KUALA LUMPUR:Kaukus Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara mahu pengambilalihan FGV Holdings Berhad oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dilaksanakan dengan mengutamakan kepentingan pihak terlibat, khususnya peneroka dan warga Felda.
Pengerusinya Senator Datuk Razali Idris berkata pengambilalihan itu antara lain perlu memastikan keuntungan bersama dikecapi pihak terlibat menerusi terma yang munasabah dan tidak membabitkan kepentingan peribadi mana-mana pihak.
Ini termasuk memastikan harga RM1.30 sesaham yang ditawarkan bersesuaian dengan harga pasaran semasa, katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata ini kerana sebahagian besar peneroka merupakan pemegang saham FGV.
Pada masa sama, beliau berkata jawatankuasa itu juga mahu pihak yang berkenaan memastikan pengambilalihan tersebut menjadi tunjang kemajuan Felda melalui pewujudan kerja berpendapatan tinggi, ekonomi berskala besar, meningkatkan taraf pendidikan dan latihan, memperkasakan kebajikan peneroka dan generasi mereka serta membangunkan keusahawanan dalam kalangan generasi kedua dan ketiga peneroka.
"Felda juga perlu memastikan peneroka dan aset syarikat terus dilindungi daripada dimanipulasi oleh pedagang rakus, syarikat konglomerat asing dan pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan organisasi," katanya.
Selain itu, beliau berkata Felda juga harus memberi jaminan prestasi termasuk harga dan kadar perahan minyak sawit diperhalusi, dibincangkan dan ditambah nilai menerusi rundingan bersama bagi melindungi peneroka.
"Kaukus juga berharap demi kepentingan 112,638 peneroka dan dua juta warga besar Felda, pengambilalihan ke atas FGV dilaksanakan secara lancar, harmoni dan baik," katanya.
Media sebelum ini melaporkan Felda membeli 1.65 juta lagi saham FGV daripada pasaran terbuka pada harga tawaran RM1.30 sesaham pada 4 Feb lepas (Khamis).
Ini menyusuli pengumuman Felda pada 8 Dis 2020 akan cadangannya untuk membuat tawaran pengambilalihan selepas membeli 222.48 juta saham FGV (6.1 peratus kepentingan) dipegang oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dan 283.71 juta saham FGV (7.78 peratus kepentingan) dipegang oleh Urusharta Jamaah Sdn Bhd bernilai RM658 juta.
Setakat 29 Jan lalu, Felda dan mereka yang terlibat memegang sebanyak 68.76 peratus kepentingan dalam FGV.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 08 2021

Felda dilaporkan membeli tambahan 1.65 juta saham FGV daripada pasaran terbuka pada harga tawaran RM1.30 sesaham pada 4 Feb lepas (Khamis).

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, mangsa di Johor berkurang
Keadaan di Kelantan pulih sepenuhnya petang tadi manakala jumlah mangsa ditempatkan di PPS di empat negeri iaitu Johor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan tidak jauh berubah.

Johor hasrat perluas tanaman lada hitam
Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.

Suzana Idayu Wati wanita pertama dilantik Pengarah Besar Felda
Ahli Lembaga Pengarah Felda Datuk Suzana Idayu Wati Osman dilantik sebagai Pengarah Besar Felda yang baharu berkuat kuasa hari ini, menjadi wanita pertama dilantik ke jawatan berkenaan.

Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya dengan firma dalam KEIND untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.

12 cedera dua kereta bertembung di Jengka
Sebanyak 12 individu termasuk empat kanak-kanak cedera selepas dua kereta bertembung di Jalan Felda Jengka 4 menghala Maran hari ini.

Taaveekun, KPF Agro Properties perluas kerjasama, edar baja perapi tanah untuk ladang Felda
Kumpulan Taaveekun akan terus memperluaskan kolaborasi bersama KPF Agro Properties Sdn. Bhd dalam penghasilan dan pembekalan perapi tanah untuk merawat tanaman sawit di ladang-ladang FELDA di Malaysia

'Jangan lupa jasa peneroka awal Felda' - PM Anwar
Jasa peneroka awal Felda jangan sesekali dilupakan kerana golongan itu merupakan pengasas tanah rancangan tersebut dan hasil usaha mereka, dinikmati generasi masa kini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bincang, teliti rayuan untuk serah tanah adat kepada penduduk di Tambisan - Anwar
Kerajaan Persekutuan dan negeri, serta Felda, akan adakan perbincangan untuk meneliti rayuan mengenai penyerahan semula tanah adat di Tambisan.

Malaysia mahu berbaik dengan semua negara - Anwar
Beliau meminta tidak ada pihak cuba menekan negara dalam menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.