KUALA LUMPUR: Peningkatan penarafan kredit rasmi daripada agensi-agensi yang diiktiraf di peringkat global akan menjadikan bon Malaysia lebih menarik kepada pelbagai pelabur, menurut SPI Asset Management.
Pengarah Urusannya, Stephen Innes berkata dengan JP Morgan, sebuah institusi kewangan global terkemuka, menaikkan penarafannya terhadap Malaysia kepada "neutral" daripada "underweight" selepas hampir enam tahun, impak positif telah dirasai dalam komuniti pelaburan pasaran bon global.
"Langkah ini juga boleh menarik perhatian dana ekuiti tempatan berikutan kenyataan ini membuka mata pelabur ekuiti antarabangsa.
"Petunjuk awal menunjukkan aliran pelaburan mula kembali, walaupun secara berperingkat," katanya kepada Bernama.
Mengenai impak terhadap ringgit, Innes berkata ini akan membawa kepada aliran pelaburan sebenar berbanding yang bersifat spekulatif.
Katanya ini merupakan pemacu utama mata wang tempatan berdasarkan ringgit tidak boleh diniagakan di pasaran terbuka.
Justeru, katanya kenyataan yang positif dan peningkatan penarafan daripada agensi penarafan dapat menjelaskan sebahagian sebab ringgit mencatatkan kenaikan hari ini.
Bagaimanapun, Innes berkata dari segi perspektif pasaran mata wang, Rizab Persekutuan (Fed) AS mempunyai pengaruh yang besar.
"Sehingga pelabur yakin bahawa Fed akan menurunkan kadar faedah, kenaikan nilai mata wang di Asia, terutamanya dalam kalangan yang menjana pulangan rendah, dijangka akan menghadapi halangan.
"Oleh itu, walaupun Malaysia menikmati tempoh yang baik dengan pasaran bonnya mendapat sokongan dan ringgit menunjukkan pengukuhan, naratif utama masih ditentukan oleh langkah Fed yang seterusnya," katanya.
Pelabur asing menilai semula pegangan portfolio mereka di Malaysia
Sementara itu, ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata keyakinan daripada JP Morgan itu menunjukkan pelabur asing menilai semula pegangan portfolio mereka di Malaysia selepas mengambil kira beberapa perubahan dasar dan inisiatif yang bertujuan untuk meningkatkan kapasiti produktif negara.
Beliau berkata langkah-langkah tidak popular seperti rasionalisasi subsidi bahan api dan elektrik, sasaran ke arah ekonomi berasaskan pasaran, kenaikan kadar cukai perkhidmatan daripada enam peratus kepada lapan peratus dan pengenalan cukai barangan bernilai rendah membayangkan kerajaan sekarang komited untuk melaksanakan pembaharuan ekonomi.
"Impak positif daripada langkah-langkah ini akan dirasai dalam tempoh jangka sederhana hingga jangka panjang kerana kerajaan perlu memperuntukkan semula simpanan dan pendapatan tambahan yang dijana daripada inisiatif kepada pendidikan, penjagaan kesihatan dan infrastruktur.
"Semua ini akan membantu meningkatkan potensi pertumbuhan negara yang boleh diterjemahkan kepada prospek pendapatan yang lebih baik dalam kalangan syarikat tersenarai," kata Mohd Afzanizam.
Dari sudut penilaian ekuiti, pelbagai nisbah harga kepada pendapatan (PE) FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) pada masa ini berada pada 15.3 kali, jauh di bawah daripada purata jangka panjang sebanyak 17.1 kali, katanya
"Sekiranya nisbah PE kembali ke tahap puratanya, saya tidak akan terkejut jika FBM KLCI melepasi paras 1,700 mata.
"Apatah lagi ringgit ketika ini bernilai rendah, seperti yang ditunjukkan oleh bank pusat. Dalam erti kata itu, terdapat insentif jelas dalam kalangan pelabur portfolio asing untuk menilai semula pegangan portfolio sedia ada mereka di Malaysia," katanya.
Pada masa ini, tahap pemilikan asing dalam firma yang tersenarai di Bursa Malaysia adalah sekitar 19 peratus, katanya.
Paras tertinggi adalah sebanyak 25.8 peratus pada Mei 2013.
"Sekiranya pemilikan asing meningkat daripada paras sekarang, kita bakal melihat paras FBM KLCI akan naik lebih tinggi," kata Mohd Afzanizam.
Pada Rabu, Ketua JP Morgan bagi Asia Pasifik (kecuali Jepun/China) Rajiv Batra JP Morgan dalam wawancaranya dengan stesen media CNBC berkata firma itu telah menyemak naik penarafan terhadap Malaysia daripada 'underweight' kepada 'neutral' selepas hampir enam tahun dan menyifatkan prestasi itu didorong oleh pembaharuan dasar-dasar negara, pelaburan pusat data serta pembangunan infrastruktur.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 12 2024

Mohd Afzanizam berkata keyakinan daripada JP Morgan itu menunjukkan pelabur asing menilai semula pegangan portfolio mereka di Malaysia selepas mengambil kira beberapa perubahan dasar dan inisiatif. - Gambar hiasan/BERNAMA

Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS lepas tanpa bebas tuduhan pecah amanah RM21 juta
Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan bekas Pengarah Urusan BNS, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, daripada tiga pertuduhan pecah amanah berhubung projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Kuwait kutuk Israel sekat elektrik ke Gaza
Kuwait mengutuk tindakan Israel menyekat bekalan tenaga elektrik ke Semenanjung Gaza dan sifatkan ia sebagai hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin.
Singapore Airlines larang guna, cas power bank mulai 1 April
Singapore Airlines akan mula menguatkuasakan polisi larangan menggunakan dan mengecas bank kuasa dalam pesawat bermula 1 April.

Penganggur, ibu tunggal mengaku siar video pertubuhan Geng 36, Geng 04
R Elaango didenda RM3,500 atau penjara dua bulan, manakala Tan Lee Sim didenda RM2,000 atau penjara enam bulan.
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.

Moody's kekalkan penarafan kredit berdaulat Malaysia pada 'A3', tinjauan stabil
Pengesahan itu mencerminkan usaha berterusan kerajaan dalam memacu pertumbuhan ekonomi, serta kekal pada landasan pembaharuan fiskal.

Penarafan kredit meningkat, ramai pelabur lebih tertarik kepada Malaysia - Ahli ekonomi
Malaysia naik taraf kepada 'neutral' selepas hampir enam tahun, impak positif dirasai dalam komuniti pelaburan pasaran bon global.

Penarafan kredit tidak tepat: Ini penjelasan CTOS
Berikut penjelasan CTOS Digital Bhd berkait tanggungjawab serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan syarikat itu.

CTOS fail rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi - Peguam
Rayuan itu dikemukakan pada 8 Mac, sehari selepas keputusan dibuat oleh Hakim Datuk Akhtar Tahir.

Ringgit naik berbanding dolar AS berikutan sentimen pasaran lebih baik
Pada masa ini, harga minyak mentah Brent diniagakan pada US$117.30 setong, naik sebanyak 1.89 peratus.

Ringgit jatuh berbanding dolar AS kerana kekurangan permintaan
Pada pukul 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0830/0880 berbanding dolar AS daripada 4.0580/0620 ketika ditutup Jumaat lepas.

Prospek negatif Petronas bukannya penurunan penarafan - Tony Pua
Menyifatkannya sebagai tidak bernasib baik, beliau berkata, ia bukan penurunan tetapi hanya prospek negatif.

Laporan Moody's tidak nyatakan tahap sebenar hutang kerajaan: Guan Eng
Laporan Moody's menyebut, perkembangan baru-baru ini seperti cadangan hapuskan GST, pengenalan semula subsidi bahan api, tahap hutang 1MDB, mungkin beri kesan buruk kepada penarafan kredit Malaysia.

KPKT kerjasama dengan BNM, MoF untuk selesai isu pembeli rumah pertama
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin akan mengadakan pertemuan dengan BNM dan MOF untuk membincangkan masalah pembiayaan rumah dan pinjaman untuk pembeli rumah.

Penarafan stabil Fitch redakan tekanan ke atas ringgit - Pakar ekonomi
Penarafan terbaharu oleh Fitch Ratings ke atas prospek ekonomi Malaysia mencetuskan sentimen positif dalam pasaran pertukaran asing tempatan.