KUALA LUMPUR: Northport (Malaysia) Bhd (Northport) telah diumumkan sebagai pemenang anugerah IAPH 2022 Sustainability Award di bawah kategori keselamatan, kesihatan dan sekuriti.
Dengan projek bertajuk 'Perjalanan Ke Arah Kecemerlangan HSE', Northport telah menewaskan dua finalis lain iaitu Pelabuhan Montreal dan Pelabuhan Amsterdam dalam kategori itu.
Pengumuman pemenang anugerah telah dibuat semasa Majlis Makan Malam Gala yang diadakan sempena dengan Persidangan Pelabuhan Dunia IAPH 2022 pada 17 Mei 2022 di Vancouver, Kanada.
Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Datuk Azman Shah Mohd Yusof menerima anugerah bagi pihak syarikat daripada Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia TrainForTrade Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD), Mark Assaf.
IAPH atau International Association of Ports and Harbors adalah sebuah gabungan global dengan ahli yang terdiri daripada pihak berkuasa pelabuhan, pengendali pelabuhan serta perniagaan berkaitan pelabuhan dari 87 buah negara.
Pelabuhan di bawah IAPH mengendalikan kira-kira satu pertiga daripada dagangan perairan dunia dan lebih daripada 60% trafik kontena dunia.
Azman berkata, pengiktirafan daripada institusi global yang disegani seperti IAPH dan menjadi pelabuhan Malaysia pertama memenangi anugerah IAPH Sustainability Award yang berprestij itu adalah satu penghormatan dan pencapaian yang cemerlang buat Northport.
"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada IAPH, panel-panel pakar dan orang awam yang telah mengundi kami kerana mengiktiraf Perjalanan Northport Ke Arah Kecemerlangan HSE. Sepanjang usaha ini, kami telah menjalankan pelbagai inisiatif HSE termasuk penubuhan Pelan Kesinambungan Perniagaan bagi memastikan langkah-langkah yang berkesan disediakan demi kesinambungan operasi dan perniagaan Northport.
"Kami juga telah mengukuhkan keselamatan pelabuhan kami dengan penggunaan dron dan sistem pengawasan litar tertutup. Northport adalah pelabuhan pertama di Malaysia yang menggunakan dron untuk tujuan keselamatan dan pengawasan sejak 2019,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Pada tahun ini, sebanyak 53 projek telah dihantar oleh 36 buah pelabuhan dari 26 buah negara untuk menyertai pertandingan IAPH Sustainability Awards.
Kesemua projek ini telah dinilai dengan teliti dan diberi pemarkahan oleh para juri yang terdiri daripada sembilan orang pakar bebas dari seluruh dunia dengan pelbagai latar belakang termasuk akademik, pertubuhan bukan kerajaan, institut penyelidikan, media, perkapalan dan mantan pengurusan eksekutif pelabuhan.
Pemenang telah ditentukan melalui pemarkahan 70% dari panel pakar, manakala 30% markah lagi adalah daripada pengundian awam yang dibuat melalui laman web World Ports Sustainability Program dari 21 Mac 2022 hingga 18 April 2022. - DagangNews.com
Dagang News
Wed May 18 2022
Northport adalah pelabuhan pertama di Malaysia yang menggunakan dron untuk tujuan keselamatan dan pengawasan sejak 2019. - Foto DagangNews
ASEAN: Malaysia sasar muktamadkan rangka kerja ekonomi digital tahun ini
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN menyasarkan untuk memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) tahun ini untuk mempersiapkan rantau Asia Tenggara untuk pendigitalan.
Indonesia bekalkan 4 juta vaksin untuk tangani wabak kaki dan mulut (FMD)
Vaksin FMD ini sedang diedarkan ke seluruh wilayah di Indonesia melalui kerajaan tempatan.
AI bantu pekerja, bukan gantikan mereka - Gary Shapiro
Revolusi kecerdasan buatan (AI) akan mengubah pasaran pekerjaan tetapi memberi impak positif yang besar kepada manusia dan pekerjaan.
UNRWA beri amaran hospital di Gaza "kini menjadi perangkap maut"
Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Rabu menyifatkan "hospital di Gaza kini menjadi perangkap maut."
Ahli Parlimen UK desak pengusiran duta Israel
Ahli Parlimen Bebas John McDonnell menyorot keadaan yang semakin kritikal di Semenanjung Gaza, terutama ketika musim sejuk yang mencabar.
10 Berita Pilihan - (8 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 9 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dakwa atau tangkap, Presiden Yoon sedia dibicara - Peguam
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol akan ditahan setelah mahkamah melanjutkan tempoh waran tangkap terhadapnya atas pertuduhan melaksanakan undang-undang tentera secara tidak sah, Disember lalu.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Myanmar musnah 563 ekar ladang candu
Pihak berkuasa Myanmar telah memusnahkan 563 ekar ladang candu di negeri Shan di timur Myanmar.
Seorang wanita nekad redah api selamatkan rumah
Dengan kebakaran Eaton Fire yang terus mengganas, seorang jururawat, Lynne Levin Guzman nekad meredah api untuk menyelamatkan rumah ibu bapanya daripada hangus dijilat api.
Westports terus berdepan tekanan kos diesel, penurunan volum kontena pada FY22
Westports juga berdepan pengurangan panggilan pemindahan kapal oleh kontena, dalam usaha mereka untuk meningkatkan kebolehpercayaan jadual.
Northport rangkul anugerah IAPH 2022 Sustainability Award tewaskan Pelabuhan Montreal, Amsterdam
Northport telah menewaskan dua finalis lain iaitu Pelabuhan Montreal dan Pelabuhan Amsterdam dalam kategori itu.
Northport, Sea Hawk meterai perjanjian kerjasama strategik
Perniagaan pukal cecair menyumbang 2,939,149 FWT atau 30.4 % daripada jumlah keseluruhan kendalian.
Northport catat kendalian kontena ke-3,305,765 TEU, tertinggi dalam sejarah
Kendalian kontena untuk tahun 2021 setakat ini adalah 20.7% lebih tinggi berbanding tahun 2020.
Kenaikan sewa depot hampir 350 peratus berpatutan - Kumpulan Pos Malaysia
Ia menjadikan kadar sewaan untuk kawasan seluas 21,780 kaki per segi meningkat daripada RM5009.40 kepada RM RM17,424 sebulan.