Pengasas Alibaba, Jack Ma, dilantik sebagai penasihat ekonomi digital kepada Kerajaan Malaysia bagi meneraju pembangunan e-dagang negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia akan membuka bidang baharu kepada ekonomi Malaysia.
Antara projek yang akan dilaksana bersama Jack Ma ialah Zon Perdagangan Bebas Digital, yang disebut dalam Bajet 2017, yang akan dilancar bersama Jack Ma Mac tahun depan, katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia di sini, hari ini.
Najib kini dalam rangka lawatan enam hari ke China mulai Isnin.
Beliau berkata sebagai ikon global dalam bidang e-dagang, Jack Ma akan turut membantu dalam menyediakan pakej e-ekonomi dari segi pelaksanaannya termasuk e-pembayaran, Alipay, e-pembiayaan perbankan dalam talian dan sebagainya.
Untuk itu, kerajaan akan berunding dengan Jack Ma yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut.
Beliau berharap Jack Ma juga dapat membantu menghubungkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia menerusi portal dalam talian untuk memberi akses kepada pengguna China yang merupakan pengguna terbesar dunia.
Malah, pembangunan e-dagang ini juga boleh membantu PKS negara untuk menembusi pasaran China yang mempunyai kuasa beli yang besar.
Najib yang enggan menjelaskan secara terperinci mengenai zon perdagangan bebas digital, berkata Jack Ma akan membantu Malaysia menjadikannya menarik dan beliau juga bersedia memberi idea dan pengalamannya dalam membangunkan zon itu, yang bukan sahaja akan memberi manfaat kepada usahawan, malah dapat mewujudkan pemangkin untuk ekonomi Malaysia.
Beliau berkata Alipay, yang merupakan platform pembayaran utama China, yang dilaksanakan oleh Alibaba, dapat juga menarik pelancong China berbelanja.
Selain itu, dari segi pelancongan, pelaksanaan Alipay akan memudahkan rakyat China yang bercuti di Malaysia, berbelanja tanpa perlu membawa wang atau pun kad kredit.
Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata zon perdagangan bebas digital juga akan menggalakkan pewujudan perniagaan baharu.
Malah, berdasarkan rekod perniagaan, e-dagang mampu meningkatkan pertumbuhan syarikat antara 30 dan 40 peratus setahun, dan ia juga akan mewujudkan lebih banyak pendapatan dan manfaat kepada kerajaan dari segi cukai.
Bagi rakyat, e-dagang akan membantu menurunkan kos apabila membeli dalam talian, yang membolehkan mereka menjimatkan wang, katanya.
Najib berkata Jack Ma akan datang ke Malaysia pada Mac untuk menghadiri forum transformasi global Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dan melancarkan Zon Perdagangan Bebas Digital.
Selain Jack Ma, Perdana Menteri berkata beliau juga bertemu pemilik Wanda Group dan Tencent Holdings yang turut menyuarakan minat masing-masing untuk menyertai ekonomi digital Malaysia.
Wanda ialah syarikat hartanah komersial terbesar China dan pengendali rangkaian pawagam terbesar dunia, manakala Tencent ialah penyedia utama perkhidmatan menambah nilai Internet di China.
Wanda, khususnya berminat mempromosikan industri pelancongan Malaysia, kata Najib. - Bernama
Bernama
Fri Nov 04 2016
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Eksekutif Alibaba Group, Jack Ma hari ini. - Foto Bernama
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Jika benda asas gagal kuasai, usah berangan hapus rasuah
Antara cara menangani rasuah adalah dengan pegawai kerajaan tertinggi menunjukkan contoh kepada anak buah mereka, misalnya menawarkan kontrak besar perlu melalui tender terbuka.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
SPRM tumpu siasatan kenal pasti aset diperoleh FashionValet
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini menjurus ke arah mengenal pasti aset dan pemilikan serta sumber kewangan yang diperoleh pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Ekonomi digital dijangka capai unjuran sumbangan 25.5 peratus kepada KDNK akhir 2025
Dasar Malaysia yang mesra perniagaan dan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS kebelakangan ini menyumbang kepada prospek positif ekonomi.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia mahu pastikan pertumbuhan kukuh ekonomi digital
Malaysia akan pastikan pertumbuhan ekonomi digital yang pesat di seluruh 10 negara anggota ASEAN apabila mengambil alih jawatan pengerusi tahun depan.
Tidak mustahil Malaysia jadi hab digital Asia Tenggara - Gobind
Kerjasama dengan negara serantau penting bagi meningkatkan keupayaan digital negara dalam mencapai sasaran AS$2 trilion ekonomi digital ASEAN pada 2030.
Kerajaan terbuka bekerjasama dengan pemain industri perkasa pendigitalan negara
Beliau minta semua ketua industri berkaitan hadir ke kementerian dan beri pandangan untuk menggariskan dasar digital pada masa akan datang.
Pemimpinan digital kunci kepada pendigitalan kerajaan Indonesia - Timbalan Menteri
Kementerian Kominfo telah berusaha untuk meningkatkan kapasiti pemimpin dalam sektor awam dan swasta bagi menyokong transformasi digital.
Ekonomi digital dijangka sumbang 25.5 peratus KDNK menjelang akhir 2025 - Gobind
Ekonomi digital dijangka menyumbang 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang akhir tahun hadapan berbanding 23 peratus ketika ini.
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kerajaan komited perluas ekonomi digital, penuhi keperluan pelabur
Langkah itu juga seiring dengan kedudukan Malaysia yang mempunyai gabungan faktor unik dan menjadi hab pelaburan utama di Asia Tenggara.
PM Srettha lancar "Wawasan Thailand 2030"
Perdana Menteri Srettha Thavisin pada Khamis melancarkan "Wawasan Thailand 2030" yang bermatlamat menjadikan Thailand sebagai hab perindustrian global dalam lapan sektor.
Sikap keterbukaan, minda digital jayakan Pelan Pendigitalan Negara - Gobind
Katanya, sikap itu dapat menggalakkan penjawat awam bergerak pantas, belajar melalui kesilapan dan meningkatkan kecekapan tugasan.