KUALA LUMPUR:Pengambilalihan FGV Holdings Bhd (FGV) oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) adalah suatu langkah penting dalam Pelan Pemulihan yang diluluskan oleh kerajaan demi manfaat warga Felda.
Felda dalam satu kenyataan berkata pengambilalihan itu dilakukan pada terma yang munasabah dan tidak membabitkan kepentingan peribadi mana-mana pihak
"Sesi penerangan juga sudah dilaksanakan secara maya kepada Ahli Jawatankuasa Perunding Peneroka, Majlis Belia Felda Malaysia, Kami Anak Felda, pengurusan wilayah dan rancangan Felda, kakitangan serta pesara FELDA untuk membolehkan mereka memahami kepentingan usaha yang dijalankan dan dapat disampaikan kepada warga peneroka.
"Sokongan kakitangan, peneroka dan seluruh warga FELDA pastinya menjadi antara faktor utama kejayaan usaha ini," katanya.
Felda berkata harga tawaran RM1.30 sesaham adalah wajar kerana ia adalah harga sama yang dirundingkan secara bebas dan profesional dengan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dan Urusharta Jamaah Sdn Bhd yang melebihi harga pasaran serta melibatkan premium 15 peratus berbanding nilai aset bersih sesaham FGV pada RM1.13.
Selain itu, harga tawaran RM1.30 adalah wajar kerana ia adalah 15 peratus lebih tinggi berbanding RM1.13 nilai aset bersih FGV pada 30 Sept 2020 serta 49 peratus lebih tinggi berbanding RM0.87 nilai aset ketara bersih FGV pada 30 Sept, 2020.
Sementara itu, Maybank Investment Bank Bhd mengumumkan bahawa masa dan tarikh tutup bagi pemegang saham untuk menerima tawaran pengambilalihan mandatori tanpa syarat telah dilanjutkan hingga 16 Februari, 2021, pukul 5 petang daripada 2 Februari, pukul 5 petang sebelum ini.
Maybank IB adalah penasihat utama Felda untuk dokumen tawaran.
Pada 8 Disember, Felda mencadangkan untuk melakukan tawaran pengambilalihan setelah memperoleh 222.48 juta saham FGV (6.1 peratus kepentingan) yang dipegang KWAP dan 283.71 juta saham FGV (7.78 peratus kepentingan) yang dipegang oleh Urusharta Jamaah Sdn Bhd dengan wang tunai RM658 juta.
Setakat 29 Januari, Felda dan mereka yang terlbat mempunyai 68.76 peratus dalam FGV.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 29 2021
Pengambilalihan FGV oleh adalah suatu langkah penting dalam Pelan Pemulihan yang diluluskan oleh kerajaan demi manfaat warga Felda.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
Suzana Idayu Wati wanita pertama dilantik Pengarah Besar Felda
Ahli Lembaga Pengarah Felda Datuk Suzana Idayu Wati Osman dilantik sebagai Pengarah Besar Felda yang baharu berkuat kuasa hari ini, menjadi wanita pertama dilantik ke jawatan berkenaan.
Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya dengan firma dalam KEIND untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.
12 cedera dua kereta bertembung di Jengka
Sebanyak 12 individu termasuk empat kanak-kanak cedera selepas dua kereta bertembung di Jalan Felda Jengka 4 menghala Maran hari ini.
Taaveekun, KPF Agro Properties perluas kerjasama, edar baja perapi tanah untuk ladang Felda
Kumpulan Taaveekun akan terus memperluaskan kolaborasi bersama KPF Agro Properties Sdn. Bhd dalam penghasilan dan pembekalan perapi tanah untuk merawat tanaman sawit di ladang-ladang FELDA di Malaysia
'Jangan lupa jasa peneroka awal Felda' - PM Anwar
Jasa peneroka awal Felda jangan sesekali dilupakan kerana golongan itu merupakan pengasas tanah rancangan tersebut dan hasil usaha mereka, dinikmati generasi masa kini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bincang, teliti rayuan untuk serah tanah adat kepada penduduk di Tambisan - Anwar
Kerajaan Persekutuan dan negeri, serta Felda, akan adakan perbincangan untuk meneliti rayuan mengenai penyerahan semula tanah adat di Tambisan.
Malaysia mahu berbaik dengan semua negara - Anwar
Beliau meminta tidak ada pihak cuba menekan negara dalam menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.
RM267.76 juta untuk projek prasarana awam, rumah ibadat bukan Islam di Johor
KPKT mengumumkan peruntukan RM267.76 juta bagi 40 projek prasarana awam serta pembaikan dan penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam (RIBI) di Johor tahun ini.
FGV kekal komited terhadap amalan pengambilan pekerja bertanggungjawab
FGV Holdings Bhd kekal komited terhadap amalan pengambilan pekerja yang bertanggungjawab dan prinsip 'tiada yuran pengambilan' untuk bekas pekerja migran melalui program pembayaran baliknya.
Pilih calon penghubung Kerajaan Pusat dengan DUN Nenggiri - Ahmad Maslan
Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri memerlukan wakil rakyat yang boleh menjadi penghubung kepada Kerajaan Persekutuan, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.