Perolehan bagi suku tahun dilaporkan berjumlah RM1.43 bilion (1Q19 RM1.45 bilion) didorong daripada tempoh Tahun Baru Cina yang lebih positif.
Syarikat ini juga telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM280 juta untuk perbelanjaan modal, angka tertinggi dalam tempoh enam tahun, untuk mengembangkan perniagaan pada 2020.
SOROTAN PENTING
- Perolehan bagi suku tahun dilaporkan kekal stabil pada RM1.43 bilion walaupun menghadapi situasi COVID-19 dan Tahun Baru Cina lebih awal berbanding 2019
- Pemulihan eksport dan jualan kukuh segmen penggunaan di dalam rumah telah menampung kesan penutupan sementara saluran runcit di Luar Rumah di bawah Perintah Kawalan Pergerakan
- Mengumumkan projek perbelanjaan modal baharu berjumlah RM280 juta; pelaburan terbesar dalam tempoh enam tahun lepas
Menurut Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, keputusan positif suku pertama adalah disebabkan oleh musim Tahun Baru Cina yang lebih awal.
"Penyusutan kecil jualan domestik pada suku tahun yang dilaporkan adalah hasil daripada prestasi kukuh saluran penggunaan di dalam rumah yang diimbangi oleh kemerosotan besar perniagaan di Luar Rumah bersifat sementara," kata Aranols.
"Secara khususnya, Perniagaan di Luar Rumah kami, seperti sektor-sektor lain, antara yang terawal terjejas akibat pengurangan kekerapan makan di luar di Malaysian sejak permulaan pandemik, diikuti penutupan umum kemudahan menjamu selera di restoran, kedai kopi dan kedai makan lain sejak pelaksanaan PKP,” tambah beliau lagi.
Analisis
Suku pertama Nestlé 'diselamatkan' oleh sambutan CNY yang datang lebih awal. Tetapi, perkara ini mungkin tidak dapat diulangi bagi suku kedua, kerana PKP melangkaui April dan Mei. Bulan Jun juga dijangka akan mendapat perolehan dan pendapatan yang kurang berbanding suku yang sama dengan tahun lepas.
Namun demikian, jenama kukuh yang Nestlé ada, seperti Milo, Maggi, dan kerjasama dengan Starbucks akan depat memperkukuhkan situasi syarikat ini dengan keadaan persekitaran yang lebih sukar untuk tahun ini.
Permintaan pasaran mungkin lemah berbanding tahun lepas, kerana pengguna mungkin akan mengurangkan perbelanjaan harian. Tetapi ada pelbagai lagi pembelian praktikal seperti nescafe, milo, maggi dan sebagainya akan membantu jualan Nestlé tahun ini.
Secara amnya, Nestlé berada dalam posisi yang lebih kukuh berbanding syarikat lain dalam usaha mereka untuk mengekalkan jualan yang baik dalam tahun yang sangat sukar untuk pelbagai pihak.
Nestlé mencatatkan Untung Sebelum Cukai RM246.3 juta bagi suku tahun yang dilaporkan, manakala Untung Selepas Cukai berjumlah RM186.3 juta.
Margin keuntungan tetap kukuh walaupun dengan kos komoditi lebih tinggi dan Tahun Baru Cina yang lebih awal, namun terjejas oleh ketidakstabilan tukaran mata wang, dan lebih penting lagi, oleh kesan situasi COVID-19 terhadap margin saluran di Luar Rumah.
Ini berikutan penyusutan sementara jualan, dan juga kos tambahan yang tinggi untuk melindungi keselamatan kakitangan kami dan menjamin kesinambungan operasi Syarikat semasa wabak COVID-19.