2022 berikutan pengurangan eksport keluaran petroleum, barangan perkilangan berasaskan minyak sawit dan keluaran getah, menurutnya.
Walau bagaimanapun, eksport barangan makanan diproses, barangan kertas dan palpa serta kelengkapan pengangkutan merekodkan pertumbuhan ketara.
"Eksport hasil galian menguncup 12.8 peratus kepada RM84.92 bilion disebabkan penurunan eksport LNG dan petroleum mentah kesan kejatuhan harga komoditi tersebut.
"Eksport keluaran pertanian berkurangan 23.0 peratus kepada RM77.74 bilion disebabkan eksport yang lebih rendah bagi minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit berikutan penyusutan harga eksport minyak sawit," tambah MITI.
Pada Oktober 2023, perdagangan dengan ASEAN meningkat 1.7 peratus tahun ke tahun, merangkumi 26.9 peratus atau RM64.39 bilion daripada jumlah perdagangan Malaysia.
"Walau bagaimanapun, pengurangan ini telah diimbangi oleh kenaikan eksport kimia dan bahan kimia serta minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit.
"Import dari ASEAN mencatatkan pertumbuhan dua digit sebanyak 13.4 peratus kepada RM27.82 bilion," tambah kementerian itu.
MITI menjelaskan eksport ke pasaran utama ASEAN yang merekodkan pertumbuhan dua digit ialah Vietnam yang meningkat sebanyak RM585.2 juta dan Filipina naik sebanyak RM441.5 juta didorong oleh eksport keluaran petroleum yang lebih tinggi.
Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2023, perdagangan dengan ASEAN menyusut 6.9 peratus kepada RM600.49 bilion berbanding tempoh yang sama 2022, jelasnya.
"Eksport menurun 6.7 peratus kepada RM350.8 bilion berikutan pengurangan eksport bagi keluaran petroleum, kimia dan bahan kimia serta minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit. Namun begitu, pertambahan eksport dicatatkan untuk barangan galian bukan logam, barangan minuman dan tembakau serta barangan makanan diproses.
"Import dari ASEAN turun 7.1 peratus kepada RM249.69 bilion," menurut MITI.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 20 2023
MITI berkata perdagangan, eksport dan import masing-masing mencatatkan penurunan sebanyak 8.0 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. - Gambar hiasan/Bernama
AWANI Ringkas: Isu 'Ham': Polis rakam keterangan Harith Iskander
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.
Lelaki cedera, rumah musnah dijilat api
Seorang lelaki cedera apabila rumahnya di Taman Rancha-Rancha Fasa 1 musnah dijilat api dalam kejadian awal pagi tadi.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, Bukan sentimen
Ahli Parlimen disaran untuk berhujah berlandaskan fakta tanpa bermain dengan sentimen yang dipacu oleh emosi peribadi.
Menurut Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Libatsama Komuniti), UIAM, Prof Datuk Dr. Mohamad Fauzan Noordin, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
Menurut Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Libatsama Komuniti), UIAM, Prof Datuk Dr. Mohamad Fauzan Noordin, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
Dunia semakin tidak menentu, Malaysia perlu perkukuh kekuatan dalaman – PM Anwar
PM Anwar gesa rakyat untuk bangkit dan memberi fokus kepada bidang yang kritikal seperti ilmu dan kemahiran, keterampilan dan AI.
Pembekal sandwic ham di UM didakwa 12 pertuduhan guna logo halal palsu
Sebuah syarikat pastri dan pengarahnya yang membekalkan 366 sandwic pelbagai jenis yang tular di sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM) didakwa di dua Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas 12 tuduhan menggunakan logo halal palsu supaya makanan itu boleh dimakan orang Islam.
Satu juta kanak-kanak di Gaza perlu sokongan kesihatan mental untuk tangani tekanan, kebimbangan - PBB
Anggaran menunjukkan lebih 17,000 kanak-kanak kini tanpa keluarga di Gaza.
Kes Pukul OKU: Kertas siasatan telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara
Kertas siasatan kejadian pukul membabitkan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental di pasar tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara.
Bomba perkenal sistem syif baharu dengan 26 hari rehat setahun bermula Februari
Penambahbaikan itu bertujuan menjaga kebajikan anggota bomba serta memastikan mereka mempunyai tahap kesihatan fizikal, mental dan sosial yang baik.
Bruno Fernandes tidak mahu penyokong Manchester United terbiasa kalah
Kapten Manchester United, Bruno Fernandes, tidak sesekali mahukan penyokong pasukan itu membiasakan diri dengan kekalahan.
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Oktober tahun ini lepasi paras RM2 trilion - MITI
Perdagangan Malaysia melepasi paras RM2 trilion bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.
Malaysia catat jumlah perdagangan RM222.1 bilion pada Jun 2023 - DOSM
Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM222.1 bilion pada Jun 2023 dengan eksport dan import masing-masing bernilai RM124.0 bilion dan RM98.2 bilion.
MIDF Research kekal unjuran eksport, import pada 9.2 dan 9.5 peratus tahun ke tahun
Jumlah perdagangan Malaysia meningkat 11 peratus tahun ke tahun kepada RM205 bilion pada Februari.
Jumlah dagangan Malaysia naik kepada RM154.26 bilion pada Oktober 2017
Jumlah perdagangan Malaysia pada Oktober 2017 melonjak 19.8 peratus kepada RM154.26 bilion berbanding bulan yang sama tahun lepas.