SABAK BERNAM: Sekinchan yang terletak di daerah Sabak Bernam, Selangor menjadi kampung pertama di dalam negara yang menyediakan pembayaran tanpa tunai (Kod QR) kepada pelancong bandar dan pelawat celik digital, setelah melancarkan Tahun Melawat Sekinchan 2023, baru-baru ini.
Inisiatif itu adalah hasil kerjasama antara Hong Leong Bank Bhd (HLB) dan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) di bawah kempen Projek Cashless Kampung yang dilancarkan pada Julai 2022 yang bertujuan membantu meningkatkan nilai jualan vendor, selain membolehkan pelanggan berbelanja lebih sedikit tanpa perlu risau untuk mencari mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sekiranya mereka kehabisan wang tunai.
Pekerja Kedai Bakeri Ah Ma House, Shanele Yip berkata, pihaknya menyambut baik inisiatif tersebut kerana ia memberi pilihan yang pelbagai kepada pengguna di samping merancakkan lagi perniagaannya.
“Ia (pembayaran tanpa tunai) lebih selesa kepada pelanggan yang tidak membawa wang tunai mencukupi dan melalui pembayaran tanpa tunai ini juga, mereka dapat membeli lebih banyak barang.
“Ini juga perkara yang bagus untuk perniagaan kami, kerana instrumen pembayaran ini sangat selesa serta memberi pengguna lebih banyak pilihan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, baru-baru ini.
Menurut pengusaha gerai mainan, Siew Mooi Tek, pembayaran tanpa tunai lebih memudahkan dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan boleh mengelakkan daripada menerima wang palsu.
“Pembayaran tanpa tunai lebih senang, sekarang kebanyakan orang kurang membawa wang tunai, semua pembayaran dilakukan daripada telefon bimbit sahaja.
“Saya pun niaga jadi senang, sekiranya pelanggan tidak cukup wang tunai tetapi bayar secara dalam talian sahaja, selain lebih selamat,” katanya.
Pengusaha kedai ikan masin, Johny Chia Jing Yap pula berkata, selain menjimatkan urus niaga perniagaan dilakukan, ia juga dapat mencegah daripada penularan wabak COVID-19.
“Menjimatkan masa yang paling utama dan sekarang ini kebanyakan orang tidak menggunakan wang tunai kerana lebih memilih perbankan dalam talian.
“Selain itu, saya rasa pembayaran dalam talian juga dapat mencegah daripada penularan wabak COVID-19,” ujarnya.
Sementara itu, pengunjung, Mera Nadhirah Abdullah berkata, inisiatif oleh HLB dan PayNet tersebut boleh mengurangkan kebimbangan akan ketidakcukupan dan kehilangan wang tunai.
“Inisiatif ini memang senang dan tak perlu lagi membawa duit wang tunai yang banyak atau kemungkinan untuk kena curi, hilang atau sebagainya.
“Ini disebabkan oleh dahulu saya pernah diragut jadi memang agak takut nak bawa duit yang banyak, jadi apabila menggunakan perbankan dalam talian memang lebih mudah dan sangat senang,” kongsinya.
Untuk rekod, usaha yang digerakkan bermula Julai lalu telah menyaksikan seramai 24,000 penduduk dan perniagaan di sini dibantu dalam membuka akaun bank, mengeluarkan kad debit dan berhubung dengan bank secara digital tanpa perlu mengunjungi cawangan perbankan berkenaan.
HLB juga secara berperingkat menyediakan 800 perniagaan dengan kit permulaan HLB DuitNow kepada komuniti perniagaan termasuk sekolah.
Kit berkenaan merangkumi Kod QR DuitNow untuk membolehkan perniagaan menerima pembayaran QR tanpa sentuh menerusi aplikasi perbankan mudah alih dan e-Dompet, termasuk pembayaran dengan QR serta kad melalui Terminal Pembayaran Semua-dalam-Satu.
Selain perniagaan, rumah ibadat turut menerima pakai pembayaran tanpa tunai, termasuk Kuil Pantai Redang Datuk Kong yang terkenal dengan pokok hajatnya yang dihiasi riben merah dengan ucapan pelawat kuil.
Menurut pengurusan kuil, pengunjung kuil gembira dapat menyalurkan sumbangan mereka menerusi kod QR DuitNow, yang mana bukan sahaja telah memudahkan urusan, malah dilihat sebagai pendekatan yang bijak, sekali gus mengurangkan kerumitan menguruskan kotak derma dan mengelakkan kecurian.
Antara lain, bagi mempamerkan elemen terbaik Sekinchan dalam mempromosikan Tahun Melawat Sekinchan 2023 dan menyokong perniagaan tempatan, bandar kecil itu akan menganjurkan Pencarian Harta Karun digital yang penuh keseronokan dikenali ‘SekinGo’, bagi membolehkan orang ramai dan pelancong benar-benar dapat merasai pengalaman bandar kecil itu secara langsung di 20 lokasi.
Lokasi berkenaan, atau 'SekinStops’ merangkumi dari destinasi lawatan terkenal seperti Pantai Redang dan Wishing Tree hinggalah ke lokasi tumpuan tempatan seperti Pasar Awam Sekinchan dan permata tersembunyi yang lain.
Di setiap ‘SekinStop’, pengunjung boleh mendapatkan ‘SekinCoins’ dengan mengimbas kod QR, dan memenangi hadiah bernilai sehingga RM15,000.
Pencarian Harta Karun 'SekinGo' akan berlangsung sehingga 30 April 2023.
Ehsan A Marisah
Thu Jan 19 2023
Kempen Visit Sekinchan 2023 dilancarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim (tengah) di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Yoke Kuan, baru-baru ini. - Foto HLB
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Januari 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham dan Amirul Aiman
Tipu umrah: Lapan termasuk pasangan suami isteri direman tiga hari
MyCC tumpaskan lima kes kartel, penalti RM415.5 juta
Perkembangan terkini proses gencatan senjata di Gaza
Tipu umrah: Lapan termasuk pasangan suami isteri direman tiga hari
MyCC tumpaskan lima kes kartel, penalti RM415.5 juta
Perkembangan terkini proses gencatan senjata di Gaza
SC sedia bekerjasama maju Malaysia sebagai hab kewangan digital inovatif, bertanggungjawab
Keutamaan SC ialah meletakkan Malaysia sebagai pemain utama dalam landskap kewangan digital global, melengkapkan agenda transformasi digital negara.
Meta dalam proses akhir peroleh lesen kelas ASP - Fahmi
Syarikat induk Facebook dan Instagram itu sedang menyiapkan dokumentasi untuk memenuhi keperluan perundangan khas sebagai sebahagian daripada proses pelesenan itu.
Gangguan perniagaan kekal sebagai kebimbangan utama risiko perniagaan di Malaysia pada 2025
Gangguan perniagaan kekal di kedudukan teratas, mencerminkan gangguan rantaian bekalan yang teruk yang dialami semasa dan selepas pendemik.
Sektor hartanah dijangka catat pertumbuhan kukuh pada 2025 - Rahim & Co
Abdul Rahim berkata, dengan sokongan kerajaan yang berterusan pasaran hartanah dijangka terus berkembang.
Bantuan kepada veteran permotoran ikut kemampuan MAM - Mokhzani
Keputusan mengenai bantuan itu bukan diputuskan seorang diri, tetapi perlu melalui beberapa proses termasuk perbincangan bersama barisan komuniti.
Houthi pantau gencatan senjata Gaza, terus serang jika Israel cabuli
Kumpulan Houthi Yamen menyatakan, kumpulan yang disokong Iran itu akan memantau pelaksanaan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas yang bertujuan menamatkan peperangan di Gaza.
Menteri Israel ugut letak jawatan jika gencatan senjata lulus
Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir, umum beliau akan meletak jawatan daripada kerajaan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu jika kabinet meluluskan perjanjian gencatan senjata di Gaza.
WHO seru komuniti antarabangsa tingkat bantuan di Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru komuniti antarabangsa untuk mempergiatkan pembiayaan bagi respons bantuan berskala besar di Gaza.
Sekurang-kurangnya 4 maut dalam kebakaran pusat beli-belah di Indonesia
Mangsa ditemukan di tingkat lapan Glodok Plaza pada petang Khamis dan dibawa ke hospital polis untuk proses pengecaman lanjut.
Sekinchan jadi kampung pelancongan tanpa tunai pertama di Malaysia
Ia adalah hasil kerjasama antara Hong Leong Bank Bhd (HLB) dan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) di bawah kempen Projek Cashless Kampung.