Penyusutan nilai ringgit adalah positif bagi ekonomi Malaysia kerana turut menjadikan sektor industrinya lebih kompetitif di peringkat global, kata Ketua Strategi Pelaburan dan Ketua Pakar Ekonomi AMP Capital, Dr Shane Oliver.
"Apabila mata wang anda menurun, harga eksport turut turun dan bertindak sebagai 'penyerap' kejutan berkenaan.
"Oleh itu, selagi penurunan itu tidak bertukar kepada faktor ketidakstabilan dan Malaysia tidak mempunyai terlalu banyak hutang denominasi dolar Amerika Syarikat (AS), ia bukanlah satu masalah besar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika diminta berkongsi pendapatnya mengenai penyusutan nilai ringgit ketika ini.
Ringgit dilaporkan susut ke paras terendahnya berbanding dolar AS dalam tempoh sembilan tahun pada Isnin lepas selain mencecah paras rendah berbanding dolar Singapura iaitu 2.78, pada Rabu.
"Malah, saya juga tidak melihat impak ketaranya terhadap penarafan Malaysia," katanya.
Oliver turut menjangkakan ringgit akan meneruskan aliran menurunnya berdasarkan dua faktor utama.
"Pertama, peningkatan dolar AS yang kelihatan akan terus naik ketika pihak Rizab Persekutuan negara itu mungkin menjadi bank pusat pertama menaikkan kadar faedah.
"Faktor kedua, aliran menurun harga komoditi yang sememangnya buruk untuk pendapatan eksport Malaysia, khususnya bagi sektor minyak dan tenaga," katanya.
Bagaimanapun, tegas Oliver, ini adalah sebahagian kitaran komoditi/mata wang yang turut menjejaskan mata wang lain di rantau yang mana komoditinya berperanan penting, seperti dialami dolar Australia.
Bernama
Fri Jun 12 2015

Penyusutan nilai ringgit adalah positif bagi ekonomi Malaysia kerana turut menjadikan sektor industrinya lebih kompetitif di peringkat global.

Wanita maut dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lok Bonu Sepanggar
Seramai 10 anggota dari Balai Bomba Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian.

Rusuhan bersenjata, polis buru 20 suspek
ACP Raub Selamat berkata, insiden pada kira-kira jam 1.30 pagi itu membabitkan kira-kira 20 individu bersenjata cota besi dan kayu besbol.
AWANI Pagi: Vape - Bom jangka kesihatan remaja
Bersama Syazwani & Amirul mengupas mengenai isu 'vaping' dalam kalangan remaja bersama Timbalan Dekan Ijazah Dasar, Fakulti Pendidikan, UM, Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor & Pakar Perubatan Kecemasan, Fakulti Perubatan, UM, Dr. Mohd Hafyzuddin Md Yusuf
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Kabinet Arab Saudi tolak pengusiran rakyat Palestin oleh Israel
Menjadi hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib dan memperoleh hak-hak sah mereka termasuk hak menubuhkan negara merdeka.

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS susulan keputusan tarif import
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4465/4585 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada penutupan Selasa.

Pemain berdarah Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
Reijnders menyertai AZ Alkmar pada 2023 dengan kontrak lima tahun, dan dia telah buat 90 penampilan dalam semua kejohanan dan jaringkan 16 gol.

Anak bongsu Baddrol Bakhtiar meninggal dunia
Khabar duka itu dikongsi ADUN Gurun itu dalam satu hantaran di Instagram rasmi miliknya.

Saham AS merudum susulan tarif baharu terhadap Kanada, Mexico
Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) mengalami tekanan susulan tindakan Washington meningkatkan perang perdagangan dengan mengenakan tarif baharu terhadap Kanada dan Mexico.

UCL: Arsenal kenduri gol benam PSV di Eindhoven
Anak buah Mikel Arteta menjaringkan tiga gol dalam tempoh 13 minit dalam babak pertama, empat lagi jaringan dalam separuh masa kedua.

Dasar projek ladang solar, infrastruktur nuklear antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Howard Lee minta menteri nyatakan dasar kementerian dalam memperkembang projek-projek ladang solar melalui penggunaan tasik semula jadi dan lombong sedia ada.

Harga eksport, import Malaysia meningkat pada Disember 2024 - Jabatan Perangkaan
Harga eksport Malaysia pada Disember 2024 meningkat 1.1 peratus kepada 150.7 mata berbanding 149.1 mata dalam bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan.

FMM sambut baik inisiatif kerajaan kaji pengenalan semula GST
Kerajaan perlu berunding dengan semua pihak berkepentingan sepanjang proses kajian itu yang amat penting bagi kejayaan langkah memperkenalkan sistem cukai yang berkesan.

Penyusutan ringgit dilihat positif untuk ekonomi Malaysia - Pakar
Penyusutan nilai ringgit adalah positif bagi ekonomi Malaysia kerana turut menjadikan sektor industrinya lebih kompetitif di peringkat global.