KUALA LUMPUR: Shopee memberi jaminan bahawa penghantaran bungkusan dari gudangnya tidak terjejas susulan pemeriksaan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) oleh Polis Diraja Malaysia baru-baru ini dan akan terus beroperasi mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Dalam kenyataan hari ini, syarikat e-dagang itu berkata ia komited untuk mematuhi sepenuhnya SOP sedia ada dan akan terus menguatkuasakan semua langkah pencegahan yang telah dilaksanakan sejak Mac 2020 untuk keselamatan pekerja barisan hadapan dan pembeli.
Menurutnya, langkah ini termasuk pembasmian kuman di gudang dan hab sebelum setiap syif, pemeriksaan suhu badan terhadap semua pekerja gudang dan penghantar Shopee Express sebelum memasuki premis dan/atau memulakan penghantaran serta penghantaran tanpa sentuh.
“Kami berharap kenyataan ini akan memberi penjelasan mengenai perkara ini dan pelanggan tidak perlu bimbang untuk mendapatkan keperluan anda dengan selamat di rumah,” menurut kenyataan itu.
Pada 3 Julai lepas, pasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam telah menjalankan pemeriksaan pemantauan SOP di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 49 lokasi berasingan dalam bidang kuasa mereka, termasuk gudang Shopee di Shah Alam.
“Satu isu telah dikenalpasti di gudang kami. Ia disebabkan oleh kesalahfahaman SOP berkenaan pendaftaran pekerja sambilan harian dalam Sistem Pengurusan Pintar COVID -19 (CIMS). Akibatnya, Shopee telah disaman RM10,000,” katanya.
Menurut Shopee, ia telah bertindak segera mengikut arahan dan akan memastikan kejadian seumpama itu tidak akan berulang.
Bernama
Wed Jul 07 2021

Pelanggan tidak perlu bimbang untuk mendapatkan keperluan anda dengan selamat di rumah. - Foto Astro AWANI

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Mpox: 'PKP tidak akan berulang' - Dr Dzulkefly
Kerajaan tidak akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini berhubung kes virus cacar monyet atau mpox.

COVID-19: Kes melonjak ke 20,696, KKM harap dapat kawal peningkatan tanpa perlu PKP
Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, buat masa ini tiada varian baharu dikesan melainkan penularan varian sedia ada iaitu Omicron, dan sub kepada varian Omicron.

Socar bersedia untuk pertumbuhan akan datang pada 2023, disokong oleh permintaan tinggi tahun lepas
Socar, aplikasi sewa kereta terkemuka di Malaysia, yakin dengan prospek pertumbuhannya tahun ini disokong oleh jumlah penyewaan yang tinggi yang dicapai sepanjang 2022.

Empat kali diserang strok, Azman Warren bangkit jadikan nyanyian sebagai terapi jiwa
Penyanyi yang terkenal menerusi album Karma ini menyifatkan peluang kedua yang diberikan Allah SWT untuk meneruskan hidup tidak akan disia-siakannya.

Jaga penampilan, lelaki usah nampak selekeh
Harus diakui golongan lelaki di Malaysia semakin menerima, memahami dan bersikap lebih terbuka terhadap fesyen.

Hari Tanpa Kenderaan julung kali dianjur di Taiping
Program dianjur dengan hasrat mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya selain mengurangkan pelepasan gas karbon monoksida hingga mencemarkan alam sekitar.

SPM 2021 dalam norma baharu di seluruh negara berjalan lancar
Turut dibenarkan menduduki SPM 2021 pada sidang kedua nanti adalah calon-calon yang disahkan positif COVID-19.

COVID-19: Pakar syor PKP sementara secara berstrata menurut kumpulan berisiko
Kerajaan disyorkan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sementara bagi mengekang ledakan jangkitan COVID-19.

PKPD Felda Chemomoi, Bentong ditamatkan esok
Penamatan itu dibuat mengikut jadual asal, selepas PKPD bermula 28 Januari lalu.

Malaysia pertimbang buka sektor pelancongan antarabangsa - PM
Jelas Ismail Sabri, sesetengah negara lain juga didapati telahpun mengurangkan SOP yang dikenakan sebelum ini bagi membolehkan pelancong memasuki negara mereka.