Kerajaan negeri Melaka menjangkakan kekurangan kutipan hasil kira-kira RM2 juta setahun selepas pelaksanaan pengecualian bayaran parkir kenderaan di negeri berkenaan pada hari Sabtu dan Ahad bermula 15 Jun lepas.
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka Tey Kok Kiew berkata ia melibatkan 27,880 petak parkir kenderaan di bawah pentadbiran empat pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu.
Bagaimanapun, katanya, kekurangan kutipan tersebut dijangka tidak memberi impak yang besar kepada pendapatan kerajaan negeri sekiranya langkah penjimatan perbelanjaan dilaksanakan dengan berkesan.
"Inisiatif pengecualian bayaran parkir kenderaan di negeri ini pada awalnya dilaksanakan di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah melibatkan kawasan tumpuan pelancongan atau bandar namun ia kemudian diperluaskan di tiga lagi kawasan pentadbiran PBT di negeri ini.
"Ia merupakan satu janji kerajaan negeri di bawah kepimpinan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas bagi meringankan beban rakyat selain merupakan tanggungjawab kerajaan untuk rakyat," katanya kepada pemberita selepas majlis melancarkan parkir percuma pada Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), di sini, hari ini.
Tey berkata tahun lepas kutipan hasil bayaran parkir kenderaan di negeri berkenaan berjumlah RM6.68 juta melibatkan tiga daerah di bawah pengendalian empat PBT di negeri itu.
Menurutnya, kutipan hasil tertinggi ialah di kawasan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) iaitu sebanyak RM4.2 juta diikuti Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (RM2 juta), Majlis Perbandaran Alor Gajah (RM258,945) dan MPJ (RM221,787).
"Jumlah petak parkir kenderaan tertinggi adalah di kawasan MBMB iaitu sebanyak 14,116 petak diikuti MPHTJ (8,497 petak), MPJ (3,055 petak) dan MPAG (2,212 petak)," katanya.
Beliau berkata daripada jumlah keseluruhan 27,880 petak parkir kenderaan di negeri itu, sebanyak 6,021 terletak di kawasan pelancongan manakala 21,859 petak di kawasan biasa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 22 2018

Kekurangan kutipan tersebut dijangka tidak memberi impak yang besar kepada pendapatan kerajaan negeri. - Gambar hiasan

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kerja naik taraf Jalan Tun Hamzah libatkan kos RM300 juta - Exco
Kerja-kerja menaik taraf Jalan Tun Hamzah daripada dua lorong kepada empat lorong yang melibatkan laluan sepanjang 4.5 kilometer dijangka bermula pada November ini melibatkan kos sebanyak RM300 juta.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Perdana Menteri salur bantuan RM30,000 kepada tiga PPD di Melaka
Setiap PPD itu menerima RM10,000 dan boleh digunakan bagi membantu keluarga kurang berkemampuan untuk sesi persekolahan pada tahun ini.

Melaka tarik lesen, senarai hitam penganjur dan peniaga jual lesen bazar Ramadan
Kerajaan Melaka akan mengambil tindakan tegas termasuk menarik lesen dan menyenaraihitamkan peniaga yang dikesan menjual lesen perniagaan bazar Ramadan kepada pihak ketiga.

Melaka belum bincang wujudkan Jonker Walk 2.0
Ia bagi memastikan idea berkenaan tidak memberi kesan kepada aktiviti perniagaan majoritinya diusahakan peniaga Melayu yang sekian lama bertapak di situ.

Orang Asli: Melaka perluas skim insurans kepada Tok Jenang dan Tok Jekerah
Seramai 28 Tok Jekerah dan Tok Jenang daripada 14 perkampungan Orang Asli di seluruh Melaka akan mendapat manfaat daripada inisiatif berkenaan.

Tidak puas hati perlawanan kriket, lelaki Nepal parah ditikam di Melaka
Seorang lelaki warganegara Nepal parah selepas ditikam rakan senegaranya gara-gara tidak berpuas hati berkenaan sokongan perlawanan pasukan kriket negara tersebut pada awal pagi Khamis.

Melaka pantau struktur bangunan merah susulan runtuhan
Kerajaan Melaka akan terus memantau struktur bangunan merah di sekitar Jalan Laksamana di sini susulan rasuk kayu di satu daripada deretan premis berusia ratusan tahun itu runtuh semalam.

Momentum promosi akan diteruskan untuk raih lebih ramai pelancong ke Melaka
Momentum kejayaan raih 15 juta pengunjung dengan pendapatan RM12.68 bilion sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 perlu diteruskan, kata Ketua Menteri.

Melaka umum dua Bantuan Khas Kewangan minimum RM2,600 untuk penjawat awam
Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan dua Bantuan Khas Kewangan untuk penjawat awam di negeri ini, hari ini.