KUALA LUMPUR: Nilai jualan sektor pembuatan mencatatkan penurunan 4.0 peratus tahun ke tahun untuk merekodkan RM147.4 bilion pada Jun 2023, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata nilai jualan sektor pembuatan itu turun setelah merekodkan pertumbuhan positif 3.3 peratus pada bulan sebelumnya.
Beliau berkata penurunan tersebut dipengaruhi terutama oleh subsektor makanan, minuman dan tembakau yang merosot 14.6 peratus sekali gus menjadi penurunan dua digit bagi tiga bulan berturut-turut.
Tambahan lagi, kemerosotan tersebut juga disumbangkan oleh penurunan dalam subsektor petroleum, kimia, getah dan plastik (-12.4 peratus); dan kayu, perabot, keluaran kertas dan percetakan (-1.1 peratus), katanya dalam kenyataan mengenai Perangkaan Pembuatan Bulanan Malaysia, Jun 2023 yang dikeluarkan pada Selasa.
Beliau berkata bagi perbandingan bulan ke bulan, nilai jualan meningkat marginal sebanyak 0.4 peratus daripada RM146.8 bilion yang direkodkan pada Mei 2023.
Mohd Uzir berkata nilai jualan industri berorientasikan eksport yang merangkumi 73.0 peratus daripada jumlah jualan, merosot 7.4 peratus pada Jun 2023 selepas mencatatkan pertumbuhan marginal sebanyak 0.1 peratus pada Mei 2023.
Beliau berkata penurunan ini disebabkan terutama oleh industri pembuatan minyak dan lemak daripada sayuran dan haiwan (-27.4 peratus); pembuatan kok dan produk petroleum bertapis (-18.6 peratus); serta pembuatan produk getah (-13.2 peratus).
Sebaliknya, industri berorientasikan domestik terus mengimbangi kejatuhan nilai jualan dengan merekodkan pertumbuhan positif sejak September 2021, berkembang sebanyak 6.8 peratus pada Jun 2023 (Mei 2023: 12.5%).
"Momentum stabil ini disokong sebahagian besarnya oleh pertumbuhan kukuh nilai jualan bagi industri pembuatan kenderaan bermotor, treler dan semi treler sebanyak 10.5 peratus.
"Sementara itu, industri pembuatan prosesan produk makanan serta pembuatan produk logam, kecuali mesin dan kelengkapan meneruskan momentum positif dengan masing-masing merekodkan sebanyak 7.5 peratus dan 7.4 peratus," katanya.
Perbandingan bulan ke bulan, industri berorientasikan eksport meningkat sebanyak 2.4 peratus manakala industri berorientasikan domestik mengalami kejatuhan sebanyak 4.6 peratus, katanya.
Mengulas mengenai bilangan pekerja, Mohd Uzir berkata sektor pembuatan melibatkan seramai 2.35 juta orang pada Jun 2023, mencatatkan peningkatan 2.1 peratus berbanding 2.30 juta orang yang direkodkan setahun lalu.
"Kenaikan ini didorong terutama oleh subsektor peralatan elektrik dan elektronik (3.4 peratus); produk kayu, perabot, keluaran kertas dan percetakan (1.8 peratus); dan kelengkapan pengangkutan dan pembuatan lain (1.6 peratus).
"Berbanding bulan sebelumnya, bilangan pekerja dalam sektor ini berkurangan secara marginal sebanyak 0.4 peratus," katanya.
Beliau berkata selaras dengan itu, gaji dan upah yang dibayar dalam sektor pembuatan juga meningkat sebanyak 3.0 peratus tahun ke tahun, dengan sejumlah RM8.0 bilion pada Jun 2023.
Bagi perbandingan bulan ke bulan, gaji dan upah menyusut 0.6 peratus daripada RM8.1 bilion yang direkodkan pada Mei 2023.
Tambahan lagi, purata gaji dan upah bulanan bagi setiap pekerja mencatatkan peningkatan sebanyak 0.9 peratus dengan nilai RM3,432 manakala nilai jualan bagi setiap pekerja jatuh sebanyak 5.9 peratus kepada RM62,853, katanya.
Beliau berkata pada suku kedua 2023, nilai jualan sektor pembuatan merekodkan penyusutan pertama sejak suku kedua 2020 (-16.5 peratus) dengan mencatatkan negatif 1.0 peratus berbanding suku yang sama pada tahun sebelumnya.
Kemerosotan tersebut disumbangkan oleh subsektor makanan, minuman dan tembakau (-12.7 peratus); serta petroleum, kimia, getah dan plastik (-4.8 peratus).
Sementara itu, bilangan pekerja serta gaji dan upah pada suku tahun berkenaan masing-masing tumbuh sederhana sebanyak 2.1 peratus (suku pertama 2023: 2.8 peratus) dan 3.6 peratus (suku pertama 2023: 4.3 peratus), katanya.
Bagi prestasi separuh pertama 2023, Mohd Uzir merumuskan nilai jualan sektor pembuatan mencapai RM888.6 bilion, berkembang sebanyak 3.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.
"Pada tempoh tersebut, bilangan pekerja bertambah 2.1 peratus kepada seramai 2.35 juta orang manakala gaji dan upah tumbuh 4.0 peratus, mencatatkan RM48.7 bilion.
"Seterusnya, nilai jualan per pekerja berjumlah RM378,855 yang merekodkan pertumbuhan sebanyak 1.4 peratus," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 08 2023
Mohd Uzir berkata, sektor pembuatan melibatkan seramai 2.35 juta orang pekerja pada Jun 2023, meningkat 2.1 peratus berbanding 2.30 juta orang yang direkodkan setahun lalu. - Gambar fail/Astro AWANI
"Saya kadang-kadang bingung pejuang bangkit pertahan korup..." - PM
"Saya kadang-kadang bingung bagaimana mungkin seorang pejuang bangsa dan agama boleh bangkit pertahan korup guna hujan Melayu dan Islam..,"kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
AWANI Ringkas: Korea Selatan berminat bangunkan lebuh raya di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
AWANI Pagi : Dua Tahun Malaysia MADANI: Pencapaian KPN
Ikuti temubual Astro AWANI bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud mengenai pencapaian, inisiatif dan program yang telah dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tenaga kerja rakyat jadikan Malaysia negara hebat - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tenaga kerja dalam kalangan rakyat baik pekerja, petani, mahupun nelayan menjadikan Malaysia negara yang dihormati dan membela nasib mereka sendiri.
#AWANInews
#AWANInews
Nilai jualan sektor pembuatan turun empat peratus kepada RM147.4 bilion pada Jun
Nilai jualan sektor pembuatan turun setelah merekodkan pertumbuhan positif 3.3 peratus pada bulan sebelumnya.