KUALA LUMPUR: Landskap keselamatan siber di Malaysia yang kompleks dan sentiasa berkembang memerlukan langkah proaktif dalam menanganinya sama ada di peringkat perniagaan mahupun individu.
Ia termasuk meningkatkan bilangan profesional keselamatan siber, membangunkan rangka kerja keselamatan siber nasional dan mengukuhkan kerjasama antarabangsa mengenai keselamatan siber.
Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat Alliance Bank Malaysia Berhad, William Song berkata pelajar ketika ini perlu bersedia dalam mendepani pelbagai isu mendatang berkait keselamatan siber.
"Saya fikir, bakat muda perlu tahu bahawa keselamatan siber dan penipuan merupakan industri yang bergerak pantas dan kerap berubah.
"Jadi mereka perlu bersedia dan mempunyai minat yang mendalam terhadap industri ini sebelum menyertainya.
"Apabila anda sertainya, anda boleh memperhalusi minat anda dalam bidang keselamatan siber ini," katanya.
Sementara itu, Naib Canselor Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU), Prof Dr Ho Chin Kuan berkata kerjasama antara akademik dan pemain industri amat penting dalam memastikan modal insan dalam bidang keselamatan siber sentiasa memenuhi kehendak industri.
"Latihan industri adalah terbuka kepada semua pelajar. Namun, sering kali latihan industri dijalankan di akhir sesebuah program.
"Apa yang kita perlukan adalah kerjasama dengan industri melibatkan akademik dan pelajar sejak dari hari pertama.
"Jadi kita boleh wujudkan program perantis. Itu yang APU lakukan bersama PayNet, di mana kami libatkan pelajar di peringkat awal melalui program perantis sejak tahun pertama dan kedua, dan bukan menunggu pada tahun ketiga," ujar beliau.
Mereka ditemui Astro AWANI pada hari keenam Minggu Pembayaran Digital PayNet (PDPW) yang memfokuskan Academic Brownbag anjuran penyedia infrastruktur pembayaran digital runcit Malaysia, Payments Network Malaysia Sdn Bhd atau PayNet.
Dua sesi dialog khusus berlangsung yang membincangkan berkenaan keperluan bakat industri, perkembangan terkini dalam bidang keselamatan siber serta daya tahan dalam pembayaran digital.
Astro Awani
Tue May 30 2023
Landskap keselamatan siber di Malaysia yang kompleks dan sentiasa berkembang memerlukan langkah proaktif dalam menanganinya sama ada di peringkat perniagaan mahupun individu. - Gambar Astro AWANI
Bumitra, TH anjur Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan pada 3-5 Jan 2025
Karnival bakal berlangsung di Movenpick Hotel Convention Centre KLIA di Sepang, Selangor, dengan menyasarkan kehadiran 20,000 pengunjung.
Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
PDPW: Melahirkan modal insan penuhi keperluan industri keselamatan siber
Landskap keselamatan siber di Malaysia yang kompleks dan sentiasa berkembang memerlukan langkah proaktif dalam menanganinya sama ada di peringkat perniagaan mahupun individu.
PDPW: Adaptasi teknologi pembayaran bantu perusahaan sosial perluas jalinan perniagaan
Adaptasi teknologi turut membantu PMKS menambah baik perkhidmatan, automasi tugasan sekali gus meningkatkan produktiviti.
Digital ID: Ini trend baharu pembayaran digital yang wajar diberi perhatian!
Pengenalan Digital akan memastikan ekosistem pembayaran digital negara ini lebih selamat, melindungi data pengguna sekali gus mencegah penipuan siber.
PDPW: Transaksi kewangan, pembayaran digital dijangka terus meningkat
Ia selepas pandemik COVID-19 telah memacu penembusan pembayaran digital di negara ini kepada lebih 30 peratus.
PayNet anjur PDPW, buka ruang kerjasama lebih luas
Antara objektif utama penganjuran PDPW adalah untuk mewujudkan ruang jalinan kerjasama pembayaran digital yang lebih luas di seluruh negara.