Orang ramai perlu diberi peluang untuk mengikuti latihan atau latihan semula untuk memulakan perniagaan sendiri, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
Menurutnya, usaha itu pernah dilakukan pada 2000 apabila kira-kira 4,000 orang meninggalkan sektor perbankan berikutan pelaksanaan langkah pengukuhan dan penggabungan.
"Apakah ia membawa kepada kesengsaraan? Tidak...malah kita dapat pulih dan bangkit semula daripada krisis itu dalam tempoh satu setengah tahun dan orang ramai menemui cara lain untuk menyara kehidupan.
"Tidak kiralah sama ada mereka memulakan perniagaan sendiri, dilatih semula atau menyertai cabang lain perniagaan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam temu bual eksklusif dengan akhbar New Straits Times yang disiarkan Khamis.
Zeti berkongsi pandangannya ketika mengulas kebimbangan ramai mengenai inflasi, khususnya selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kuasa pembelian yang rendah serta kemelut kalangan perniagaan yang berdepan keuntungan lebih rendah serta pekerja yang diberhentikan.
Menurutnya, kerajaan juga perlu memainkan peranannya dan melihat kaedah memastikan pertumbuhan yang mampan apabila negara berdepan tempoh mencabar.
Mengulas lanjut, beliau berkata, hutang isi rumah kini stabil manakala kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) pula rendah iaitu 1.5 peratus.
Pertumbuhan hutang tidak bercagar juga telah menyederhana manakala penilaian mengenai pengaliran pendapatan turut diutamakan.
"Bagaimanapun, pinjaman peribadi dan kad kredit kini berkembang pada kadar tiga hingga empat peratus dan menyederhana daripada kadar lebih 15 peratus sebelum ini.
"Pertumbuhan menyederhana apabila kita melaksanakan dasar bagi mengekang pinjaman besar-besaran, termasuk daripada institusi kewangan bukan perbankan," katanya.
Berikutan itu, katanya, kadar hutang isi rumah itu kurang mencetuskan kebimbangan ketika ini apabila BNM melaksanakan pelbagai langkah secara berperingkat dalam masa tiga hingga empat tahun.
Ia mula menampakkan hasil sekarang yang telah membawa kepada penyederhanaan tanpa menyebabkan kelembapan kepenggunaan yang ketara, kata Zeti.
Beliau turut menyanggah dakwaan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) bahawa penurunan jualan hartanah adalah disebabkan peraturan pembiayaan BNM yang lebih tegas apabila mensyaratkan institusi kewangan membuat penilaian kemampuan mereka untuk membayar pinjaman itu.
"Ini bermakna, pemohon perlu membuktikan bahawa mereka berkemampuan untuk membayar pinjaman itu. Kita tidak mahu rumah mereka dirampas apabila gagal melunas pinjaman atau akibat kebankrapan," katanya.
Zeti bagaimanapun menegaskan, pihak bank telah diberi banyak kelonggaran mengenainya, namun mungkin ada yang mungkin bertindak berlebihan.
Malah, katanya, BNM turut menyediakan kemudahan BNMLINK (Bank Negara Malaysia Laman Informasi Nasihat dan Khidmat) untuk mereka yang mengalami kesukaran mendapatkan pinjaman untuk memperolehi nasihat atau jika ada bank yang melayan mereka secara tidak adil biarpun terbukti mampu membuat pinjaman.
"Mereka perlu lebih agresif dan tampil supaya kita dapat meneliti situasi berkenaan. Kita turut menyediakan perkhidmatan nasihat di serata negara. Mereka yang terbabit juga boleh menghubungi talian, menghantar emel dan sebagainya," katanya.
Tegas Zeti, biarpun paras hutang isi rumah Malaysia tinggi iaitu 87 peratus daripada Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK), namun BNM sentiasa mengingatkan penganalisis dan agensi penarafan bahawa peminjam terbabit telah membuktikan keupayaan membayar hutang mereka kerana memiliki jaminan pendapatan dan pekerjaan yang stabil.
Kadar penolakan pinjaman semasa adalah di bawah 20 peratus manakala kadar kelulusannya pula kira-kira 74 peratus, katanya.
Mengulas spekulasi bahawa kerajaan kini kekurangan simpanan dan terpaksa mendapat bantuan dana badan berkanun seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Zeti berkata EPF sendiri memiliki panel pelaburan serta Lembaga Pengarah yang kukuh.
"Ia menjaga semua simpanan kita. Saya yakin, mereka telah melakukannya dengan baik, berjaya menjana pulangan pada kadar yang baik serta amat berhati-hati dalam soal kegiatan pelaburan.
"Oleh itu, saya tidak rasa kerajaan akan menggugat KWSP kerana ia adalah simpanan orang ramai," katanya.
Zeti turut menegaskan, usaha kerajaan memulihkan kedudukan kewangan menerusi langkah rasionalisasi subsidi dan pelaksanaan GST juga terbukti memberi kesan positif.
"Sekarang adalah tempoh untuk rakyat menyesuaikan diri. Kita tidak boleh sentiasa menikmati masa senang. Sebaliknya, mereka yang terbukti membuat persiapan ketika waktu senang itu lebih mampu untuk mengharungi keadaan," katanya.
Bernama
Thu Sep 17 2015
Menurut Zeti, kerajaan juga perlu memainkan peranannya dan melihat kaedah memastikan pertumbuhan yang mampan apabila negara berdepan tempoh mencabar. - Gambar Fail
Imigresen tumpaskan sindiket penyeludupan orang di Kelantan
Enam warga Thailand, termasuk dalang utama rangkaian sindiket penyeludupan manusia di Kelantan ditahan dalam operasi khas yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia di sekitar Rantau Panjang pada Rabu lepas.
Jenayah: Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Tindakan dua lelaki mencuri kabel pencawang elektrik milik syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) membawa padah apabila terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Seksyen 6 di Shah Alam, pada Jumaat.
Bencana Banjir: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 809 orang daripada 205 keluarga di enam negeri setakat jam 6 pagi, pada Sabtu.
ASEAN: Mesyuarat Menteri Pengangkutan terima inisiatif kukuh kerjasama
Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN (ATM) ke-30 yang menutup tirai pada Jumaat, menerima pakai inisiatif penting untuk meningkatkan keterhubungan, kemampanan dan inovasi dalam sektor pengangkutan ASEAN, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Jenayah perang di Gaza: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
OIC sifatkan waran itu "langkah penting ke arah menamatkan 'kekebalan daripada hukuman' yang dinikmati pegawai Israel selama beberapa dekad."
Malaysia sedia perkukuh komuniti ASEAN - Mohamad
Malaysia akan memainkan peranan penting dalam memperkukuh komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks sepanjang kepengerusiannya pada 2025, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau menekankan bahawa kepimpinan Malaysia di ASEAN akan memastikan keutuhan organisasi itu, khususnya dalam menangani isu seperti pemulihan demokrasi di Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan.
Beliau menekankan bahawa kepimpinan Malaysia di ASEAN akan memastikan keutuhan organisasi itu, khususnya dalam menangani isu seperti pemulihan demokrasi di Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan.
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
'Saya tidak tahu apa-apa mengenai hubungan Zeti-Jho Low' - Bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan memberitahu mahkamah tidak tahu mengenai sebarang hubungan perniagaan antara suami Zeti dan Jho Low.
1MDB: Jho Low buka akaun, tiga bulan sebelum terima AS$700 juta - Saksi
Saksi memberitahu ahli perniagaan, Low Taek Jho membuka akaun bank Switzerland untuk syarikatnya, Good Star Ltd tiga bulan sebelum menerima AS$700 juta dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
1MDB: BNM syor denda RM23 juta, tapi Peguam Negara kurangkan kepada RM15 juta - Zeti
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mendedahkan di Mahkamah Tinggi bahawa BNM sebenarnya telah mengesyorkan penalti RM23 juta terhadap 1MDB namun AG mengurangkan kepada RM15 juta.
Keterangan Zeti di mahkamah berkaitan 1MDB jelas 'pengabaian tugas' oleh Apandi - Tun M
Pemecatan Apandi tidak dibuat secara salah berdasarkan dakwaan 'pengabaian tugas' yang dilakukan oleh bekas Peguam Negara itu.
1MDB akui tiada wang atau pelaburan selepas didenda RM15 juta - Zeti
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz memberitahu Mahkamah Tinggi 1MDB mengaku tidak mempunyai wang atau pelaburan selepas bank pusat itu mengenakan denda berjumlah RM15 juta terhadap syarikat berkenaan.
BNM tahu AS$700 juta 1MDB masuk akaun syarikat Jho Low selepas 6 tahun - Zeti
Mahkamah Tinggi diberitahu hanya selepas hampir tujuh tahun, barulah Bank Negara mendapati wang AS$700 juta milik 1MDB telah masuk ke akaun salah iaitu syarikat Jho Low.
Hakim ingatkan orang ramai tidak ketawa terbahak-bahak ketika prosiding kes Najib
Hakim yang mengadili kes rasuah dana 1MDB dan pengubahan melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak memberi peringatan kepada orang ramai di galeri awam supaya tidak ketawa terbahak-bahak semasa prosiding.
Dakwaan Jho Low masak pasta untuk keluarga 'tidak masuk akal', 'melampau' - Zeti
Itu jawapan tegas bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz apabila dicadangkan bahawa bahawa Jho Low yang rapat dengan suaminya, Datuk Tawfiq Ayman akan datang ke rumahnya.
Siasatan ke atas 1MDB untuk dapatkan semula wang, bukan dakwa Najib - Zeti
Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa matlamat akhir siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa terhadap 1MDB adalah mendapatkan semula wang 1MDB.
'Tunjuk bukti suami saya terima wang 1MDB' - Zeti
Zeti sebaliknya menegaskan pasukan pembelaan Najib perlu membuktikan kononnya Tawfiq atau anaknya menerima wang 1MDB melalui Cutting Edge Industries Ltd