KUALA LUMPUR: Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menjalinkan kerjasama erat dengan semua rakan industri dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk memulakan pelayaran domestik dalam usaha merancakkan lagi sektor pelancongan.
Presiden MATTA Datuk Tan Kok Liang berkata beliau telah dimaklumkan bahawa Kementerian Pengangkutan sedang berbincang mengenai prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan pelayaran domestik bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"MATTA mengakui potensi besar industri pelayaran yang memberi manfaat bukan hanya kepada agensi pelancongan tetapi juga hotel, sektor penerbangan, taman tema, tarikan, peruncitan dan banyak industri lain berkaitan pelancongan.
"Sebuah kapal, seperti Costa Venezia, dengan kapasiti 5,000 penumpang dapat menjana pendapatan hingga RM60 juta. Di samping itu, pelayaran domestik dalam tempoh sukar ini berpotensi menjana peluang pekerjaan segera terutama di bandar-bandar pelabuhan seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Langkawi dan Melaka," katanya dalam kenyataan semalam.
Sementara itu, Setiausaha Agung Kehormat MATTA Nigel Wong berkata kerjasama dengan kementerian berkaitan sudah lama terjalin dan bukan ketika melaksanakan pelayaran domestik sebagai penyelesaian segera ketika waktu sukar tetapi turut memberi manfaat agar Malaysia dikenali sebagai destinasi pelabuhan hab awal atau akhir pelayaran.
"Kita telah mempunyai infrastruktur dan tenaga kerja untuk berkhidmat dalam sektor pesat membangun dan menguntungkan ini -- manfaat jangka panjang amat besar dengan memiliki status pelabuhan hab awal atau akhir pelayaran sejak Malaysia diiktiraf sebagai destinasi moden, progresif dan mesra umat Islam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 15 2021

Sebuah kapal, seperti Costa Venezia, dengan kapasiti 5,000 penumpang dapat menjana pendapatan hingga RM60 juta. - Foto Twitter/@Cruisenation

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Pelayaran domestik rancakkan lagi sektor pelancongan
Kementerian Pengangkutan sedang berbincang mengenai SOP pelaksanaan pelayaran domestik bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN).