Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin pertubuhan dan perniagaan Jepun di sebuah hotel di sini.
Najib yang dalam rangka lawatan tiga hari ke Jepun atas jemputan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe, bertemu wakil-wakil Persatuan Persahabatan Parlimen Jepun-Malaysia (JMPFA).
Pertemuan itu dihadiri Pengerusi JMPFA, Keini Furuya bersama beberapa wakil Parlimen dan Duta Jepun ke Malaysia Dr Makio Miyagawa.
Najib kemudian menerima kunjungan Pengerusi dan Ketua Pengarah Eksekutif Japan External Trade Organization (JETRO) Hiroyuki Ishige.
Beliau kemudian dijadual menghadiri jamuan tengah hari bersama beberapa pemimpin industri Jepun di hotel yang sama.
Antaranya NEC Corporation, East Japan Railway Company, Sumitomo Corporation, Taisei Corporation, Mitsui Co Ltd, Japan Petroleum Exploration Co (Japex), Tokyo Gas Co Ltd, Mitsubishi Corporation dan IHI Corporation.
Sesudah itu, Najib dijadual mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya Abe serta mengadakan mesyuarat dua hala di pejabat Perdana Menteri Jepun.
Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor kemudian dijadual menghadiri jamuan malam bersama Abe dan isteri Akie Abe di kediaman rasmi pemimpin Jepun itu.
Semasa lawatan ini, Perdana Menteri disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Datuk Abdul Rahman Dahlan, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Tan Sri Othman Hashim dan Duta Besar Malaysia ke Jepun Datuk Ahmad Izlan Idris.
Turut sama dalam delegasi itu ialah Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Datuk Seri Ahmad Puzi Ab. Kahar, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Azman Mahmud dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Datuk Dzulkifli Mahmud. -- Bernama
Bernama
Wed Nov 16 2016

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kunjungan Pengerusi dan Ketua Pengarah Eksekutif Japan External Trade Organization (JETRO) Hiroyuki Ishige di Tokyo hari ini. --fotoBERNAMA
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

Perintah larangan bersuara untuk elak komen prejudis terhadap Najib - Peguam Cara Negara
Perintah larangan bersuara (gag order) tidak akan memprejudiskan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada membentangkan kesnya di mahkamah.

Peguam Negara bantah permohonan lantik peguam pemerhati dalam kes Najib
Semakan kehakiman itu berhubung dakwaan Najib mengenai kewujudan dokumen tambahan yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan di rumah.

Titah Adendum: 'Nak lari dari mana? Selesai kes mahkamah saya jawab' - PM
Anwar menegaskan beliau tidak pernah mengelak daripada menjawab isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebaliknya berpegang kepada prinsip undang-undang.

Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memerintahkan kerajaan dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, membayar lebih RM9 juta kepada keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu.

AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Saya yakin cek RM600,000 dikeluarkan Najib adalah duitnya sendiri - Saksi
Ibrahim memberitahu bahawa sangat yakin bahawa cek RM600,000 yang diterimanya daripada Najib adalah wang peribadi beliau dan bukannya milik anak syarikat SRC International.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.