Usahawan Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu memastikan produk mereka mencapai kriteria barangan hipermarket sekali gus memudahkan prosedur eksport ke luar negara.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya juga sentiasa memastikan pelbagai aktiviti untuk memperkenalkan produk PKS untuk meningkatkan tahap penerimaan pengguna.
Jelasnya, antara program yang dilakukan adalah Program Pensampelan Makanan, Program Perdagangan dan Pembungkusan serta Program Suaian Perniagaan.
"Produk perlu mencapai tahap atau mengikut kriteria hipermarket. Ia akan memudahkan produk kita ke luar negara dan kita akan bantu untuk eksport ke luar negara.
"Saya akan cuba eksport, mereka ini bukan sahaja membantu syarikat sendiri malah negara.
"Kerana itu saya mahu mereka bekerjasama dengan KPDNKK dan kita boleh ikuti usahawan ini dengan lebih dekat lagi," katanya semasa sidang media selepas melancarkan Program Citarasa Malaysia (PCM) di Tesco Extra Ampang di sini semalam.
Turut hadir, Ketua Pegawai EKsekutif Tesco Malaysia, Paul Ritchie.
Pada majlis sama, Tesco Malaysia menyampaikan anugerah kepada 20 jenama PKS tempatan dengan nilai jualan paling tinggi di seluruh cawangan hipermarket itu di seluruh negara sepanjang tahun lepas.
Program KPDNKK dengan kerjasama Tesco Malaysia yang bermula dari 26 April sehingga 1 Mei depan itu bertujuan memberikan peluang kepada usahawan PKS tempatan khususnya bumiputera bagi melaksanakan pelbagai aktiviti jualan dan mempromosikan produk-produk keluaran mereka.
Program itu turut mensasarkan jualan keseluruhan berjumlah RM150,000 untuk enam hari mini karnival PKS berlangsung.
Sebanyak 24 usahawan PKS mengambil bahagian dengan 13 jenama PKS tempatan disenaraikan Tesco manakala 11 lagi merupakan jenama baru PKS yang dicadangkan KPDNKK.
Daripada 24 jenama PKS berkenaan, 22 PKS adalah berasaskan makanan manakala dua lagi merupakan produk barangan rumah.
Sehingga kini, KPDNKK berjaya membantu 576 usahawan PKS tempatan melibatkan sejumlah 9,711 produk dalam program berkenaan.
Dalam pada itu kata Hamzah, usahawan PKS juga perlu memastikan kapasiti bagi setiap produk mereka boleh memenuhi permintaan selepas dipasarkan di luar negara.
Wan Syamsul Amly
Sat Apr 29 2017
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya sentiasa memastikan pelbagai aktiviti untuk memperkenalkan produk PKS. - Gambar fail
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
10 Bahagian Bersatu digantung boleh bersidang Disember depan - Hamzah
Semua 10 bahagian parti Bersatu yang digantung sebelum ini, dibenarkan mengadakan persidangan dan pemilihan pucuk pimpinan parti itu pada Disember.
Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.
Bekas Setpol Hamzah Zainuddin didakwa minta rasuah RM350,000
Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad mengaku tidak bersalah, selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Awang Kerisnada Awang Mahmud.
Pembangkang sudah terima draf peruntukan Ahli Parlimen
Pembangkang sudah menerima draf dokumen yang memperincikan perkara berkaitan rundingan peruntukan kepada Ahli Parlimennya.
Lapor kes rasuah tidak langkau imuniti Ahli Parlimen - MCW
Pada masa sama, SPRM juga boleh bertindak pro-aktif mengambil butiran maklumat berkaitan, secara berjumpa terus dengan mana-mana individu.
Muhyiddin masih layak jadi PM, kenapa perlu letak calon lain? - Hamzah
Hamzah turut menafikan wujudnya situasi "tidak gembira" dalam kalangan ahli parti dalam gabungan itu berhubung isu calon perdana menteri dari PN.
Perbuatan khianat tidak boleh diterima, tuduh PN juga tidak bertanggungjawab - Hamzah
Hamzah kecam tindakan ganas baling molotov cocktail, kesal dengan tuduhan Ngeh Koo Ham terhadap Bersatu dan Pas.
PN tidak letak calon di PRK Jepak, fokus PRK Kemaman - Hamzah
Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional telah memutuskan tidak akan meletakkan calon untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sarawak.
Anwar cabar Hamzah buktikan dakwaan MP Kuala Kangsar diugut sokong Kerajaan
Anwar Ibrahim berkata, Hamzah Zainuddin perlu membawa bukti berkaitan ke pihak berkuasa, supaya tuduhan itu disiasat sepenuhnya.
Dewan Rakyat: Lihat keseluruhan temu bual CNN, bukan versi 'cut and paste' - PM Anwar
Menurut Perdana Menteri, terdapat unsur khianat pihak tidak bertanggungjawab yang bertindak menyunting video wawancaranya bersama media antarabangsa itu baru-baru ini.