Next Bike Sdn Bhd, pengimport dan pengedar tunggal jenama Ducati di Malaysia, yakin dapat mencapai pertumbuhan dua angka bagi jualan tahun ini berbanding 300 unit pada 2016.
Timbalan Presiden II, Fazli Hisham berkata selain disokong oleh status Ducati sebagai peneraju jenama premium di Malaysia, sasaran itu turut dipacu oleh pengenalan enam model baharu dalam pasaran tempatan pada pertengahan 2017.
Beliau berkata, antara model itu ialah Monster 797, Multistrada 950, Scrambler Desert Sled, Scrambler Cafe Racer dan SuperSport, yang menerima tempahan mulai hari ini.
"Kita menjangkakan jualan model baharu ini akan berada di tahap menggalakkan memandangkan harga yang ditawarkan cukup menarik dan bersesuaian dengan perkembangan ekonomi semasa," katanya ketika ditemui pemberita di 'Ducati Red Weekend 2017' di Bilik Pameran Ducati di Naza Automall di sini, hari ini.
Beliau berkata, meskipun persekitaran ekonomi semasa mencabar dan tidak begitu memberangsangkan bagi pihak pengeluar, namun Next Bike memberi jaminan tidak akan mengenakan bayaran tambahan atau kenaikan harga kepada pembeli.
"Kami menjangkakan model Ducati Monster 797 dan Multistrada 950 akan mendapat sambutan mengalakkan sekali gus meneruskan kesinambungan model 'hangat' 2016 iaitu Multistrada 1200," katanya. -- Bernama
Bernama
Sat Jan 07 2017

Selain disokong oleh status Ducati sebagai peneraju jenama premium di Malaysia, sasaran turut dipacu oleh pengenalan enam model baharu dalam pasaran tempatan pada pertengahan 2017. - Foto REUTERS/Arnd Wiegmann
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MotoGP: Bagnaia pecahkan rekod sepusingan SIC, duduki petak pertama
Juara Dunia Francesco Bagnaia yang sekali lagi mencatatkan rekod baharu sepusingan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di Sepang.

Penunggang Ducati maut jatuh 'flyover': Polis teliti CCTV buru suspek lawan arus
Polis memohon saksi kejadian kemalangan ngeri melibatkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Hulu Klang (SUKE) tengah hari semalam untuk tampil.

Ducati sasar bahagian pasaran 6.5 peratus selepas lancar dua model, bilik pameran
Peningkatan pasaran itu akan menyamai peningkatan jualan kira-kira 30 peratus jualan pada 2022.

Ducati Malaysia lancar model baharu, umum pengembangan rangkaian
Ia turut memperkenalkan kemudahan Ducati Corse Credit serba baharu untuk pembelian motosikal Ducati baharu.

MotoGP: Bagnaia raih petak utama dengan rekod baru
Bagnaia membuktikan bahawa dia mampu merekodkan masa lebih baik dalam sesi kelayakan apabila mencatatkan rekod baru jentera dua roda di Litar Antarabangsa Losail.

Kenapa Kawasaki tidak ada dalam saingan kelas MotoGP?
Adakah syarikat pengeluar motor Jepun ini takut dengan saingan MotoGP yang didominasi Honda, Yamaha dan Ducati atau ada perkara lain yang berlaku?

Marquez sasar penyudah podium di Sepang
Pelumba Sepanyol berusia 25 tahun itu tidak sabar untuk menambah koleksi podium di litar yang beliau dan Honda harungi ujian pramusim dengan penuh lancar.

Kemunculan enjin baharu bakal lonjakkan jualan Ducati tahun depan
Pertumbuhan ini akan dipacu oleh enjin V4 terbaharu Ducati, 'Desmosedici Stradale' yang akan menjana motosikal berkuasa tinggi generasi akan datang, Ducati Panigale.

Next Bike sasar pertumbuhan dua angka bagi jualan Ducati pada 2017
Next Bike Sdn Bhd, pengimport dan pengedar tunggal jenama Ducati di Malaysia, yakin dapat mencapai pertumbuhan dua angka bagi jualan tahun ini berbanding 300 unit pada 2016.