SHAH ALAM: Pameran Penerbangan Selangor 2022 (SAS2022) yang memasuki edisi kedua menyasarkan potensi nilai transaski sebanyak RM700 juta dan bakal berlangsung bermula 8 hingga 10 September ini.
Exco Industri dan Perdagangan Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, ia dijangka menarik 10,000 pengunjung dengan penyertaan 63 ruang pameran dan 58 syarikat dari dalam dan luar negara.
“Selain itu, SAS2022 juga mempamerkan 29 kapal terbang termasuk helikopter berbanding hanya 18 buah pada edisi lalu, sekali gus menyaksikan peningkatan yang ketara.
“Manakala, jumlah pengunjung sehingga kini mencapai hampir cecah 9,000 pengunjung berbanding sasaran yang kami letakkan iaitu 8,000 pengunjung. Kami berharap mampu melepasi sasaran 10,000 pengunjung pada edisi kali ini,” katanya pada sesi penerangan SAS2022 bersama media di Skypark Regional Aviation Centre (RAC), di sini, hari ini.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor, Datuk Hasan Azhari.
Dalam pada itu, Chang Khim berkata, bertemakan “The One & Only Business Aviation Show in the Region”, pameran itu turut menyaksikan penyertaan dari negara luar melibatkan Singapura, Brazil, Perancis, Amerika Syarikat, Switzerland, Republik Czech, Nigeria, United Kingdom dan Malaysia.
Jelas Chang Khim, peningkatan ketara dalam penyertaan edisi kali ini juga didorong oleh kejayaan penganjuran pameran itu pada tahun lepas.
“Pameran edisi pertama tahun lepas merupakan satu kejayaan meskipun ketika sempadan antarabangsa masih belum dibuka.
“Terdapat tujuh negara yang mengambil bahagian dan persembahan pameran telah menimbulkan minat dan tarikan kepada para pemain termasuk mereka yang belum menyertai kami, selain didorongi juga pembukaan sempadan antarabangsa, maka lebih ramai peserta pada tahun ini,” ujarnya.
Katanya lagi, pameran selama tiga hari itu akan dipenuhi dengan pelbagai program menarik termasuk forum industri, pembentangan, aktiviti kerjasama dan program pembelajaran untuk pelajar dalam pengajian penerbangan termasuk joyride untuk orang ramai.
“Pada hari pertama dan kedua lebih menumpukan kepada pertunjukan yang lebih serius melibatkan rakan kongsi dan pemain industri.
“Manakala, pada hari ketiga terbuka kepada orang ramai, boleh bawa anak untuk mengetahui peluang dalam industri ini. Satu peluang cukup baik,” katanya.
Pengunjung juga berpeluang untuk beramah mesra bersama para pelakon Air Force The Movie: Selagi Bernyawa.
Untuk maklumat lanjut, pengunjung boleh melayari https://selangoraviationshow.com bagi pendaftaran.
Ehsan A Marisah
Mon Sep 05 2022

Chang Khim (dua dari kiri) berkata, pameran yang berlangsung bermula 8 hingga 10 September ini akan dipenuhi dengan pelbagai program menarik. - Foto Astro AWANI
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

SAS 2024 jangka 25,000 pelawat, potensi transaksi RM1.3 bilion
Invest Selangor Berhad menjangkakan potensi transaksi bernilai RM1.3 bilion pada penganjuran SAS 2024 yang akan berlangsung di RAC, Skypark pada 12 hingga 14 September ini.

Pameran Penerbangan Selangor (SAS) 2023 kembali dengan edisi ketiga
SAS 2023 bakal menampilkan pempamer tempatan dan antarabangsa yang mengetengahkan pelbagai produk dan perkhidmatan terkini termasuk dalam segmen penerbangan am dan perniagaan.

Kerajaan akan bantu industri penerbangan tangani cabaran - Tengku Zafrul
Kerajaan menyedari cabaran yang dihadapi oleh industri penerbangan tempatan, sekali gus mencari kaedah untuk membantu industri tersebut menanganinya.

Pameran Penerbangan Selangor 2022 sasar potensi nilai transaksi RM700 juta
Ia dijangka bakal menarik 10,000 pengunjung dengan penyertaan 63 ruang pameran dan 58 syarikat dari dalam dan luar negara.

Pameran Penerbangan Selangor diteruskan tahun hadapan
Susulan kejayaan Pameran Penerbangan Selangor (SAS) 2021 edisi pertama, ia akan diteruskan tahun hadapan sekitar September di Subang.