Red Carpet@i-City, tarikan terbaru di i-City di Seksyen 7 di sini, mensasarkan 30,000 pengunjung sebulan selepas pembukaan rasmi pada hari Khamis, kata Pengarah I-Berhad, Monica Ong.
Beliau berkata syarikat yakin mencapai sasaran itu kerana i-City pada masa ini telah berjaya menarik 90,000 pengunjung setiap minggu.
"Kami yakin dapat mencapai sasaran itu. Kami telahpun menjalankan banyak aktiviti promosi dalam usaha kami menjadikan tarikan terbaru ini sebuah pusat hiburan yang ideal untuk seluruh keluarga," kata beliau kepada pemberita selepas previu Red Carpet@i-City di sini Isnin.
Red Carpet berkenaan yang menelan kos RM25 juta ialah muzium lilin interaktif pertama Malaysia. Ia juga merupakan yang pertama seumpamanya di rantau ini kerana barang pamer itu mempunyai kelebihan suara dan pergerakan.
Muzium itu akan mengetengahkan 100 tubuh lilin orang ternama yang terdiri daripada personaliti sejarah dan kontemporari hari ini.
Beliau berkata pameran lilin itu akan diperagakan dalam set anugerah ala Oscar 3,000 kaki persegi dan akan dibahagikan kepada enam tema -- World Icons, Celebrities, Sport Stars, World Book of Records, All Stars Cafe dan Interactive.
Ong berkata muzium itu akan menjadi satu lagi produk antarabangsa Malaysia dan tarikan untuk Tahun Melawat Malaysia 2014 untuk kedua-dua pengunjung antarabangsa dan tempatan.
Bersempena dengan perasmian ini, Red Carpet@i-City akan menawarkan tiket pakej istimewa untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak pada harga RM180, katanya.
Ong berkata harga tiket biasa ialah RM100 untuk dewasa dan RM50 untuk kanak-kanak.
Bernama
Mon Aug 12 2013


'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Muzium patung lilin Madame Tussauds dibuka di Dubai
Pihak pengurusan telah membuat pemilihan tentang personaliti yang relevan dan popular di rantau itu.

'Donald Trump' masuk tong sampah sebelum pilihan raya AS bermula
Susun atur itu dipercayai untuk mencerminkan senario pilihan raya presiden Amerika Syarikat yang semakin hampir.

Kebakaran tidak jejas tarikan ke i-City - Pemaju
Kerja-kerja mengganti dan membina semula 10 buah patung lilin yang musnah akibat kebakaran itu sedang giat dijalankan.

Muzium Lilin sasar 30,000 pengunjung sebulan
Syarikat itu yakin mencapai sasaran itu kerana i-City pada masa ini telah berjaya menarik 90,000 pengunjung setiap minggu.

Muzium lilin pertama Asia Tenggara akan dibuka di i-City
Orang ramai berpeluang menyaksikan secara dekat ikon terkenal dunia apabila muzium lilin yang pertama di Asia Tenggara dibuka di negara ini.