KUALA LUMPUR: Perdagangan borong dan runcit Malaysia merekodkan nilai jualan sebanyak RM139.8 bilion, naik 7.2 peratus dari tahun ke tahun pada Julai 2023, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin memberitahu kenaikan itu disumbangkan oleh subsektor perdagangan borong, yang menokok 5.7 peratus atau RM3.4 bilion kepada RM63.1 bilion.
“Perdagangan runcit berkembang dengan mencatatkan 5.5 peratus atau RM3.1 bilion kepada RM59.7 bilion, diikuti kenderaan bermotor dengan peningkatan 20.5 peratus atau RM2.9 bilion kepada RM17.0 bilion,” katanya susulan pengumuman Prestasi Perdagangan Borong & Runcit, Julai 2023.
Sementara itu, kenaikan 0.9 peratus atau RM1.3 bilion berbanding bulan sebelumnya telah disumbangkan oleh perdagangan borong dengan tambahan berjumlah RM700 juta atau 1.1 peratus.
Dalam tempoh yang sama, beliau berkata kenderaan bermotor pulih semula sebanyak 2.0 peratus atau RM0.3 bilion, manakala perdagangan runcit melonjak 0.5 peratus atau RM300 juta.
Secara subsektor, pertumbuhan 5.7 peratus dari tahun ke tahun dalam perdagangan borong telah dipacu oleh borong khusus lain yang naik sebanyak RM1.3 bilion (5.8 peratus) kepada RM24.6 bilion.
Ini diikuti dengan pemborongan makanan, minuman dan tembakau (8.8 peratus), pemborong barangan isi rumah (2.8 peratus), pemborongan bahan mentah pertanian serta haiwan hidup (5.4 peratus), perdagangan borong bukan pengkhususan (10.3 peratus). ), pemborongan mesin, peralatan termasuk bekalan (3.4 peratus), dan pemborongan berdasarkan yuran atau kontrak (10.5 peratus).
"Untuk perbandingan secara bulanan, perdagangan borong meningkat 1.1 peratus disebabkan oleh borong khusus lain (3.1 peratus), borong bahan mentah pertanian dan haiwan hidup (5.2 peratus) serta borong makanan, minuman dan tembakau (0.4 peratus)." Mohd Uzir berkata.
Bagi subsektor perdagangan runcit, kenaikan 5.5 peratus dari tahun ke tahun pada bulan ini telah disokong oleh jualan runcit di kedai bukan khusus yang bertambah 9.0 peratus atau RM1.9 bilion kepada RM22. 7 bilion.
Kumpulan lain dalam subsektor ini juga mencatat pertumbuhan positif iaitu jualan runcit di kedai khusus (4.6 peratus), jualan runcit makanan, minuman dan tembakau (12.5 peratus), jualan runcit bahan api automotif (5.4 peratus), jualan runcit barangan isi rumah (0.2 peratus), jualan runcit di gerai serta pasar (5.7 peratus) dan jualan runcit bukan di kedai, gerai atau pasar (0.6 peratus).
Bagi perbandingan dari bulan ke bulan, jualan subsektor ini menokok 0.5 peratus selepas dipacu oleh jualan runcit di kedai khusus (1.6 peratus), jualan runcit barangan isi rumah (1.7 peratus) termasuk jualan runcit peralatan maklumat dan komunikasi (1.3 peratus) .
Mohd Uzir juga berkata pertumbuhan dua angka dari tahun ke tahun berjumlah 20.5 peratus bagi subsektor kenderaan bermotor pada bulan ini telah didorong oleh jualan kenderaan bermotor yang meningkat 25.9 peratus atau RM1.8 bilion kepada RM8.8 bilion.
Ini diikuti oleh jualan alat ganti serta aksesori kenderaan bermotor (17.3 peratus), penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan bermotor (18.3 peratus) selain jualan, penyelenggaraan dan pembaikan motosikal (2.6 peratus).
Untuk perbandingan bulanan, subsektor ini naik 2.0 peratus, didorong oleh jualan kenderaan bermotor (3.1 peratus), jualan, penyelenggaraan serta pembaikan motosikal (3.6 peratus), jualan alat ganti kenderaan bermotor dan aksesori (0.4 peratus) termasuk penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan bermotor (0.2 peratus).
Bagi indeks jualan runcit melalui internet, ianya merekodkan pertumbuhan 0.4 peratus dari tahun ke tahun menjelang Julai 2023 berbanding 1.5 peratus pada Jun 2023.
Untuk nilai pelarasan musim, indeks tersebut adalah lebih baik pada 0.7 peratus berbanding bulan sebelumnya.
Dalam terma indeks volum, perdagangan borong dan runcit bagi Julai 2023 mencatatkan pertumbuhan dari tahun ke tahun sebanyak 5.4 peratus.
Perkembangan itu telah disumbangkan oleh semua subsektor iaitu kenderaan bermotor (20.4 peratus), perdagangan borong (6.6 peratus) dan perdagangan runcit (2.7 peratus).
Untuk indeks volum pelarasan musim, ia berkembang 2.3 peratus dari bulan ke bulan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 11 2023
Kenaikan 0.9 peratus atau RM1.3 bilion berbanding bulan sebelumnya telah disumbangkan oleh perdagangan borong dengan tambahan berjumlah RM700 juta atau 1.1 peratus. - Gambar hiasan
Ratusan peminat sambut kedatangan Lionel Messi di Peru
Ratusan peminat bola sepak menyambut bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi, di ibu kota Peru, Lima, pada Selasa.
Al-Hilal kena bayar Neymar RM175 juta
Neymar tidak meninggalkan Al-Hilal dengan tangan kosong apabila dilaporkan kelab itu perlu membayar pampasan sekitar 38.33 juta euro kepada pemain itu.
JPJ keluar 1,968 saman menerusi OP TBC 2025
Pengarah JPJ Terengganu Zamri Samion berkata saman itu hasil pemeriksaan terhadap 19,597 kenderaan termasuk motosikal, kereta, lori, bas dan lain-lain kenderaan persendirian.
JPJ kesan masih ada pemandu bas ambil dadah
Jalan (JPJ) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melaksanakan ujian saringan air kencing terhadap pemandu bas di seluruh negara bagi mempertingkat pematuhan sepanjang tempoh Op Khas Tahun Baharu Cina (TBC) 2025.
Perkembangan terkini di Sarawak
Operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri, Sarawak sedang giat dijalankan.
Tanah runtuh Miri: Dua lagi mayat ditemukan
Dua lagi mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri telah dijumpai pada pagi Rabu, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kepada tiga orang.
Ahmad Zahid meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA berlangsung meriah dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Masters Thailand: Era baru bermula, gandingan tumpuan Malaysia-Korea Selatan menang aksi sulung
Gandingan terbaharu di antara pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem dan pemain Korea Selatan, Choi Sol Gyu, menampilkan aksi positif.
AWANI Ringkas: Ujian air kencing ke atas pemandu bas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rusia, Syria terus berunding mengenai pangkalan tentera
Rusia dan Syria akan mengadakan rundingan lanjut mengenai pangkalan tentera Rusia di Syria, menurut laporan agensi berita Rusia pada Selasa malam.
Laporan itu memetik Timbalan Menteri Luar Rusia, Mikhail Bogdanov, selepas perbincangannya dengan pegawai Syria.
Laporan itu memetik Timbalan Menteri Luar Rusia, Mikhail Bogdanov, selepas perbincangannya dengan pegawai Syria.
Inflasi Malaysia pada Jun terkawal, kekal 2% pada bulan pertama rasionalisasi subsidi
Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Jun 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.0 berbanding 130.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Niaga hadapan FBM KLCI dijangka terus catat momentum meningkat minggu depan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori meningkat minggu depan.
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar kepada RM5.1 bilion pada Januari
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar pada Januari, apabila warga asing menjual bersih sekuriti hutang bernilai RM5.1 bilion.
Elak birokrasi, tumpu usaha tarik pelabur asing - Tengku Zafrul
Semua kementerian perlu memberi tumpuan terhadap usaha menarik pelaburan dari luar negara dengan mengurangkan birokrasi.
Inflasi Malaysia 2.4 peratus pada Jun, terendah bagi separuh pertama 2023
Inflasi Malaysia pada Jun 2023 mereda kepada 2.4 peratus, angka terendah bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan sentimen berhati-hati
Bursa Malaysia memulakan dagangan Isnin dengan lebih rendah berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.
Ringgit susut berikutan pengukuhan dolar AS
Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal Isnin.
Elon Musk minta jumpa PM Anwar minggu depan
Bilionair Elon Musk menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu depan berhubung penambahan pelaburan di Malaysia.
Anwar umum duti setem dikurang kepada 0.10 peratus, tingkat daya saing pasaran saham
Kerajaan mengumumkan kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Sekuriti Bursa Malaysia dikurangkan daripada 0.15 peratus kepada 0.10 peratus daripada nilai kontrak.
AmInvestment semak turun unjuran pendapatan Malaysia Airports bagi FY23-FY24
Bagaimanapun, keuntungan bersih FY25 dikekalkan dengan menjangkakan peningkatan yang mampan dalam trafik penumpang MAHB.