Setelah berjaya mengubah kehidupan penduduk di Bukit Merah, Perak, pemaju hartanah MK Land Holdings Berhad, akan melakukan perkara sama terhadap sekumpulan 45 kanak-kanak yang kurang bernasib baik di
pulau Langkawi.
Sebagai langkah permulaan, kanak-kanak bertuah terdiri daripada 30 penghuni Rumah Anak Yatim Nur Kasih dan 15 golongan istimewa dari Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) itu, dihiburkan dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan di Langkawi Lagoon Resort, semalam.
Pemangku Pengerusi dan Pengarah Eksekutif MK Land, Felina Mustapha Kamal berkata program berkenaan merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat yang dimulakan sejak 18 tahun lepas.
Menurut Felina, bapanya, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar, yang juga Pengerusi MK Land adalah individu yang memulakan program berkenaan dengan melibatkan kumpulan kanak-kanak di sebuah perkampungan di Bukit Merah.
Program Bukit Merah, menurut beliau, telah berjaya membantu seorang daripada peserta untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan di Kanada.
Menurut Felina, pada awalnya, kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam program Bukit Merah tidak mempunyai harapan tinggi untuk mencapai kejayaan, malah ada peserta yang hanya mahu menjadi penoreh getah, sebagai mengikuti jejak langkah bapanya.
"Ini berubah, apabila kami membawa mereka keluar dari kampung mereka ke Kuala Lumpur pada setiap cuti persekolahan dan mereka didedahkan dengan persekitaran berbeza yang mengubah pemikiran mereka untuk pergi lebih jauh dan lebih berjaya," katanya.
Beliau berkata kejayaan program Bukit Merah itu boleh dilaksana di Langkawi dan percaya kanak-kanak yang kurang bernasib baik di sini juga mempunyai potensi untuk digilap dan dibimbing untuk berjaya di dalam hidup.
"Ini bukan sekadar menghiburkan kanak-kanak ini... malah apa yang kita beri penekanan adalah hasil program ini dan kami mahu memastikan kanak-kanak di sini akan dibimbing dan dibantu secara berterusan dalam pendidikan mereka," katanya.
Selain Bukit Merah dan Langkawi, Felina berkata MK Land juga merancang untuk memulakan program CSR serupa di Bukit Jana, Taiping, Perak, Jun tahun ini.
Bernama
Sun May 10 2015
Tiga puluh penghuni Rumah Anak Yatim Nur Kasih dan 15 golongan istimewa dihiburkan di Langkawi Lagoon Resort (gambar) semalam. - langkawilagoonresort.com
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Tiga lelaki ditahan disyaki dera kanak-kanak
Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan terhadap kes penderaan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di sebuah rumah di Batu 4, Port Dickson, dekat sini.
PM iftar bersama agamawan, pemimpin NGO dan agensi kerajaan
Anwar hari ini meraikan para agamawan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan wakil agensi kerajaan berkaitan hal ehwal Islam pada Majlis Berbuka Puasa MADANI di kediaman rasmi beliau.
"Saya trauma, anak tertanya-tanya di mana daddy" - Isteri Syed Danial
Qistina Ayu Rozhan, 32, berkata anak perempuannya yang kini berumur empat tahun menjadi yatim sejak berusia tiga bulan dan hingga ke hari ini masih tertanya-tanya di mana 'daddy.'
Semakin ramai anak yatim di Gaza
Visual dua kanak-kanak diselubungi debu, menangis ketika mereka mencari bapa mereka yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan bangunan.
Nahas di Kota Tinggi: Satu maut, 13 cedera termasuk 12 anak yatim
Kemalangan melibatkan kereta Nissan Sentra dipandu seorang lelaki dengan sebuah van Kia Pregio yang membawa 12 anak yatim dari Peyara.
Amang seksual dan dera anak yatim, dua penjaga pusat jagaan ditahan
Polis menahan dua penjaga sebuah pusat jagaan kanak-kanak di kerana dipercayai mendera dan melakukan ambang seksual ke atas dua anak yatim.
6 beranak maut: Pesanan emak, gambar kenangan terakhir - Anak
Pesanan ibu tak kirim lauk dan hantaran gambar pada aplikasi WhatsApp kini hanya tinggal kenangan bagi Abdurrahman Amir Ruddin, 19.
Sebak ambil sijil konvo bapa
Seorang anak tidak dapat menahan sebak ketika menerima sijil bagi pihak bapanya, Allahyarham Mohd Rozahar Mohd Nor, 50, yang meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru Selasa lalu.
Jordan Mintah bawa anak yatim beli baju raya
Perbezaan agama tidak jadi halangan bagi pemain bola sepak Terengganu FC (TFC), Jordan Mintah untuk membantu kanak-kanak yang kurang berkemampuan membuat persiapan hari raya.
MAIWP, Prihatin santuni 2,000 golongan asnaf
Tahun ini MAIWP mengeluarkan bajet terbesar untuk menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan sempena Ramadan dan Aidifitri ini.