KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi bersedia berbincang lebih lanjut terhadap tawaran ekuiti yang ditawarkan dalam Digital Nasional Bhd (DNB), seperti diumumkan Kementerian Kewangan (MoF) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) minggu lalu.
Dalam kenyataan bersama membabitkan empat pengendali rangkaian mudah alih (MNO) iaitu Celcom Axiata Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Maxis Bhd dan U Mobile Sdn Bhd, mereka turut menyatakan minat terhadap cadangan yang dikemukakan setelah kerajaan memutuskan untuk mengekalkan model rangkaian borong tunggal (SWN) bagi pelancaran 5G.
Sehubungan itu, mereka mengesyorkan penubuhan pasukan projek untuk menyelaraskan proses seperti usaha wajar, garis masa transaksi dan hal pentadbiran lain.
"Dalam erti kata lain, kami ingin memahami dan mengetahui dengan lebih lanjut tawaran ekuiti DNB serta proses seterusnya.
"Sebahagian dari minat ini, kami juga ingin berbincang dan mendapatkan pandangan kerajaan mengenai tawaran ekuiti yang dicadangkan.
"Malah, kami bersedia bekerjasama dengan MoF dan KKMM, serta berharap agar kaedah konvensional dimanfaatkan dalam proses penggabungan dan pengambilalihan ini," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Minggu lalu, kerajaan memutuskan untuk mengekalkan pelaksanaan rangkaian 5G secara SWN, dengan membuka ruang untuk syarikat-syarikat telekomunikasi memegang ekuiti dalam DNB.
Ia menyaksikan kerajaan menawarkan sehingga 70% daripada ekuiti DNB kepada MNO yang komited kepada Perjanjian Akses untuk perkhidmatan borong manakala kerajaan memegang 30% ekuiti.
DNB akan dikawal selia oleh KKMM, selaku kementerian yang bertanggungjawab ke atas industri telekomunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) manakala MoF akan terus memantau DNB dari segi tadbir urus dan sebagai pemegang saham.
Menurut kenyataan itu lagi, MNO kekal komited untuk memainkan peranan penting dalam pelaksanaan 5G dan mencapai cita-cita digital negara.
"Ini kerana 5G bakal membawa faedah yang signifikan kepada perniagaan, pelanggan, dan juga kerajaan dalam memperkukuh daya saing Malaysia di rantau ini," katanya. - DagangNews.com
Dagang News
Fri Mar 25 2022
Syarikat telekomunikasi bersedia berbincang lebih lanjut terhadap tawaran ekuiti yang ditawarkan dalam Digital Nasional Bhd. -Gambar hiasan
Dr Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah kucing'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.
Sami Malaysia ditahan di Thailand, disyaki mencuri di kuil
Pihak polis Chang Phueak di Chiang Mai menerima laporan mengenai kehilangan barangan berharga daripada wat itu.
Pendapatan Selangor tidak hanya bergantung kepada hasil tanah - Amirudin
Amirudin berkata pentadbirannya tidak hanya bergantung kepada hasil tanah dan sumbangan kerajaan Persekutuan dalam menambah hasil negeri.
New Zealand isytihar wabak batuk kokol peringkat awal
Pegawai kesihatan New Zealand giat mengkaji trend terkini kebangsaan dan antarabangsa mengenai batuk kokol atau pertusis, di seluruh negara.
Keputusan ceburi bidang sukan bawa tuah buat 'Pocket Rocketman'
Biarpun keputusan yang diambil ketika beliau berusia 15 tahun itu amat berat, Azizulhasni nekad demi mengejar impiannya.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
MNO, MCMC dijangka adakan mesyuarat kualiti pengalaman Internet - Fahmi
Langkah itu bagi memastikan pada masa akan datang MNO lebih terbuka serta lebih sensitif kepada keperluan, syarat dan permintaan pengguna.
MNO minat tawaran ekuiti DNB, sedia bincang dengan kerajaan
Mereka mengesyorkan penubuhan pasukan projek untuk menyelaraskan proses seperti usaha wajar, garis masa transaksi dan hal pentadbiran lain.
Pengendali rangkaian mudah alih sambut baik keputusan kekalkan SWN, tawaran ekuiti DNB
Kumpulan MNO berkenaan turut berkongsi komitmen untuk merealisasikan cita-cita digital negara.
Sedania rancang keluarkan produk perkongsian data mudah alih
Sedania Innovator Berhad sedang berbincang dengan beberapa pengendali rangkaian mudah alih (MNO) bagi mengembangkan penawaran produknya.