ISKANDAR PUTERI: Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) menerusi program Road2Growth (R2G) 2023 Wilayah Selatan di Johor, yakin dapat menarik lebih banyak syarikat berinovasi dan berteknologi tinggi dalam bidang robotik dan IR4.0 di negeri itu.
Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, Mohammad Hazani Hassan berkata, kedudukan ekonomi Johor yang dilihat semakin kukuh menjadi antara faktor penentu bagi MTDC mengembangkan syarikat ekosistemnya di wilayah Selatan.
Katanya pada R2G di Pulau Pinang Mac lalu, banyak penyertaan syarikat berasaskan Elektronik & Semikonduktor.
"Kami membawa lebih banyak kumpulan syarikat, lebih ramai penyelidik di Johor, sebagai sebahagian daripada syarikat 4IR, robotik, automasi dan dron.
"Kami merasakan Johor akan membawa lebih banyak kelainan berbanding di Pulau Pinang dan kami berharap jumlah syarikat yang menyertai kami hari ini akan mempercepatkan rangkaian, lebih banyak rangkaian hubungan kerja di Johor," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program R2G bersama rakan strategik, Iskandar Investment Berhad (IIB) di Medini 6, di sini, pada Isnin.
Jelas Mohammad Hazani, sambutan program itu di Selatan tanah air amat memberangsangkan dengan penyertaan lebih 200 peserta.
Katanya semua pihak termasuk industri kecil dan sederhana perlu membangunkan produk perkhidmatan untuk Revolusi Perindustrian Keempat (4iR).
"Ini bagi memastikan syarikat itu kekal relevan, bukan sahaja di pasaran tempatan tetapi pasaran global.
"Kadang kita sudah rasa kita sedang maju, tetapi syarikat global diluar sudah maju dan bersaing. Jika tidak menggunakan 4iR kita mungkin ketinggalan dan lambat maju," katanya.
Program R2G adalah platform untuk menyebarkan maklumat dan memperkenalkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh MTDC iaitu program pembiayaannya, program latihan usahawan teknologi di bawah Akademi Latihan Usahawan Tekno (TENTRA), penyelesaian teknologi i4.0 oleh MTDC Centre of Nine Pillars® (Co9P®), khidmat nasihat teknikal dan perniagaan serta pusat teknologi MTDC.
Melalui pelbagai sesi R2G, para peserta akan dapat mendengar pandangan mengenai pelaburan perniagaan, mengambil bahagian dalam penyampaian perniagaan, meneroka peluang i4.0 dengan penyelesaian teknologi yang disediakan oleh Co9P®, pusat berasaskan komuniti untuk membantu memupuk i4.0 inovasi dan menyertai sesi rangkaian perniagaan untuk menerima maklumat langsung daripada syarikat dan rakan kongsi ekosistem MTDC.
Siti Nur Aqilla Omar
Tue May 23 2023
![MTDC komited kolaborasi dengan lebih banyak syarikat teknologi tinggi di Johor MTDC komited kolaborasi dengan lebih banyak syarikat teknologi tinggi di Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51685436412_MTDCjohor.jpg)
Mohammad Hazani (kiri) ketika melihat pelbagai jenis dron yang dipamerkan pada Program Road2Growth(R2G) 2023 Wilayah Selatan. -Astro AWANI
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![MTDC perkukuh usaha pemerkasaan inovasi teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI MTDC perkukuh usaha pemerkasaan inovasi teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734000538_TBMTDC.jpg)
MTDC perkukuh usaha pemerkasaan inovasi teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
DUB menyediakan pembiayaan sehingga RM100,000, manakala DMM menawarkan pembiayaan sehingga RM500,000.
![R2G 2024 Central: Pacu Malaysia ke masa hadapan teknologi 4IR R2G 2024 Central: Pacu Malaysia ke masa hadapan teknologi 4IR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730986007_TBHazaniMTDC.jpg)
R2G 2024 Central: Pacu Malaysia ke masa hadapan teknologi 4IR
Penganjuran R2G 2024 Central satu pencapaian penting dalam perjalanan Malaysia untuk menjadi peneraju global dalam Revolusi Perindustrian Keempat.
![Syarikat pelaburan MTDC, 3REN Berhad disenarai di Pasaran ACE Bursa Malaysia Syarikat pelaburan MTDC, 3REN Berhad disenarai di Pasaran ACE Bursa Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730890471_TBMTDC.jpg)
Syarikat pelaburan MTDC, 3REN Berhad disenarai di Pasaran ACE Bursa Malaysia
Pencapaian besar yang menunjukkan potensi syarikat teknologi Malaysia untuk berkembang dan bersaing di pentas global.
![MTDC umum penyenaraian 3REN Berhad di Pasaran ACE Bursa Malaysia MTDC umum penyenaraian 3REN Berhad di Pasaran ACE Bursa Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41728478263_TBMTDC.jpg)
MTDC umum penyenaraian 3REN Berhad di Pasaran ACE Bursa Malaysia
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) hari ini mengumumkan syarikat pelaburannya, 3REN Berhad, bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia bermula 6 November ini.
![MTDC perkuat peranan bantu syarikat teknologi tempatan majukan sektor pertanian negara MTDC perkuat peranan bantu syarikat teknologi tempatan majukan sektor pertanian negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726983498_BPMTDC.jpg)
MTDC perkuat peranan bantu syarikat teknologi tempatan majukan sektor pertanian negara
Melalui pelbagai program, MTDC memudahkan akses dan adaptasi teknologi dan kepakaran bagi meningkatkan daya saing syarikat tempatan di pentas global.
![MTDC pacu inovasi tempatan dengan bengkel TVET dan Teknousahawan MTDC pacu inovasi tempatan dengan bengkel TVET dan Teknousahawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720174998_MTDC.jpg)
MTDC pacu inovasi tempatan dengan bengkel TVET dan Teknousahawan
Dalam usaha menghasilkan lebih ramai teknousahawan tempatan, MTDC menganjurkan bengkel Teknousahawan dan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) ke-6 untuk golongan pendidik TVET.
![MTDC, MDEC ganding bahu sedia penyelesaian digital agar syarikat tempatan terus berdaya saing MTDC, MDEC ganding bahu sedia penyelesaian digital agar syarikat tempatan terus berdaya saing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709542204_TBMOUjpg.jpg)
MTDC, MDEC ganding bahu sedia penyelesaian digital agar syarikat tempatan terus berdaya saing
MTDC dan MDEC menandatangani MoU untuk mengembangkan syarikat teknologi digital Malaysia, meningkatkan ekonomi digital dan memperkukuh sektor halal.
![MTDC dan SME Corp jalin kerjasama bantu usahawan PKS MTDC dan SME Corp jalin kerjasama bantu usahawan PKS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702286841_TBMOUjpg.jpg)
MTDC dan SME Corp jalin kerjasama bantu usahawan PKS
Pertukaran MoU itu menandakan satu langkah penting ke hadapan kerana perkongsian strategik itu bertujuan untuk memanfaatkan kekuatan kedua-dua pihak.
![Syarikat pemula Sarawak diseru sertai program anjuran MTDC Syarikat pemula Sarawak diseru sertai program anjuran MTDC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696504063_MTDCMohammadHazan.jpg)
Syarikat pemula Sarawak diseru sertai program anjuran MTDC
Kerjasama rapat yang terjalin di antara MTDC dengan Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) ketika ini telah membantu menjayakan agenda tersebut.
![MTCE 2023 bantu teroka teknologi baharu, 'deep tech' MTCE 2023 bantu teroka teknologi baharu, 'deep tech'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695722551_MTCE.jpg)
MTCE 2023 bantu teroka teknologi baharu, 'deep tech'
Dalam meneroka pelaburan teknologi baharu dan ekosistem deep tech, Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) hari ini melancarkan Persidangan dan Pameran Teknologi MTDC Malaysia (MTCE 2023).