Moody's Investors Servis berkata enam bank Malaysia yang dinilainya, menunjukkan prestasi kukuh pada 2017, dengan potensi peningkatan tambahan dalam beberapa bidang pada 2018.
Naib Presiden dan Penganalisis Kanan Moody's, Simon Chen, berkata kualiti aset dan keuntungan enam bank berkenaan pada umumnya meningkat pada 2017, manakala permodalan dan pembiayaan kekal mencukupi.
"Kami menjangkakan permintaan pinjaman semakin pulih pada 2018, selain syarat pembiayaan yang diperketat.
"Hasilnya, pertumbuhan keuntungan dalam kalangan bank dengan francais deposit yang lebih lemah boleh dihadkan oleh kos pembiayaan yang lebih tinggi," katanya dalam satu kenyataan hari ini mengenai laporannya yang bertajuk 'Bank - Malaysia: 2017 Meningkatkan Kualiti Aset Stabil, Keuntungan Meningkat".
Enam bank dalam laporan itu ialah, Malayan Banking Bhd (A3/A3 stabil, a3), CIMB Group Holdings Bhd (Baa1 stabil), Public Bank Bhd (A3 stabil, a3), RHB Bank Bhd (A3/A3 stabil, baa3) , Hong Leong Bank Bhd (A3 stabil, baa1) dan AmBank (M) Bhd (Baa1 / Baa1 stabil, baa3).
Ia berkata kualiti aset akan meraih manfaat daripada kedudukan makro ekonomi yang lebih kukuh pada 2018, dalam negara dan serantau.
"Bank dengan pendedahan kepada sektor minyak dan gas dapat melihat kualiti aset mereka stabil berdasarkan harga minyak yang lebih kukuh," kata firma penarafan kredit itu.
Laporan itu mendapati kebanyakan bank mencatatkan keuntungan yang lebih baik pada 2017, didorong oleh pertumbuhan pendapatan yang mantap, margin faedah bersih yang stabil dan kos kredit yang menyederhana.
"Keadaan yang menggalakkan ini dijangka berterusan pada 2018, dengan usaha transformasi digital yang berterusan akan menyokong pertumbuhan yang lebih kukuh dalam hasil dan kecekapan kos.
"Pertumbuhan pinjaman juga akan melantun semula pada 2018, disokong oleh permintaan yang lebih tinggi untuk pinjaman korporat dan pinjaman pengguna yang stabil, dan perkembangan ini serta margin faedah bersih yang stabil, akan menyokong keuntungan bank," kata Moody's.
Ia juga berkata kos kredit keseluruhan akan meningkat sedikit daripada 2017, didorong terutama oleh caj kredit yang lebih tinggi yang diperlukan mengikut Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia 9 (MFRS 9) berkuat kuasa 1 Jan, 2018.
"Walaupun bank pada umumnya dapat menyokong pertumbuhan kunci kira-kira mereka melalui pendapatan terkumpul yang stabil pada 2018, ada yang mengunjurkan pelaksanaan MFRS9 akan menghasilkan penurunan nisbah Ekuiti Tahap 1 sebanyak antara 20 dan 80 mata asas.
"Profil pembiayaan tetap berdaya tahan, disebabkan nisbah pinjaman kepada deposit susut sedikit bagi kebanyakan bank pada 2017 berikutan pertumbuhan pinjaman yang perlahan, namun berkemungkinan meningkat pada 2018, apabila pertumbuhan pinjaman pulih," kata Moody's. - BERNAMA
Bernama
Mon Mar 12 2018
Kos kredit keseluruhan akan meningkat sedikit daripada 2017, didorong terutama oleh caj kredit yang lebih tinggi yang diperlukan mengikut Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia 9 (MFRS 9) berkuat kuasa 1 Jan, 2018. - Gambar fail
2,000 penduduk bakal mendapat manfaat daripada projek jalan URDA: Nanta Linggi
Lebih 2,000 penduduk di Perkampungan Baleh, Nanga Benin, Nanga Pelagus, dan Pelagus Resort bakal menerima manfaat apabila projek jalan baharu di kawasan tersebut siap pada April 2027.
Mahkamah AS henti perjanjian dengan dalang serangan 9/11
Mahkamah Rayuan di Washington pada Khamis menghentikan sementara perjanjian antara individu yang didakwa sebagai dalang serangan 11 Sept 2001.
Belia perlu fokus bangunkan negara, jangan hebat main isu remeh
Anwar berkata, belia mempunyai tanggungjawab untuk menyelamatkan negara dan tidak menumpukan pada isu-isu remeh yang dibangkitkan atas dasar Melayu Islam.
KPKM nafi dakwaan harga belian padi diturunkan
KPKM menafikan terdapat sebarang arahan atau keputusan berkaitan penurunan harga belian padi seperti didakwa Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) dalam satu kenyataan media pada Rabu.
Kerosakan akibat kebakaran di California meningkat kepada US$150 bilion - AccuWeather
Anggaran awal kerosakan akibat kebakaran liar yang sedang berlaku di dalam dan sekitar Los Angeles telah meningkat kepada antara US$135 bilion dan US$150 bilion.
Grab Malaysia teguh perkasa rakyat menuju masa depan mampan
Grab Malaysia terus komited memperkasakan masyarakat inklusif dengan mendukung golongan kelainan upaya (OKU), wanita, dan komuniti tempatan, sejajar dengan wawasan ASEAN yang lebih mampan dan inklusif
Terbuka Malaysia: Tang Jie-Ee Wei mara ke separuh akhir, sertai Soon Huat-Shevon
Pasangan nombor satu negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mara ke separuh akhir Terbuka Malaysia 2025.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit kembali meningkat daripada penyusutan semalam apabila ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat, didorong permintaan baharu walaupun mata wang negara maju mencatat momentum positif.
Lima ditahan, polis beku, sita aset berjumlah lebih RM17 juta
Tan Sri Razarudin Husain berkata hasil serbuan yang dijalankan, pasukan AMLA berjaya merampas, membekukan dan menyita aset-aset seperti kenderaan, akaun bank serta dokumen-dokumen dengan nilai keseluruhan berjumlah RM17,434,217.36.
Tetak guna parang persis filem gangster
Seperti dalam filem gangster. Begitu aksi sekumpulan lelaki bertopeng yang melulu masuk ke dalam sebuah restoran di Nilai, Negeri Sembilan dan bertindak menetak berkali-kali enam lelaki yang sedang menikmati hidangan dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 malam Khamis.
Untung bersih tahun kewangan 2023 CIMB naik 28 peratus, umum bayaran dividen RM4.59 bilion
Keuntungan bersih CIMB meningkat 28.3 peratus kepada RM6.98 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023.
Keuntungan bersih suku kedua CIMB Group melonjak kepada RM1.08 bilion
Hasil juga meningkat sebayak 20.9 peratus kepada RM4.67 bilion berbanding RM3.86 bilion sebelumnya.
Saham CIMB naik susulan unjuran optimistik berhati-hati
Saham CIMB Group Holdings Bhd meningkat pada sesi dagangan pagi ini berikutan pelabur kekal optimistik berhati-hati dengan unjuran syarikat.
Moody's dapati enam bank Malaysia meneruskan prestasi kukuh pada 2018
Moody's Investors Servis berkata enam bank Malaysia yang dinilainya, menunjukkan prestasi kukuh pada 2017, dengan potensi peningkatan tambahan dalam beberapa bidang pada 2018.
CIMB peroleh lesen operasi di Vietnam, cawangan pertama pada akhir tahun
CIMB Bank Bhd mendapat lesen operasi daripada State Bank of Vietnam untuk menubuhkan dan mengendalikan sebuah anak syarikat 100 peratus miliknya di Vietnam.
Khazanah tidak bimbang dengan pembatalan gabungan
Pemegang saham terbesar CIMB Group Holdings Bhd, Khazanah Nasional Bhd, tidak bimbang dengan pembatalan gabungan itu dan percaya dengan tadbir urus korporat bank berkenaan.
Penggabungan mega CIMB, MBSB dan RHB masih diteruskan
CIMB Group Holdings Bhd, Malaysia Building Society Bhd (MBSB) dan RHB Capital Bhd, menjelaskan mereka masih lagi berunding mengenai cadangan penggabungan mega institusi kewangan berkenaan.
CIMB, RHB CAPITAL dan MBSB mohon kelulusan Bank Negara untuk penggabungan tiga pihak
CIMB Group Holdings Bhd, RHB Capital Bhd dan MBSB mengumumkan mengenai permohonannya kepada Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan kelulusan cadangan penggabungan tiga pihak.
Wahid Omar, Liew Kee Sin gondol anugerah CEO
Abdul Wahid telah diiktirafkan kerana peranan kepimpinan beliau ketika beliau berkhidmat sebagai ketua pegawai eksekutif di Malayan Banking Bhd, Telekom Malaysia Bhd dan Renong Bhd.