KUALA LUMPUR : Orang ramai kini boleh menikmati rasa 'daging' berasaskan tumbuhan yang bernutrisi lengkap dalam bentuk campuran kering yang pertama di Malaysia apabila apabila syarikat pemakanan multi-bijirin terbesar tempatan, GoodMorning Global Group Holdings Berhad melancarkan produk WonderMeat.
Menariknya, Pengerusi Eksekutif dan Pengasasnya, Datuk Dr Lim Sin Boon memberitahu, WonderMeat yang merupakan sebuah produk inovatif bioteknologi buatan tempatan itu mempunyai nutrisi yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan daging haiwan.
“Bukan sahaja membuka peluang dan memberi pilihan kepada pengamal vegan untuk menikmati rasa daging berasaskan tumbuhan yang bernutrisi lengkap, tetapi ia juga akan membawa perubahan trend pengguna mengambil sumber protein dari haiwan ke tumbuhan,” katanya pada majlis pelancaran WonderMeat di sini, pada Khamis.
Dengan itu Sin Boon menjangkakan pelancaran itu akan memenuhi permintaan global yang semakin meningkat kepada penggemar makanan berasaskan tumbuhan.
Menurutnya, WonderMeat bukan sekadar produk makanan, malah bakal menjadi satu lonjakan ke arah masa depan yang mampan.
"Kami percaya bahawa teknologi makanan mempunyai potensi yang tidak terhad dan membuka jalan bagi kehidupan yang lebih sihat dan lebih lengkap," ujarnya.
Sin Boon menambah, komitmen syarikat tersebut terhadap kesejahteraan kesihatan itu membawa kepada penciptaan pengalaman kulinari yang lazat dan mampu milik yang menyediakan protein berasaskan tumbuhan dengan pemakanan yang mencukupi dan seimbang untuk keperluan harian semua.
"Daging berasaskan tumbuhan yang dibangunkan untuk meniru rasa dan tekstur daging haiwan ini bukan sahaja memberi para pengamal vegetarian dan vegan dengan opsyen yang lebih luas dalam pilihan makanan, malah pada masa sama dilihat sebagai satu perubahan yang secara asasnya akan mengubah cara orang melihat daging dengan menukar industri daging kepada industri yang berasaskan tumbuhan.
"Jadi, dengan ini ia akan mengurangkan kebergantungan kepada protein haiwan untuk mencapai keselamatan makanan dan matlamat iklim.
Beliau memberitahu, dengan adanya keupayaan logistik yang sentiasa diperkemas, hayat simpan produk tersebut menjadi lebih lama.
"Kos serta jejak karbon yang lebih rendah, serbuk WonderMeat mengubah industri makanan untuk menjadi lebih mampan," tambahnya.
Sin Boon menambah, dengan tekstur daging yang asli dengan harga mampu milik, produk itu menyaksikan era baharu dalam inovasi kulinari.
WonderMeat diperbuat daripada soya dan kacang pis serta kaya dengan serat makanan dan protein.
Ia juga diperkaya dengan nutrisi tambahan Calcium 3-hydroxy-3-methyl butyrate monohydrate (CaHMB), yang menyokong pembinaan tisu serta 28 jenis vitamin dan mineral terutamanya Vitamin B12 dan D yang susah dapat dalam diet vegan bagi memastikan pemakanan yang lengkap dalam setiap hidangan.
Pada Julai lalu, syarikat berkenaan memperoleh dana sebanyak RM20 juta (AS$4.4 juta) daripada 1,046 pelabur dalam kempen pendanaan ramai ekuiti untuk memacu penyelidikan bioteknologi dan teknologi makanan syarikat ke peringkat yang lebih jauh lagi.
Bersesuaian dengan kempen Tiada Siapa Berlapar Sebelum Tidur. Produk GoodMorning turut melancarkan pakej GoodMorning Rahmah.
Inisiatif itu adalah bertujuan untuk menggalakkan masyarakat dapat nutrisi dan diet seimbang.
Sementara itu, minuman pemakanan berasaskan tumbuhan GSure keluaran syarikat telah mendapat kelulusan Pusat Keselamatan dan Kualiti Makanan Kesultanan Oman pada Mac lalu.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi, yang menyempurnakan majlis tersebut yakin, produk protein yang menjadi alternatif itu dapat bersaing dalam pasaran global dengan jenama-jenama lain, seterusnya memberi inspirasi kepada pembangunan makanan berasasakan tumbuhan.
Astro Awani
Mon Nov 20 2023
Pelancaran itu akan memenuhi permintaan global yang semakin meningkat kepada penggemar makanan berasaskan tumbuhan. - Astro AWANI
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Polis rampas rokok putih bernilai RM473,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada kira-kira 1.30 pagi ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
Kremlin nafi dakwaan isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov menafikan dakwaan bahawa isteri pemimpin rejim Syria yang digulingkan, Bashar al-Assad memohon cerai.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Dalam kenyataan kepada media, jurucakap tentera Nadav Shoshani menyatakan bahawa banyak senjata tersebut berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Nikmati 'daging' berasaskan tumbuhan keluaran GoodMorning
WonderMeat merupakan sebuah produk inovatif bioteknologi buatan tempatan itu mempunyai nutrisi yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan daging haiwan.