KUALA LUMPUR: Komitmen pelaburan syarikat gergasi teknologi Google sebanyak AS$2 bilion (RM9.4 bilion) di Malaysia akan membuka ruang kepada limpahan ekonomi terhadap pelbagai sektor dan industri dalam negara, kata seorang pakar ekonomi.
Penganalisis ekonomi daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali berpendapat pembangunan pusat data pertama Google di Malaysia dan Wilayah Awan Google akan membuka ruang kepada sektor lain untuk menerima manfaat.
Beliau berkata secara khususnya, sektor teknologi akan menerima impak ekonomi paling besar kerana ia secara langsung terlibat dengan proses pembangunan pusat data milik Google itu.
"Dalam masa sama, sektor tenaga serta telekomunikasi bakal menyaksikan kesan limpahan ekonomi apabila pusat data yang bakal dibina perlu dikuasakan dengan bekalan tenaga yang sangat banyak.
"Manakala sektor pembinaan dan hartanah akan turut menerima manfaat apabila proses membangunkan infrastruktur serta kawasan sekitarnya dilaksanakan pada masa akan datang," katanya menerusi program Malaysia Petang Ini, terbitan BernamaTV, hari ini.
Google yang merupakan syarikat di bawah kumpulan Alphabet Inc hari ini mengumumkan pelaburan terbesarnya di Malaysia setakat ini, selepas bertapak di negara ini selama 13 tahun.
Menurut Google, pelaburannya dijangka menyokong lebih AS$3.2 bilion (RM15.04 bilion) menerusi impak ekonomi yang positif serta mewujudkan 26,500 pekerjaan menjelang 2030.
Impak daripada pelaburan ini juga akan membuka ruang kepada syarikat gergasi global lain untuk turut membuat pelaburan yang sama seperti Google di Malaysia, kata Nuradli Ridzwan.
Beliau berkata selain kesan limpahan ekonomi, pelaburan terkini Google di Malaysia itu adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI dalam usaha transformasi ke arah ekonomi digital.
"Transformasi ke arah ekonomi digital bermaksud kita kena bersedia dari semua aspek seperti mendigitalkan sektor awam dan sosial, serta penerimagunaan kecerdasan buatan (AI)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 30 2024
Pembangunan pusat data pertama Google di Malaysia dan Wilayah Awan Google akan membuka ruang kepada sektor lain untuk menerima manfaat. - Gambar fail/Reuters
AS dilanda ribut salji luar biasa
Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.
31 koperasi Wilayah Persekutuan dalam senarai 100 terbaik negara pada 2024 - Dr Zaliha
Beliau berkata kejayaan menunjukkan potensi besar koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi komuniti setempat.
Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Dua keldai akaun ditahan, mangsa kerugian lebih RM78,000
Polis hari ini menahan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berasingan sehingga menyebabkan dua mangsa kerugian lebih RM78,000.
Gemini akan tiba ke Google TV untuk rumus berita siaran langsung
Ciri AI baharu yang dijana Gemini, News Brief, akan mengumpulkan maklumat daripada pelbagai sumber berita sahih.
Projek kewartawanan Gen Z Astro AWANI raih sokongan Google
Projek ulung Astro Awani melibatkan generasi Gen Z dalam penghasilan berita ini berperanan mencorakkan peranan generasi baharu dalam dunia kewartawanan.
Apple beri sebab kenapa tidak akan bangunkan enjin carian tersendiri
Apple memilih untuk bekerjasama dengan Google, yang membayar sekitar $20 bilion untuk menjadi enjin carian utama pada peranti Apple.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Iran angkat sekatan ke atas WhatsApp, Google Play
Langkah ini merupakan antara usaha pertama untuk mengurangkan sekatan internet di negara tersebut.
Selepas AS, Jepun pula tuduh Google lakukan amalan antipersaingan
Antara tuduhan yang dilemparkan ialah menerusi Chrome, Google turut didapati membayar syarikat untuk menggunakan enjin carian Google Search.
Google Gemini 2.0 Experimental Advanced kini boleh diuji pengguna berbayar
Ia mampu memproses lebih banyak masalah matematik dengan pantas, melakukan kerja-kerja pengkodan dan boleh memahami penaakulan (reasoning) dengan lebih mendalam.
Google Play Store akan buang ciri perkongsian aplikasi terbina
Dalam Google Play Store versi 44.1, Google menyatakan ciri ini akan dibuang.