Sektor industri dan perkhidmatan tempatan dijangka mencatatkan peningkatan pada suku keempat 2015.
Dalam masa yang sama, sektor perdagangan borongan dan runcit serta sektor pembinaan dijangka menurun bagi tempoh yang sama.
Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Perangkaan Malaysia berkata ini dapat dilihat menerusi penanda aras keyakinan sektor industri dan perkhidmatan yang masing-masing berada pada paras 1.4% dan 1.2%.
Manakala sektor perdagangan borongan dan runcit mencatatkan penanda aras -13.2% serta sektor pembinaan -2.9%.
Penanda aras keyakinan merupakan petunjuk keadaan jangka pendek perniagaan tempatan merentasi pelbagai sektor.
Sementara itu jabatan itu berkata 29.5% dari perniagaan tempatan dijangka akan mencatatkan peningkatan pada pendapatan kasar mereka.
Manakala 25% dijangka akan mengalami penurunan pendapatan serta 45.5% akan melihat pendapatan kasar mereka tidak berubah.
Sementara bagi baki bersih pekerja, ianya dijangka akan kekal positif untuk suku keempat 2015 walaupun menurun kepada 4.0% dari 10.3% suku lalu.
Jabatan Perangkaan Malaysia menjangka prestasi perniagaan tempatan akan melembap secara keseluruhan bagi suku keempat 2015.
Menurutnya, penanda aras keyakinan keseluruhan suku keempat 2015 turun ke paras -0.8% dari 2.2% pada suku ketiga tahun ini.
Bernama
Tue Dec 01 2015
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, penanda aras keyakinan keseluruhan suku keempat 2015 turun ke paras -0.8%. -Foto Bernama
Pihak Berkuasa Pengangkutan Singapura siasat gangguan perkhidmatan kereta api enam hari
Gangguan yang berlaku dari 25 hingga 30 September itu menjejaskan penumpang dan siasatan dijangka selesai dalam beberapa bulan.
AWANI Tonight 2 Oct 2024
#AWANITonight with @sarayamia
1. Unlocking Malaysia's potential as the next leading data hub
2. Middle East: Israel says Iran will pay for missile attack
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Unlocking Malaysia's potential as the next leading data hub
2. Middle East: Israel says Iran will pay for missile attack
#AWANIEnglish #AWANINews
Tumpuan Khamis – 03 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Tonight: Unlocking Malaysia’s potential as the next leading data hub
Malaysia is emerging as a leading data hub in Southeast Asia. Sandy Woo from eCloudvalley shares the country’s strategic advantages and how to get SMEs on board.
AWANI Tonight: Thai police arrest driver of school bus fire that killed 23
Thai police arrested the driver of a bus carrying young students and teachers that caught fire and killed 23 in Bangkok. Police are investigating whether the incident was caused by negligence.
GISB: Johor tubuh jawatankuasa khas pulih akidah, selaras bantu anak pengikut
Jawatankuasa itu turut menyelaras pendidikan persekolahan, penempatan dan bantuan yang boleh disalurkan kepada anak-anak pengikut GISB.
Dua produk kosmetik dikesan mengandungi racun - KKM
Produk berkenaan ialah Snow White Treatment Cream dan Kak Ell Krim Rawatan yang mengandungi racun merkuri.
Ringgit susut diasak risiko geopolitik, namun kekal mata wang prestasi terbaik global
Ringgit muncul sebagai mata wang dengan prestasi terbaik global berbanding dolar AS bagi tempoh tiga bulan pada 2 Julai-2 Oktober 2024.
China penyumbang utama peningkatan ekonomi dunia bagi tempoh 1979-2023
Kadar pertumbuhan ekonomi China mencecah 8.9 peratus secara purata bagi tempoh dari 1979 hingga 2023.
AWANI Ringkas: Kes mati mengejut | Penggunaan aplikasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perangkaan: Prestasi perniagaan dijangka perlahan suku keempat 2015
Jabatan Perangkaan Malaysia menjangka prestasi perniagaan tempatan akan melembap secara keseluruhan bagi suku keempat 2015.