KUALA LUMPUR: Beberapa negara di Asia Pasifik, termasuk Malaysia, dijangka terjejas dari segi pertumbuhan ekonomi pada suku ketiga pada tahun ini berikutan peningkatan semula jangkitan COVID-19 di rantau ini, menurut Moody's Analytics.
Firma penyelidikan itu menjangka, Indonesia akan terjejas teruk, membawa kepada risiko unjuran pertumbuhan Moody's Analytics disemak semula sebanyak 4.5 peratus untuk negara itu bagi 2021.
"Apa yang berlaku di Indonesia ialah permintaan domestik merangkumi bahagian ekonomi yang besar secara relatif berbanding negara lain di Asia Tenggara, justeru, eksport tidak banyak membantu dalam mengimbangi penurunan di peringkat domestik pada tahap agregat.
"Vietnam dan Malaysia akan turut terjejas," katanya dalam analisis bertajuk "Macro Roundup: COVID-19 Is Bruising Asia's Recovery" yang diterbitkan hari ini.
Walaupun menyatakan 2021 ternyata lebih baik daripada 2020, Moody's Analytics berkata minggu lepas membuktikan kebanyakan negara-negara di Asia Pasifik, pengurusan dan langkah-langkah membendung COVID-19 merupakan cabaran yang berterusan berikutan varian Delta telah melanda rantau ini.
Misalnya, katanya, Indonesia mengumumkan sekatan pergerakan negaranya yang pertama berikutan kes melonjak pada minggu lepas dengan purata harian selama tujuh hari berada di bawah 30,000, manakala Jepun mengisytiharkan darurat yang akan berterusan hingga Olimpik Tokyo, dijadualkan bermula pada 23 Julai.
"Ini akan menjejaskan industri perhotelan yang telah terjejas, yang berharap kepada peningkatan daripada sukan Olimpik," katanya.
Firma penyelidikan itu berkata sekatan pergerakan di Sydney, Australia, telah dilanjutkan berikutan varian Delta telah menyebabkan jumlah kes melebihi paras selesa, manakala kes COVID-19 di Vietnam kini pada tahap teruk.
"Sekatan pergerakan di Ho Chi Minh City bermula minggu ini, manakala gelombang keempat telah melanda Korea Selatan," katanya.
Moody's Analytics berkata penyatuan tema negara-negara ini yang bergelut dengan peningkatan semula kes COVID-19 dan penjarakan sosial yang diperbaharui adalah jadual vaksinasi di peringkat domestik yang perlahan.
"Kesemua negara ini adalah jauh daripada daya tahan kelompok, menjadikan mereka terdedah kepada sekatan pergerakan yang berterusan memberi tekanan kepada permintaan domestik dan pemulihan yang lebih luas, situasi yang dijangka berterusan hingga separuh kedua 2021," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 12 2021
Moody's Analytics berkata, di kebanyakan negara-negara di Asia Pasifik, pengurusan dan langkah-langkah membendung COVID-19 merupakan cabaran yang berterusan berikutan varian Delta telah melanda. - Astro AWANI
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Forum Perniagaan Antarabangsa Rusia-ASEAN tindakan susulan lawatan PM Anwar ke Vladivostok
Rusia terus berhubung dengan Malaysia untuk menganjurkan forum itu bagi membincangkan aspek yang disentuh semasa lawatan Perdana Menteri ke Rusia.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Lawatan PM Anwar kukuh perkongsian global Malaysia di sebalik ketidaktentuan geopolitik
Chong berkata usaha Anwar untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia wajar dihargai.
Kepengerusian ASEAN 2025: Perkukuh komuniti dan tangani cabaran serantau - Mohamad
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut walaupun kebimbangan meningkat terhadap perkembangan geopolitik di Ukraine, kata penganalisis.
Sektor pengangkutan pemacu utama peluang kerja, pertumbuhan ASEAN - TPM Fadillah
Sektor pengangkutan muncul sebagai pemacu utama penciptaan peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi di rantau ASEAN, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
PM Anwar selamat tiba di tanah air selepas lawatan ke empat negara
Dalam lawatan empat negara tersebut, Anwar turut bertemu pemimpin dunia serta menyatakan komitmen Malaysia dalam memacu pertumbuhan mampan termasuk semasa menjadi Pengerusi ASEAN 2025.