Nilai ringit dijangka tidak turun lagi di bawah paras tiga ringgit 80 sen berbanding dolar AS.
Spekulasi yang menyatakan ringgit bakal mencecah empat ringgit minggu ini tidak benar memandangkan tiada lagi sentimen negatif akan muncul yang menyebabkan ringgit semakin lemah.
Pandangan itu disuarakan penganalisis pasaran saham Jupiter Securities Nazarry Rosli dalam satu pertemuan dengan Astro AWANI baru-baru ini.
"Angka 3.8 jadi paras sokongan yang kuat kerana faktor negatf di pasaran sama ada dalaman dan luaran telah diambil kira oleh pasaran. Tiada sentimen negatif baru yang akan muncul yang akan menyebabkan nilai ringgit semakin lemah," kata Nazarry.
Selain itu ujarnya harga minyak mentah global diunjur tidak akan turun lagi ke paras rendah sekitar AS$45 dolar setong, di mana harganya kini telah berlegar sekitar AS$60.
Menurutnya lagi, asas ekonomi negara juga semakin stabil di mana pendapatan negara semakin meningkat susulan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan, GST Mac lalu.
Sehubungan itu tegas Nazarry, tiada sebab untuk Bank Negara Malaysia, BNM untuk campur tangan mempertahankan nilai ringgit.
"Teori pasaran menyatakan sekiranya mana- mana bank pusat cuba mempertahankan wang mereka spekulator wang antarabangsa akan melihat ini peluang bagi mereka untuk buat duit dan menyebabkan nilai ringgit akan lebih jatuh," katanya lagi.
Pendapat Nazarry itu disokong ohd Asfanizam Abdul Rashid, Ketua Ekonomi Bank Islam yang menegaskan prestasi ringgit sekarang tidak mencerminkan keadaan semasa ekonomi negara.
Ujarnya kepada Astro Awani Malaysia memilki rizab antarabangsa yang mencukupi dan mampu membiaya 8.1 bulan import tertunggak.
Di samping itu, sektor perbankan sekarang berada dalam keadaan yang kukuh yang mana pinjaman tidak berbayar adalah rendah iaitu 1.59 peratus setakat Mei selain daripada peruntukan hutang lapuk yang tinggi iaitu 100.6 peratus dalam tempoh yang sama.
"Dua faktor ini menjamin sektor perbankan mempunyai profil keuntungan yang sihat. Jumlah permodalan di dalam sektor perbankan juga adalah tinggi iaitu pada kadar 15.1 peratus setakat bulan Mei berbanding nisbah minima 8 peratus. Ini memberi gambaran bahawa institusi kewangan negara mampu menjana pertumbuhan kredit yang sihat walaupun berhadapan situasi yang mencabar," katanya .
Beliau menambah pada ketika penurunan ringgit sekarang, beberapa sektor telah mendapat manfaat.
"Kita dapati sektor seperti sarung tangan getah, pembalakan, mesin & perkakasan telah pun mencatatkan pertumbuhan dua angka. Bagi tempoh lima bulan pertama, purata pertumbuhan eksport sarung tangan getah, pembalakan, mesin & perkakasan adalah pada kadar 17.9 peratus.
"Selain itu, sektor elektrik dan elektronik juga mendapat kesan limpahan yang positif berikutan permintaan luaran terhadap produk berkaitan telefon pintar dijangka berada dalam keadaan yang baik pada tahun ini."
Pada Isnin minggu lepas, ringgit melepasi paras 3.8 berbanding dolar, tahap di mana ia ditambat pada September 1989.
Norzainah Zainal Abidin
Mon Jul 13 2015
NAZARRY: " Angka 3.8 jadi paras sokongan yang kuat kerana factor negatf di pasaran samada dalaman dan luaran telah diambil kira oleh pasaram
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.
Protes di Pakistan: Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad meminta rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti perkembangan keadaan setempat.
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Nilai ringgit dijangka tidak turun lagi di bawah paras 3.8 berbanding dolar - Penganalisis
Spekulasi yang menyatakan ringgit bakal mencecah empat ringgit minggu ini tidak benar memandangkan tiada lagi sentimen negatif akan muncul yang menyebabkan ringgit semakin lemah.