KUANTAN: Pahang berjaya menarik Pelaburan Langsung Asing (FDI) berjumlah RM11.01 bilion tahun lepas dengan RM5.6 bilion daripadanya dari China, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau berkata penyumbang terbesar FDI dari China ialah daripada pengembangan Alliance Steel (M) Sdn Bhd yang merupakan pelabur pertama di Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) selain anak syarikat daripada Guangxi Beibu Gulf Iron and Steel Co Ltd.
Kewujudan MCKIP di Gebeng di sini sejak 10 tahun lepas, juga membawa jumlah pelaburan mencecah RM30 bilion setakat ini serta mewujudkan 10,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, katanya.
"MCKIP merupakan taman perindustrian pertama di Malaysia yang dibangunkan bersama antara Malaysia dan China, Taman Perindustrian Qinzhau China-Malaysia (CMQIP) pula bertempat di China.
"Kita bekerjasama, mengiktiraf peraturan perniagaan dan dasar kedua-dua negara, serta memudahkan komuniti perniagaan yang melabur di dua taman perindustrian ini bagi memastikan penubuhan berjalan lancar," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Ulang Tahun Ke-10 MCKIP, di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Liew Chin Tong.
Wan Rosdy berkata kerajaan negeri mengalu-alukan lebih banyak FDI terutamanya dalam industri teknologi tinggi, penyelidikan dan pembangunan industri automotif dan penerbangan.
Ia seiring dengan pembinaan fasa kedua dan ketiga MCKIP yang sedang berjalan dengan baiik, ditambah dengan lokasinya yang strategik berhampiran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Pelabuhan Kuantan.
"Kita sedia pertimbangkan dari masa ke semasa tawaran yang boleh diberikan kepada pihak yang berminat melabur dan bersikap mesra pelabur supaya mereka memilih Pahang sebagai tapak perniagaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 07 2023
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (dua kiri) mengadakan pertemuan bersama Menteri Pengangkutan, Anthony Loke (dua kanan) hari ini. - Foto BERNAMA
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Calon manfaat platform media sosial dekati pengundi luar
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota turut memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial bagi menambat hati pengundi luar selain kempen secara bersemuka.
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
Kerja pembersihan sisa kimia dijalankan pada Selasa
Kerja-kerja pembersihan sisa bahan kimia yang dibuang secara haram di Kawasan Perindustrian Tiong Nam dan Kawasan Perindustrian Tropika, Johor bermula pada Selasa.
Suara Rakyat: Ibu bapa gesa UPSR, PT3 dikembalikan semula
Ibu bapa menggesa supaya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dikembalikan secepat mungkin bagi membolehkan penilaian kecenderungan kanak-kanak dibuat dari peringkat awal.
Pahang rekod 5.9 juta pelancong dengan anggaran perbelanjaan RM5.3 bilion
Pahang merekodkan 5.9 juta kedatangan pelancong dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM5.3 bilion dalam tempoh enam bulan bermula Januari tahun ini.
Jabatan Kesihatan Pahang terima 45 ambulans baharu
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang menerima sebanyak 45 ambulans baharu daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pendaki meninggal dunia ketika daki Bukit Galing
Seorang pekerja syarikat logistik di Gebeng dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas ketika mendaki Bukit Galing di sini, pada Ahad.
'Roti orang mati' menu unik masyarakat Pahang
Nama menakutkan tapi teksturnya yang lembut, rasa manis dan berlemak menjadi keistimewaan Roti Orang Mati.
Keanggunan Tengku Puteri Afzan, ketampanan FD Idzham dapat perhatian ramai
Elemen ringkas dan classy pada acara pernikahan pasangan diraja ini mendapat pujian.
MOT sedia bantu kerajaan Pahang realisasi bina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan
Setakat ini, MOT masih lagi belum menerima sebarang permohonan Lesen Pengendali Aerodrom daripada pemaju projek.
Pahang peruntuk lebih RM3 juta untuk program pembangunan belia
Peruntukan itu disalurkan melalui Jabatan Belia dan Sukan Pahang, Majlis Belia Pahang serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri.
323 individu ditahan dalam Operasi HAWK di Pahang
Polis menahan 323 individu dan merampas pelbagai dadah dianggarkan bernilai lebih RM97,000 dalam Operasi HAWK selama empat hari yang berakhir semalam.
Pahang tubuh jawatankuasa pastikan buah, sayur selamat di pasaran
Penubuhan Jawatankuasa Kawalan Keselamatan Penggunaan Racun Makhluk Perosak Dalam Sayur Dan Buah Negeri Pahang itu dipersetujui dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Pahang sumbang RM8,000 kepada keluarga mangsa
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk membantu keluarga Allahyarham.