PUTRAJAYA: Pelan Hala Tuju Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi, Pengkomersialan dan Ekonomi Negara (RDICE) akan mula dilaksanakan secara berperingkat tahun ini sehingga 2030 dan dijangka menyumbang RM9.21 trilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menjelang 2030.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menjelaskan RDICE diluluskan dalam mesyuarat Majlis Sains Negara (NSC) semalam yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
"RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global, menggalakkan penggunaan indeks pengukuran tahap teknologi, pengenalan konsep Pulangan ke atas Nilai (ROV), memprofilkan institusi penyelidikan dan mengiktiraf kepentingan Pegawai Pemindahan Teknologi (TTO)," menurutnya dalam kenyataan semalam.
NSC juga bersetuju dengan konsep pemerkasaan Ekonomi Biru untuk mewujudkan kemampanan ekonomi lautan yang terhasil melalui keseimbangan aktiviti ekonomi, dengan kapasiti ekosistem lautan yang berdaya tahan dan sejahtera, tambahnya.
"Ekonomi Biru yang lestari dan berinovasi mampu menjana pulangan nilai daripada sektor marin dan maritim negara dengan potensi peningkatan sumbangan sumber marin dan lautan kepada KDNK negara daripada 21.3 peratus kepada 31.5 peratus pada 2030, dengan penglibatan 13 kementerian dan agensi berkaitan," menurut MOSTI.
MOSTI menjelaskan mesyuarat itu juga bersetuju supaya penyelarasan secara bersepadu diterajui oleh Kementerian Ekonomi agar dapat meneruskan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan termasuk kerajaan negeri.
NSC turut mengambil maklum mengenai kepentingan Malaysia untuk membangunkan teknologi dan kepakaran tempatan bagi mewujudkan Ekosistem Industri Bahan Termaju Unsur Nadir Bumi, yang mampu menyumbang RM9.5 bilion kepada KDNK, jelasnya.
Selain itu, Kementerian Kerja Raya telah membangunkan Manual Penjanaan Perjalanan Malaysia 2020 (MyTripGen 2020) sebagai dokumen rujukan pengamal kejuruteraan trafik dalam membuat unjuran penjanaan trafik berdasarkan cadangan pembangunan guna tanah baharu atau tambahan di sesuatu kawasan, tambah MOSTI.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata mesyuarat NSC kali ini menekankan pembangunan bakat STIE (sains, teknologi, inovasi dan ekonomi) berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan industri, seiring dengan fokus negara ke arah penerokaan dan pembangunan industri pertumbuhan tinggi dan nilai tinggi.
NSC mencerminkan usaha bersepadu kerajaan Malaysia MADANI melalui kerjasama pelbagai kementerian dan agensi bagi menangani cabaran semasa dengan lebih berkesan demi kesejahteraan rakyat, katanya dalam kenyataan yang sama.
Beliau berkata MOSTI akan terus memperkukuh NSC sebagai platform bagi menetapkan hala tuju dan dasar sains, teknologi dan inovasi (STI) negara melalui penglibatan kerajaan, industri dan akademiadalam strategi pembangunan negara, di samping mengenal pasti bidang STI yang berpotensi untuk diteroka bagi pelaburan berimpak tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 14 2024

Fadillah mempengerusikan mesyuarat Majlis Sains Negara di Putrajaya, 14 Mei 2024. - Facebook MOSTI
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.

ANGKASA anjur dialog koperasi ASEAN Mei ini
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) akan menganjurkan Dialog Koperasi ASEAN pada hujung Mei ini sebagai usaha memperkasa peranan koperasi dalam pembangunan ekonomi serantau.

Hutang isi rumah RM1.63 trilion, aset kewangan RM3.4 trilion setakat akhir Disember 2024
Hutang isi rumah negara berjumlah RM1.63 trilion setakat akhir Disember 2024 atau bersamaan dengan 84.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Trudeau umum pembangunan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi pertama di Kanada
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengumumkan pada Rabu yang Kanada sedang membangunkan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi di koridor Toronto-Quebec City.

Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.

Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.

Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini
KDNK seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024.

Disiplin fiskal kerajaan MADANI tingkatkan keyakinan pelabur
Disiplin fiskal kerajaan MADANI berjaya mengurangkan defisit fiskal daripada 5.5 peratus pada 2022 kepada 4.1 peratus pada 2024.

MDEC sasar sumbangan ekonomi digital 25.5 peratus kepada KDNK Malaysia pada akhir 2025
MDEC akan menyokong Malaysia untuk mencapai atau melepasi sumbangan ekonomi digital sebanyak 25.5 peratus kepada KDNK pada akhir 2025.

Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka kekal kukuh 4.9 peratus pada 2025
Malaysia dijangka menyaksikan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kekal kukuh pada 4.9 peratus bagi tahun ke tahun pada 2025.