KUALA LUMPUR: Kajian oleh Visa mendapati sebanyak 93 peratus pengguna di Asia Tenggara (SEA) telah mula menggunakan pelbagai kaedah pembayaran tanpa tunai seperti kad, kad tanpa sentuh, teknologi mudah alih tanpa sentuh, dompet elektronik dan pembayaran kod QR.
Penemuan yang tertera dalam 'Consumer Payment Attitudes Study 2022: Navigating A New Era In Payments' mendapati sikap ini diterajui oleh pengguna di Singapura (97 peratus), Malaysia (96 peratus), Indonesia (95 peratus) dan Vietnam (95 peratus).
Kajian itu juga mendapati semakin ramai pengguna memilih pembayaran tanpa tunai di pasaran yang mana wang tunai masih kekal dominan seperti Kemboja, Filipina dan Vietnam.
Sejak bermulanya pandemik, lebih separuh daripada pengguna Asia Tenggara telah mengurangkan kekerapan penggunaan wang tunai (56 peratus) dengan di Indonesia (68 peratus), Filipina (66 peratus) serta Malaysia (60 peratus).
"Kad tanpa sentuh dijangka akan mencatatkan pertumbuhan selanjutnya di rantau ini memandangkan kesedaran yang tinggi (69 peratus) dan minat (75 peratus) di kalangan bukan pengguna.
"Kesedaran adalah tertinggi di Singapura (90 peratus), Thailand (87 peratus) dan Malaysia (84 peratus ), pengguna di Filipina (89 peratus), Thailand (86 peratus) serta Vietnam (83 peratus) paling berminat untuk menggunakan kaedah pembayaran ini," kata Visa dalam kajian itu.
Mengenai pertumbuhan bagi bank digital, Visa berkata penggunaan perkhidmatan perbankan digital dijangka menokok disebabkan landskap perbankan Asia Tenggara terus menyaksikan liberalisasi.
Di Singapura misalnya, empat penerima lesen perbankan digital merancang untuk memulakan operasi pada 2022 dan Filipina telah memberikan enam lesen perbankan digital pada 2021.
Malaysia baru sahaja menganugerahkan lima lesen perbankan digital pada April 2022, manakala Thailand termasuk Indonesia sedang meneroka lesen untuk bank digital sepenuhnya.
Sementara itu, kajian tersebut menunjukkan bahawa 74 peratus pengguna Malaysia telah berjaya mengubah perbelanjaan mereka ke arah tanpa tunai.
"Penggunaan penghantaran ke rumah kekal tinggi di Malaysia dengan sembilan daripada 10 pengguna kini menggunakannya.
"Daripada jumlah itu, satu pertiga adalah pengguna kali pertama semasa pandemik," kata kajian itu.
Tiga sebab utama untuk berubah ke arah tanpa tunai adalah peningkatan penggunaan pembayaran tanpa sentuh (75 peratus), pertambahan dalam penggunaan pembayaran kad (60 peratus) dan penerimaan pembayaran tanpa tunai yang lebih meluas (45 peratus).
Kajian itu juga mendapati pada masa ini, 70 peratus pengguna menggunakan kad dalam talian, manakala 56 peratus memilih kad tanpa sentuh dan 40 peratus menggunakan teknologi mudah alih tanpa sentuh sebagai kaedah pembayaran digital mereka di pasaran.
Kaji selidik berkenaan telah ditauliahkan oleh Visa dan dijalankan dari Ogos hingga September 2021 di kalangan 6,520 pengguna berumur 18-65 tahun di Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Vietnam, dan Kemboja.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 17 2022

Kajian oleh Visa menunjukkan, 74 peratus pengguna Malaysia berjaya mengubah perbelanjaan mereka ke arah tanpa tunai. - Gambar hiasan
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

Perkhidmatan SBST ditambah baik dengan bas baharu, pembayaran tanpa tunai - Loke
Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti (SBST) akan ditambah baik dengan penggantian bas baharu dan sistem pembayaran tanpa tunai.

Pengunjung, peniaga bazar Ramadan digalak guna pembayaran tanpa tunai
Katanya, transaksi tanpa tunai memudahkan urusan jual beli dan mampu mengelakkan kejadian tidak diingini seperti jenayah penyeluk saku.

Cashless Society catat 20,035 transaksi tanpa tunai setakat Februari - Teo
Program Cashless Society berjaya mencatatkan 20,035 transaksi tanpa tunai sejak program berkenaan mula dilaksanakan hingga Februari tahun ini.

Pembayaran tanpa tunai: Insentif buat peniaga, pengunjung Bazar Rahmah sempena Ramadan - KPDN
Insentif RM50 kepada peniaga yang tawarkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai di lapan Bazar Rahmah di Terengganu sepanjang Ramadan ini.

MY TouristPay, aplikasi transaksi e-pembayaran tanpa sempadan pertama dunia
Pelancaran ini sekali gus dapat memperkasa perusahaan kecil dan sederhana dengan memudahcara kaedah pembayaran pelancong.

eMADANI tidak boleh ditebus tunai, waspada 'scammer' - MOF
Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan 'scam' dan sekali gus hilang kredit mereka.

Ka Siong perjelas rasional perjuangkan mansuh caj DuitNow QR
Katanya, ia perlu disokong agar pembayaran tanpa tunai dapat diperluas dan menguntungkan semua pihak - pengguna, peniaga, bank dan kerajaan.

MCMC, Melaka bekerjasama perluas kesedaran, tingkat penggunaan e-tunai
Inisiatif itu bagi memacu peralihan kepada pembayaran tanpa tunai dalam kalangan masyarakat.

Transaksi digital akan diperluas dalam kalangan peniaga kecil dan sederhana
Langkah itu selaras dengan usaha kerajaan menuju peralihan kepada pembayaran tanpa tunai dalam masyarakat.

Sekinchan jadi kampung pelancongan tanpa tunai pertama di Malaysia
Ia adalah hasil kerjasama antara Hong Leong Bank Bhd (HLB) dan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) di bawah kempen Projek Cashless Kampung.