KUALA LUMPUR: Pendapatan bank-bank di Malaysia dijangka bertambah baik pada 2021 berikutan pemulihan margin faedah bersih (NIM), namun prestasi keuntungan diunjur terus berdepan tekanan penyusutan caj yang masih ketara, demikian menurut RAM Rating Services (RAM Ratings).
Ketua Bersama Penarafan Institusi Kewangan RAM Ratings, Wong Yin Ching berkata unjuran prestasi pendapatan itu didorong oleh kecenderungan aliran peningkatan trajektori NIM.
"Bagaimanapun, keuntungan bank-bank ini akan terus dipengaruhi oleh ketidaktentuan dalam landskap operasi," katanya dalam nota penyelidikan pada Khamis.
Menurut Wong, memandangkan kira-kira 13 peratus pinjaman bank di bawah bantuan bayaran balik/moratorium bersasar atau tertakluk kepada penstrukturan dan penjadualan semula, asas kualiti aset sebenar mereka masih belum dapat ditentukan setakat ini.
"Bank-bank ini telah meningkatkan penampan bagi menyerap kerugian pada 2020 dengan bertindak aktif menyediakan peruntukan sewajarnya apabila mengandaikan penyusutan lebih tinggi selepas langkah berkaitan ditarik balik.
"Purata nisbah kos kredit bagi lapan bank-bank tempatan terpilih juga meningkat hampir tiga kali ganda kepada 84 mata asas (bps) daripada 30 bps tahun ke tahun," katanya.
"Selain itu, Wong berkata NIM bank-bank juga telah terjejas secara ketara susulan pengurangan sehingga 125 bps dalam Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tahun lepas yang dijejaskan lagi dengan pengubahsuaian caj dalam suku kedua 2020 (Q2 2020).
"Selepas susut kepada 1.83 peratus pada Q2 2020, purata NIM bagi lapan bank tersebut kembali meningkat secara kukuh pada dua suku berikutnya yang didorong oleh ketiadaan kerugian modifikasi ketara serta penyusutan berkaitan deposit.
"Bagaimanapun NIM mereka pada 2.14 peratus (diselaras bagi perbelanjaan modifikasi/perubahan) untuk tahun penuh, kekal di bawah aliran purata 2.20 peratus- 2.30 peratus sejak lima tahun lkepas," katanya.
Menurut Wong, walaupun pendapatan dagangan bon lebih memberangsangkan dan kos pengurusan lebih terkawal yang memberi suntikan positif, namun lapan bank terbabit telah melaporkan pulangan aset sebelum cukai yang lebih rendah pada 0.92 peratus tahun ke tahun pada 2020 daripada 1.36 peratus pada 2019.
Bank terbabit juga melaporkan pulangan ekuiti lebih rendah sebanyak 8.7 peratus pada 2020 berbanding 13.2 peratus sebelum ini, kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 11 2021
Ketua Bersama Penarafan Institusi Kewangan RAM Ratings, Wong Yin Ching berkata unjuran prestasi pendapatan itu didorong oleh kecenderungan aliran peningkatan trajektori NIM. -Gambar hiasan
Pemandu kereta nyaris maut, kereta dihempap pokok tumbang
JBPM Pulau Pinang terima panggilan pada 9.07 malam memaklumkan sebuah kereta dihempap sebatang pokok di Jalan Tasek Mutiara 2, Sungai Bakap.
Rakyat Palestin alu-alukan waran tangkap ICC ke atas Netanyahu, Gallant
Menurut Hamas, waran untuk pemimpin Israel "langkah penting ke arah keadilan dan boleh membawa kepada pembebasan mangsa secara umum."
Amerika Syarikat tolak waran tangkap ICC untuk Netanyahu, Gallant - White House
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS, luah kebimbangan Amerika terhadap sikap tergesa-gesa Pendakwa Raya mendapatkan waran tangkap dan kesilapan proses yang membawa kepada keputusan ini.
Napie Spider meninggal dunia pada usia 51 tahun
Pemain gitar utama kumpulan Spider menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh pada pukul 3.54 pagi tadi.
Bersih puji reaksi positif Perdana Menteri terima gred D
Maklum balas positif yang disusuli iltizam untuk memperbaiki gred di masa akan datang, adalah gambaran keterbukaan Perdana Menteri.
10 projek berkaitan aeroangkasa bernilai RM500 juta diluluskan sehingga 2023 - MITI
Syarikat industri aeroangkasa Malaysia juga telah berjaya membida pakej kerja baharu untuk sektor pembuatan aeroangkasa.
Duta Palestin ke UK alu-alukan waran tangkap terhadap Netanyahu, gesa akauntabiliti penuh
Duta Husam Zomot menyifatkan waran tangkap itu sebagai langkah ke arah pertanggungjawaban dan keadilan untuk Palestin.
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB sokong ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Kami menghormati kebebasan dan kompetensi Mahkamah Jenayah Antarabangsa di bawah Statut Rom, kata Jeremy Laurence.
LHDN komited tingkat pematuhan cukai menerusi audit dan siasatan
Hisham berkata, kesemua tindakan itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Pendapatan bank di Malaysia dijangka bertambah baik pada 2021 - RAM Ratings
Unjuran prestasi pendapatan itu didorong oleh kecenderungan aliran peningkatan trajektori NIM.