Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 memberi peluang buat pemain industri pelancongan di pulau peranginan bebas cukai ini merangka pelan tambahan bagi mengurangkan impak penularan COVID-19.
Presiden Pertubuhan Industri Pelancongan Langkawi, Ahmad Phisol Ishak berkata pakej itu yang diumumkan Perdana Menteri interim Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat positif dan mampu membantu pemain industri memulihkan kembali perniagaan mereka yang terjejas.
"Saya lihat pakej yang diumumkan telah mengambil kira keperluan pemain industri seperti pengusaha hotel, pemilik produk malahan pemandu pelancong. Ini amat memberi mesej bahawa kerajaan melihat impak yang berlaku kepada pemain industri dan cuba membantu.
"Alhamdulillah lega dengan pengumuman tadi, semuanya positif bagi membantu industri pelancongan khususnya di Langkawi untuk maju ke hadapan. Pengumuman pakej ini memberi peluang buat pemain industri di Langkawi merangka strategi terbaik untuk mengurangkan impak berikutan penularan COVID-19 yang berlaku kepada perniagaan masing-masing," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Dr Mahathir hari ini mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bagi memastikan risiko ekonomi berkaitan penularan COVID-19 dapat ditangani dengan berkesan dan dalam masa yang sama, beberapa strategi dan rancangan juga akan dilaksana bagi memastikan ekonomi negara di landasan yang mampan.
Sementara itu, seorang pemandu teksi Hamid Awang, 67, yang beroperasi di Terminal Feri Penumpang Kuah berkata sejak penularan COVID-19, pendapatannya turun hampir 40 peratus.
"Dulu sehari boleh dapat lebih lima perjalanan tetapi sejak berlaku COVID-19 memang memberi kesan kepada saya, sebagai contoh hari ini tunggu dari pagi hingga petang baru dapat tiga perjalanan. Kesan COVID-19 memang sangat terasa, boleh nampak pelancong warga China sangat kurang.
"Tadi Dr Mahathir ada umum, kerajaan akan memberikan bayaran secara one-off sebanyak RM600 kepada pemandu teksi, pemandu bas persiaran, pemandu pelancong dan penarik beca yang berdaftar alhamdulillah dapat juga kurangkan masalah kami ketika ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 27 2020
Pakej yang diumumkan Dr Mahathir dilihat positif dan mampu membantu pemain industri memulihkan kembali perniagaan mereka yang terjejas, jelas Ahmad Phisol Ishak. -Bernama
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kerajaan MADANI tumpu pembangunan negara, tidak layan kenyataan picisan - Anwar
Kerajaan MADANI terus menumpukan inisiatif membangunkan negara dan tidak melayani kenyataan picisan yang tidak membantu ke arah usaha tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.