ABU DHABI: Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) menyasarkan pelaburan bernilai US$100 juta (US$1=RM4.24) daripada syarikat teknologi pertanian Pure Harvest Smart Farms yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Pure Harvest, yang dijangka menubuhkan kemudahan serantaunya di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), memiliki kepakaran dalam pertanian pintar untuk menghasilkan tanaman bernilai tinggi pada kualiti premium.
Ketua Pegawai Operasi NCIA Hasri Hasan berkata ini selaras dengan rancangan NCIA untuk membangunkan Zon Ekonomi AgriBio NCER, yang merupakan zon khusus bagi menumpukan pada aktiviti pertanian bersepadu yang bernilai tinggi.
"Pure Harvest telah berjumpa NCIA semasa World Expo yang sedang berlangsung di Dubai dan satu mesyuarat telah diadakan di Pavilion Malaysia sebelum lawatan tapak ke kemudahannya di Abu Dhabi," katanya kepada Bernama di luar program minggu perdagangan dan perniagaan Malaysia bertemakan "NCER : Your Preferred Investment Destination in Malaysia" yang dihoskan oleh NCIA semasa ekspo semalam.
Pada Khamis, delegasi NCIA yang diketuai Hasri dan dua wakil Felda Global Ventures (FGV) melawat kemudahan Pure Harvest di Al Ain, Abu Dhabi.
Beliau berkata syarikat itu telah menginovasi teknologi yang semakin berkembang dan amalan terbaik hortikultur untuk menghasilkan pengeluaran tanaman sepanjang tahun pada kos yang berpatutan sambil mengekalkan hasil segar berkualiti premium.
Berdasarkan lawatan itu, Hasri berkata, NCIA telah membuat kesimpulan bahawa terdapat peluang untuk memperkenalkan teknologi ini dan mempromosikannya di NCER dengan menjemput Pure Harvest melabur di Malaysia.
"Kami menyasarkan pelaburan kira-kira US$100 juta dalam tempoh 24 bulan akan datang dan kehadiran FGV semasa lawatan itu turut memberikan keyakinan kepada Pure Harvest untuk melabur dalam NCER yang berpotensi secara usaha sama dengan mereka," katanya.
Beliau berkata FGV juga merancang untuk menceburi bidang pertanian pintar yang menghasilkan tanaman bernilai tinggi di tanah seluas 4,451 hektar (11,000 ekar) di Chuping, Perlis.
Sementara itu, Naib Presiden untuk Jabatan Strategi Pure Harvest Lucio Baron berkata Malaysia terletak secara strategik untuk syarikat itu mengembangkan perniagaannya bagi berkhidmat di pasaran Asia Tenggara.
Beliau berkata syarikat itu mereka bentuk dan mengendalikan sistem iklim terkawal rumah hijau yang membolehkan penyetempatan pengeluaran makanan di mana-mana sahaja di dunia, tanpa mengira iklim.
"Kami berminat bekerjasama dengan syarikat Malaysia untuk menubuhkan kemudahan kami di Asia Tenggara dan kami mempunyai pelbagai rancangan usaha sama yang sesuai dengan rakan kongsi kami," katanya.
Pure Harvest kini menghasilkan pelbagai tanaman termasuk tomato, sayur-sayuran berdaun, strawberi dan produk segar berkualiti premium yang lain.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 27 2021
Pada Khamis, delegasi NCIA yang diketuai Hasri dan dua wakil FGV melawat kemudahan Pure Harvest di Al Ain, Abu Dhabi. - fotoBERNAMA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 Oktober 2024.
Kanak-kanak Gaza terperangkap dalam kitaran kesakitan - UNICEF
Hari demi hari kita melihat kesan ngeri serangan udara harian dan operasi ketenteraan ke atas kanak-kanak Palestin.
Tumpuan Sabtu – 19 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
ConsiderThis: Budget 2025 (Part 2) — Balancing Progress & Prudence?
Budget 2025 was tabled in Dewan Rakyat today, and now the crucial evaluation begins. Does #Belanjawan2025 successfully balance progress and prudence? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Danial Rahman, CEO of Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI), and Doris Liew, Economist & Assistant Research Manager at IDEAS Malaysia's Public Finance Unit.
Pasukan pengaman disasarkan secara sengaja di selatan Lubnan - Jurucakap UNIFIL
"Kedudukan kami telah berulang kali diserang di Lubnan, meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya."
10 Berita Pilihan - (18 Oktober 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Belanjawan 2025: Cuepacs seru penjawat awam tingkat komitmen perbaiki sistem penyampaian
Penjawat awam diharap memberi komitmen penuh dalam memastikan iltizam kerajaan untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat, dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Kadar gaji minimum RM1,700 beri manfaat bagi pekerja dan majikan
Peningkatan kadar gaji minimum adalah usaha kerajaan untuk memastikan kebajikan pekerja terutama mereka yang berpendapatan rendah lebih terjamin.
Messi tidak tolak kemungkinan beraksi di Piala Dunia 2026
Messi menekankan bahawa dia lebih fokus untuk mengekalkan prestasi terbaiknya berbanding risau tentang pencapaian masa depan.
NCER catat pelaburan RM31.4 bilion di Pulau Pinang pada 1H2024
Pencapaian memberangsangkan ini mencerminkan keyakinan kukuh pelabur terhadap potensi jangka panjang Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), khususnya Pulau Pinang.
RM15 juta bangunkan projek Pelancongan Warisan Ipoh
Pelaksanaan projek Pelancongan Warisan Ipoh dibiayai dan dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).
PIP akan lengkapkan operasi NBCT Pulau Pinang
Perlis Inland Port (PIP) akan melengkapkan Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) Pulau Pinang apabila ia memulakan operasi fasa pertama tahun depan.
NCIA realisasi pelaburan RM7.7 bilion di Kedah
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) bersama kerajaan Kedah telah merealisasikan pelaburan sebanyak RM7.7 bilion di negeri itu.
NTIC pacu pelaburan bernilai tinggi di Perak - Saarani
Inisiatif itu signifikan dalam menjayakan agenda kerajaan negeri untuk meningkatkan ekosistem dan kumpulan bakat.
NCER anjur Sidang Kemuncak SDG pada 16 November
Ia bertujuan meningkatkan kesedaran dan pemahaman umum mengenai pelaksanaan dan pencapaian SDG di Malaysia.
Perak berjaya tarik pelaburan RM2.2 bilion - Saarani
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan Kerajaan Perak berjaya menarik pelaburan bernilai RM2.2 bilion diluluskan ke negeri itu.
NCIA puji Belanjawan 2023 kerana fokus kepada reformasi lestari
Keterangkuman peruntukan yang dibuat dalam belanjawan itu akan membantu memastikan kesejahteraan rakyat dijaga.
NCIA, MITI teruskan kerjasama, bawa pelaburan berimpak tinggi ke NCER
Pihaknya menjangkakan lebih banyak kerjasama dengan MITI, MIDA serta kerajaan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak menjelang 2023.
NCIA tarik RM10.52 bilion pelaburan, lepasi sasaran 2021 bagi Kedah
Dari segi penciptaan peluang pekerjaan, NCIA melepasi sasaran awal iaitu sebanyak 164 peratus atau 5,280 pekerjaan.