Pelabur Malaysia dipelawa untuk memanfaatkan sumber dan peluang perniagaan yang besar di Mindanao, terutamanya dalam bidang pertanian, prasarana dan perlombongan.
Duta Filipina ke Malaysia, J Eduardo Malaya berkata ketika ini, kebanyakan syarikat Malaysia beroperasi di Metro Manila dalam sektor perkhidmatan dan prasarana.
Antara syarikat Malaysia yang beroperasi di Filipina ialah Resorts World, MTD Capital, Maybank dan Berjaya Corporation.
"Mindanao mempunyai sumber besar yang belum dimanfaatkan. Malahan, kawasan itu lebih subur, dan sangat sesuai bagi aktiviti pertanian," kata Malaya kepada pemberita selepas merasmikan "Forum Perangkaian Pelabur bagi Mindanao", Khamis.
Beliau berkata banyak tanah segera tersedia bagi perladangan sawit, getah dan kopi serta kultur marin, termasuk pengeluaran rumpai laut.
"Selain daripada itu, rantau tersebut juga mempunyai keperluan prasarana yang sangat besar dan ini menyediakan peluang besar bagi syarikat pembinaan Malaysia terutamanya dalam pembangunan pelabuhan laut, menaik taraf lapangan terbang dan projek jalan raya," katanya.
Bernama
Thu Nov 29 2012
Kebanyakan yang terlibat dalam sambutan Krismas di KPKT adalah bukan Muslim
Kebanyakan petugas KPKT yang terlibat dalam sambutan di Krismas di bangunan kementerian itu di Putrajaya baru-baru ini sebagaimana yang ditularkan, adalah mereka yang beragama Kristian.
AWANI Ringkas: Tarif elektrik: Kenaikan tidak bebankan rakyat - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar ucap takziah kepada keluarga Manmohan Singh, anggap mendiang sahabat sejati
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas perdana menteri India mendiang Dr Manmohan Singh yang meninggal dunia malam Khamis sebagai seorang "sahabat yang amat disayangi".
Rusia tolak dakwaan tembak pesawat Azerbaijan Airlines
Rusia menolak spekulasi bahawa pertahanan udaranya menjadi punca pesawat penumpang Azerbaijan Airlines terhempas berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan yang mengorbankan 38 nyawa.
Israel nekad hapuskan pemimpin dan ahli kumpulan Houthi
Perdana Menteri Israel menegaskan pihaknya akan terus memburu semua pemimpin dan ahli kumpulan Houthi di Yaman sebagai balasan mengganggu keamanan dan ketenteraman negara haram Israel.
Pejuang Houthi didakwa lancar peluru berpandu ke arah Israel
Pejuang Houthi bertindak melancarkan peluru berpandu dari Yaman ke arah Israel. Bagaimanapun Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa pihaknya berjaya memintas peluru berpandu tersebut.
Kerajaan tidak benarkan kenaikan tarif elektrik yang jejaskan orang ramai - PM Anwar
Kerajaan tidak membenarkan kenaikan tarif elektrik yang menjejaskan orang ramai, justeru meminta Tenaga Nasional Bhd (TNB) memberi penjelasan berhubung perkara itu.
Serangan Israel ke atas Yaman hanya tingkatkan ketegangan
Jurucakap Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel ke atas Yaman.
Enam terkorban dalam serangan Israel ke atas Yaman
Enam dilaporkan maut setakat ini akibat serangan rejim Zionis ke atas beberapa fasiliti yang dikaitkan dengan pejuang Houthi di Yaman. Agensi Berita Saba yang dikawal Houthi melaporkan tiga terbunuh dalam serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa dan tiga lagi terbunuh di Hodeidah.
Parti Demokratik akan teruskan usul pemecatan Han Duck Soo
Pemimpin Parti Pembangkang Utama Korea Selatan, Parti Demokratik (DP) menegaskan pihaknya akan meneruskan usul pemecatan terhadap Perdana Menteri dan Pemangku Presiden Han Duck Soo.
AS sedia bantu Malaysia perangi keganasan
Amerika Syarikat (AS) bersedia memberikan bantuan kepada pihak berkuasa Malaysia berhubung serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, kata Duta AS ke Malaysia, Edgard D Kagan.
Duta Malaysia galakkan industri China manfaatkan Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Norman berkata sidang kemuncak itu akan menawarkan banyak peluang untuk menjalin dan meningkatkan perkongsian perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.
Duta Malaysia ke Senegal terima anugerah 'National Order of the Lion'
Shazelina Zainul Abidin dikurniakan 'National Order of the Lion', anugerah tertinggi kerajaan Senegal, oleh Presiden Mack Sally.
COVID-19: Rakyat Malaysia di Bangkok hulur bantuan kepada penduduk terjejas
Kumpulan itu turut menyediakan makanan percuma kepada petugas barisan hadapan dan golongan yang kurang bernasib baik.
'Agi Idup Agi Ngelaban' jadi pegangan ketika bertugas - Fenny Anak Nuli
Kata motivasi dan semangat 'Agi Idup Agi Ngelaban' menjadi pegangan Fenny Anak Nuli sepanjang bertugas.
Malaysia perkenal rambutan di Washington semasa sambutan Hari Kebangsaan
Kedutaan Malaysia di Washington menganjurkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada Rabu, yang dihadiri lebih 250 orang tetamu.
Saya dipukul dengan kayu belati, ditendang - Duta Besar Malaysia ke Chile
"Saya dipukul dengan kayu belati, ditendang dan mereka hampir menikam perut saya," kata Duta Besar Malaysia ke Chile Datuk Dr Mohamad Rameez Yahaya, 48, menceritakan saat getir dialaminya.
Duta Malaysia di Chile dirompak, keluarga diugut bunuh dan dikerat telinga - Laporan
Duta Malaysia di Chile, Datuk Dr. Mohamad Rameez Yahaya dilaporkan mengalami kerugian selepas dilaporkan dirompak sekumpulan lima penjenayah.
Duta Besar Malaysia ke Korea Utara berada di Malaysia - Kementerian Luar
Duta Besar Malaysia ke Korea Utara Mohamad Nizan Mohamad yang diisytiharkan sebagai persona non grata (PNG) oleh kerajaan Korea Utara, kini berada di Malaysia.
Korea Utara usir duta Malaysia, diisytihar 'Persona Non Grata'
Korea Utara berkata negara itu telah mengarahkan pengusiran Duta Malaysia ke negara dan dianggap individu "persona non grata".