KUALA LUMPUR: Nilai ringgit kembali meningkat dan dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat disebabkan sentimen berhati-hati selepas Amerika Syarikat mengeluarkan data makroekonomi yang bercampur-campur, kata seorang penganalisis.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.4575/4615 berbanding dolar AS daripada kadar penutup semalam 4.4605/4660.
Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata data keluaran dalam negara kasar (KDNK) AS bagi suku pertama 2023 adalah di bawah jangkaan pada 1.1 peratus berbanding unjuran 2.0 peratus dan ini telah memberi kesan kepada nilai dolar AS.
Bagaimanapun, angka Tuntutan Pengangguran Awal yang berada di bawah jangkaan pasaran pada 230,000 berbanding jangkaan 248,000 sedikit sebanyak telah membantu menyokong dolar AS.
"Memandangkan kedua-dua penunjuk makroekonomi ini menunjukkan arah yang bertentangan,tidak banyak hala tuju yang boleh dilihat selepas data-data ini dikeluarkan.
"Dari sudut teknikal, gandingan USD/MYR diunjurkan meningkat lebih jauh melepasi 4.4700, yang mana di paras itu ia akan berhadapan dengan rintangan sementara," katanya kepada Bernama.
Pada masa yang sama, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Berbanding yen Jepun, mata wang tempatan mengukuh kepada 3.3245/3277 daripada 3.3337/3381 pada penutup Khamis, meningkat berbanding euro kepada 4.9180/9224 daripada 4.9235/9296 semalam, tetapi menyusut nilai berbanding pound Britain menjadi 5.5696/5746 daripada 5.5506/5575.
Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean.
Nilai ringgit lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.3392/3424 daripada 3.3379/3423 pada penutup semalam dan susut berbanding peso Filipina kepada 8.01/8.03 daripada 8.00/8.02
Bagaimanapun, ringgit naik berbanding baht Thailand kepada 13.0504/0679 daripada 13.0626/0841 pada Khamis dan menambah nilai berbanding rupiah Indonesia kepada 303.0/303.4 daripada 303.2/303.7 semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 28 2023

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.4575/4615 berbanding dolar AS daripada kadar penutup semalam 4.4605/4660. -Gambar fail/Reuters

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain
Pada 8.02 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4150/4305 berbanding dolar AS daripada 4.4260/4300 ketika ditutup semalam.

Indeks dolar AS susut, ringgit terus mengukuh pada sesi awal
Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar AS dalam sesi urus niaga awal Rabu ketika DXY jatuh kepada 103.419 mata.

Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Pada jam pagi, mata wang tempatan pada 4.4200/4275 berbanding dolar AS daripada 4.4200/4235 ketika ditutup semalam.

Ringgit dibuka kukuh didorong jangkaan tinggi terhadap penurunan kadar AS
Pada 8 pagi, mata wang tempatan terus meningkat kepada 4.4085/4210 berbanding dolar AS daripada 4.4110/4145 pada Jumaat lepas.

Ringgit teruskan momentum mengukuh berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan aliran pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Jumaat.

Ringgit dibuka tinggi untuk hari kelima berturut-turut
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut berikutan ketidaktentuan mengenai dasar tarif AS.

India tegaskan tiada kepentingan untuk lemahkan dolar AS
Jaishankar sifatkan dolar AS sebagai sumber kestabilan ekonomi antarabangsa dan tegaskan, India tiada sebarang dasar untuk menggantikan dolar.

Ringgit naik 170 peratusan dalam mata berbanding dolar AS dalam sesi awal
Pada 8 pagi ini, ringgit melonjak 170 peratusan dalam mata (PIP) kepada 4.4100/4250 berbanding dolar AS daripada 4.4270/4320 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.

Ringgit melonjak berbanding dolar AS susulan peningkatan minat risiko global
Pada 6 petang, unit tempatan mencatatkan peningkatan ketara kepada 4.4270/4320 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada Selasa.

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS susulan keputusan tarif import
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4465/4585 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada penutupan Selasa.