Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen percaya dengan makanan halal yang boleh didapati mana-mana dan kemudahan berasaskan Islam di Malaysia mampu menarik ramai pelancong Islam ke negara ini.

Tambah beliau, kemudahan infrastruktur yang mesra pelancong juga merupakan antara faktor penarik.

Jumlah pelancong ke negara ini dijangka terus meningkat berdasarkan kempen semasa yang dianjurkan.

Antaranya pameran bersama World Islamic Tourism Mart dan Malaysia International Tourism Exchange (WITM-MITE 2013) yang akan diadakan Jun ini.

Pameran ini akan membuka peluang kepada penggiat industri pelancongan tempatan mengembangkan rangkaian perniagaan mereka ke negara Islam lain.

WITM-MITE 2013 adalah pameran pelancongan yang mengabungkan agensi pelancongan dari pelbagai negara.

Ia bakal berlansung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selama 4 hari bermula 6 Jun 2013.