SERI ISKANDAR: Di sebalik kesuraman ekonomi susulan pandemik COVID-19, Perak mampu merekodkan jumlah pelaburan sebanyak RM6.6 bilion melibatkan 137 projek bagi industri pembuatan dan perkhidmatan sepanjang tahun 2021.
Malah, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, statistik terbaru Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menunjukkan, Perak mencatatkan pelaburan sebanyak RM2.3 bilion bagi enam bulan pertama tahun ini.
Menurutnya, ekoran permintaan tinggi, kerajaan negeri mahu membuka beberapa kawasan perindustrian baharu termasuk di kawasan utara di Parit Buntar dan Bagan Serai.
“Kita menerima permintaan, pelabur-pelabur yang sedang beroperasi di Penang, mereka hendak membesarkan perniagaan dan menambah pelaburan tetapi tiada tanah yang mencukupi.
“Pada masa sama, mereka perlukan kawasan baru yang berhampiran dengan pelabuhan Pulau Pinang dan juga dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.
“Tempat yang paling hampir tu adalah Parit Buntar dan Bagan Serai, malah kawasan ini lebih dekat dengan Jambatan Kedua Pulau Pinang,” katanya.
Beliau ditemui selepas merasmikan majlis pecah tanah Pembangunan Fasiliti Kilang Elektrik & Elektronik XP Power (Malaysia) di Tapak Kilang XP Power (M) Sdn Bhd, di Taman Perindustrian Farmaseutikal, Bandar Seri Iskandar, pada Khamis.
Hadir sama, Exco Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Datuk Shahrul Zaman Yahya; Exco Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia, Khairul Shahril Mohamed; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Lim Bee Vian dan Ketua Pegawai Kewangan XP Power, Oskar Zahn.
Saarani berkata, pembinaan kilang XP Power pertama di negara ini yang melibatkan pelaburan hampir RM300 juta akan memberi kesan signifikan kepada pembangunan Perak.
Katanya, fasa pertama projek Asia III merupakan pelaburan terbesar syarikat itu selepas bertapak di 40 buah negara termasuk Amerika Syarikat, Jerman, China dan Vietnam.
Projek yang dijangka siap pada suku kedua tahun 2024 akan mewujudkan lebih 1,200 peluang pekerjaan di daerah Perak Tengah itu.
Menurutnya, X Power juga akan bekerjasama dengan beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Perak seperti Universiti Teknologi Petronas (UTP), Politeknik Ungku Omar (PUO), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Institut Latihan Perindustrian (ILP) untuk mendapatkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.
Beliau yakin, dengan kepakaran hasil pengalaman lebih tiga dekad sejak 1988 serta reputasinya sebagai antara 250 yang tersenarai di Bursa Saham London, operasi XP Power ke Perak akan menyediakan ruang yang luas kepada proses pemindahan teknologi dan pengetahuan.
"Kehadiran syarikat yang memiliki reputasi besar telah menunjukkan Perak kekal kompetitif dalam menarik pelaburan asing dan mengukuhkan proses pemulihan ekonomi pasca COVID-19," ujarnya.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Sep 08 2022

Saarani sewaktu merasmikan majlis pecah tanah Pembangunan Fasiliti Kilang Elektrik & Elektronik XP Power (Malaysia) di Tapak Kilang XP Power (M) Sdn Bhd di Taman Perindustrian Farmaseutikal, Bandar Seri Iskandar, pada Khamis. - Foto Astro AWANI

Cameron Highlands rekod trend peningkatan suhu
Rekod data meteorologi dari tahun 1969 hingga 2024 mencatatkan suhu Cameron Highlands menunjukkan trend peningkatan terutamanya dalam tempoh 10 tahun terakhir.
Southwest Airlines batal pendaratan elak berlanggar dengan jet
Penerbangan Southwest Airlines terpaksa membatalkan pendaratan di lapangan terbang Chicago Midway pada Selasa bagi mengelak daripada berlanggar dengan jet perniagaan yang memasuki landasan tanpa kebenaran.

Maybank catat rekod keuntungan bersih RM10.09 bilion
Kumpulan Maybank pada Selasa mengumumkan peningkatan keuntungan bersih sebanyak 7.9 peratus kepada rekod RM10.09 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 (FY24).
Trump tangguh pelepasan keselamatan untuk firma guaman bagi Jack Smith
Trump menangguhkan pelepasan keselamatan untuk firma guaman yang bekerja dengan Jack Smith.
Jerman, Turkiye rakan baharu Program Pemerhatian ADMM-Plus
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin memberitahu ADMM bersetuju menerima Jerman dan Turkiye dalam Program Pemerhatian ADMM-Plus bagi sesi 2024-2027.
Program Pemerhatian ADMM-Plus ialah program yang membolehkan pemerhati dari luar rantau ASEAN menyertai Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM).
Program Pemerhatian ADMM-Plus ialah program yang membolehkan pemerhati dari luar rantau ASEAN menyertai Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM).
Malaysia perluas pasaran eksport dalam ketidaktentuan global
Kerajaan mengambil langkah mitigasi bagi menghadapi kesan negatif ketidaktentuan ekonomi global terhadap perdagangan luar negara dengan memperluaskan destinasi eksport serta memperkukuh hubungan diplomasi perdagangan.
Menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), langkah ini merupakan sebahagian daripada strategi untuk memastikan daya tahan ekonomi Malaysia dalam menghadapi cabaran geopolitik dan perang perdagangan yang semakin meningkat pada tahun 2025.
Menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), langkah ini merupakan sebahagian daripada strategi untuk memastikan daya tahan ekonomi Malaysia dalam menghadapi cabaran geopolitik dan perang perdagangan yang semakin meningkat pada tahun 2025.

Juruteknik wanita maut nahas empat kenderaan
Kejadian berlaku apabila lori Volvo hilang kawalan dan melanggar belakang kereta Proton Saga yang dipandu mangsa.
ADMM bincang usaha kukuh kerjasama, perpaduan ASEAN - Khaled
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin memberitahu antara perkara yang dibincangkan pada Sesi Permukiman Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ialah usaha memperkukuhkan kerjasama ASEAN dan perpaduan ASEAN serta kerjasama serantau dalam mendepani cabaran baharu keselamatan di rantau ini dan dunia.

Noorul Ariffin serah kepada Hannah putuskan kedudukan Pengerusi YAKEB
Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed menyerahkan kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh untuk menentukan kedudukan beliau di yayasan itu.

Warner Bros Games tutup studio yang hasilkan Shadow of Mordor, F.E.A.R
Penutupan Monolith Productions menyebabkan pembatalan permainan Wonder Woman yang diumumkan pada tahun 2021 dan mengurangkan harapan untuk permainan baharu dengan Nemesis System.

Perak terima RM2.3 bilion pelaburan enam bulan pertama 2022
Perak merekodkan jumlah pelaburan sebanyak RM6.6 bilion melibatkan 137 projek bagi industri pembuatan dan perkhidmatan sepanjang tahun 2021.